Nuffnang Latest!

Friday, January 4, 2013

Bertempur Di War Museum Batu Maung, Pulau Pinang

Tengok langit, cuaca agak suram. Bukan agak, dah memang suram dah pun. Mula la aku rasa cam nak mengamuk sebab bau-bau tak dapat masuk ke War Museum tu dah terasa. Ye la, tempat tu open air, kena jalan ikut trail yg disediakan, kalo hujan, memang sah-sah ko terasa macam askar kebasahan. 

Senang nak cari tempat ni sebab dari jalan besar dah nampak signboard beso tepi jalan. (Sila bayangkan kita tengah mengadap pulau dari jambatan ye.) Kalo datang dari kiri pulau, tempat tu belah kiri kita. Kalo datang dari kanan pulau, tempat tu di kanan kita. Macam masuk hutan kampung skit la. Kalo nak map, click sini. 

First thing yang korang akan nampak selain banner "sila masuk museum diwaktu malam " kat sepanjang jalan (haah, bleh masuk waktu malam), korang akan nampak bunker ni. Cool siut! Aku dah teruja dah masa ni! Aku suka sejarah peperangan, nak-nak WWII.

Ni la tempat yang aku cakap penah masuk Hidden Cities kat History Asia. Memang tempat ni best gile, KALAU, diexplore abis la kan.
"Canon firing bays, cook houses, well, logistic centre, hall, offices, sleeping quarters and medical infirmary are also preserved for your journey of discovery here. There are even underground tunnels that go all the way to the Straits of Melaka for access to submarines." 
For more Info and Pictures, click here.
KALAU takat kat depan pintu masuk je, memang hampeh (aku tengah geram ni!) 
Kat pintu masuk tu aku satu banner besar mengatakan tempat ni ada Night Tour. First ever in Malaysia selain Zoo la kan. Hahaha! Tapi aku tatau la tahap keselamatan malam camne, meriah ke tak, sebab kang tetiba ular mintak izin lalu tengah jalan. Eiiii!
 

Huish! Nampak jer patung ni, terus berduyun-duyun orang nak bergambar. Dah la masa tu tourist punya la ramai! 3 bas! Jenuh la duk menunggu turn. Masa kitorang nak amik, masa tu la ramai plak yang lalu. Last-last kitorang tunggu je diorang masuk dulu, then baru bergambar. 
Peserta rumah hitam merah la yang paling tak sabar. Hahaha!
Patu Pak Ein laki bini. 
Haih, tu sekampung dah tau tu nak pi Vietnam! 
Walhal aku baru je mintak IC number. Tah mana dia tau aku beli tiket Vietnam pun aku tatau.

Tak ketinggalan jugak la si laki bini ni yang nak kena bawak Pak Ein tu nanti.

Setelah dirumus dan dikira, semua decide tak nak masuk (padahal aku ngan hubby nak sangat-sangat!). Lagipun dah petang, nak hujan plak tu. Ada baby, budak kecik, dilupa jangan ibu mengandung sekali. Kalo kitorang berdua je senang. Dah la tak leh masuk kedai souvenir tu! Ada ke patut! Kalo nak laku, bleh je kan kasi masuk, dapat gak la menampung utk maintenance ke, refurbishment ke, ape ke. Salam tabik je la...

Since tak masuk, kitorang berlegar-legar je la kat ruang masuk tu. Ada la beberapa info bernas, map, dan sebagainya. Aku tak kira, next time datang, AKU NAK JUGAK MASUK! Kat Fort Siloso bleh pegi, CuChi Tunnel bleh pegi, takkan tempat sendri tak leh kan.
 
 

Untuk yang ada anak kecik atau separa besar, elok sangat la bawak stroller ye, kang tak pasal-pasal kena dukung macam askar bawak beg galas dan senjata. Hehehe! Salam ziarah dari keluarga bahagia, sekali lagi. (Apa? Belum, belum...tak abis lagi cite trip ni ye...kahkahkah!)

4 comments:

Supermeng Malaya said...

aku x pernah tau tempat ni.. nanti kena pi jenguk.

tajuk bertempur memang tak leh blah.

Biqque said...

meng, ko gi la jalan2 penang, masuk tempat2 yg tak penah masuk, best gak.

bertempur tu teringin, dah lama tak main Call of Duty ni! (mak esah sniper hebat tauuuu!)

NEKCIK said...

laa nekcik baru balik war museum hanoi..yang ni tak sampai lagi..tak baik kan...nntilah ada masa nekcik cuba terjah...
Biqque nak gi Vietnam lagi ke..Ho chin minh pulak kot..nekcik teringin jugak

Biqque said...

nekcik, saigon dah gi dah...for now, vietnam dah pi central, south, north...tunggu dulu la yg remote area, nak terjah tempat lain dulu :)

Subscribe To This Blog