"Umbai la kot..."
Kitorang pun setuju je. Malas nak cari jauh-jauh. Lagipun penah makan dah kat situ.
Kitorang
pun parking kat bawah pokok. Bunyi kicauan burung je dah dapat agak,
kompom la ada aksi tembak-menembak peluru putih kat atas keta kang. Tapi
dah itu je yang ada. Betul-betul depan surau, senang nak solat mintak
doa kat Allah jangan la teruk sangat burung tu melepas secara jemaah.
Lepas
solat, Pak Ein dah sibuk suh jalan dulu, riki kedai mana yang best. Aku
dah malas dah, masa ni aku cakap, makan je kat kedai no. 1 ni, sebab
penah dah try. AKU ULANG, KEDAI NO. 1 YE. KARANG KORANG TAU LA KENAPA
AKU ULANG. Lagipun sama jer sume tempat.
Kitorang
pun duduk la kat meja panjang ni. Si Sami sejak dari mula dah
terbongkang atas meja. Tak pedulik dah apa orang nak kata. Aku, Kak
Ngah, Abang Mus, ngan Skin pi pilih ikan, sotong, udang. Baru la nampak
yang ikan pari dia tak banyak, tinggal satu je. Cis! Nyesal plak tak
jalan dulu tadi. Tapi takpe, kitorang order yang lain. Aku share jer
ngan Kak Ngah. So, dapat la tiga keping kertas order.
Sedang
enak berbual sambil layan patung Spiderman yang muka tak sudah tu,
dalam tak sedar, air tak sampai. Nasik lemak pun dah abis atas meja.
Otak-otak plak langsung tak datang menghulur. Haiiiii...apa cer ni!
Kitorang
panggil berkali-kali jugak la si pelayan yang silih berganti jalan
menonong jer konon ingat la order kita, tapi akhirnya nan hado! Apa
lagi, Kak Ro terus bangun, PI KUTIP NASIK LEMAK KAT MEJA LAIN! Haaaa
puas hati aku! Sambil buat muka bengang abis dah ni! Patu aku sound budak
yang bakar otak-otak tu, suh hantar kat meja aku. Walhal tepi tu jer!
Makin lama makin menjadi. Aku rasa korang pun dah baca kat blog Skin
akan kecelakaan yang menimpa dirinya. Masa ni aku dah bangun la sebab
order yang sampai, tak menepati permintaan. Lagi teruk, ada yang tak
sampai!
Aku
terus gi kat kaunter sambil tunjuk satu, satu, "NI, NI, TAK SAMPAI
LAGI. DAH LAMA DAH. YANG SAMPAI SEMUA SALAH. APA NI?" Terkebil-kebil la
budak kaunter tu dengan muka cam haram jadu! Si pelayan tu dok kata
betul, betul, sambil dok tunjuk kat mamat yang amik ikan kitorang
awal-awal tadi. Korang tau dia kata apa? "Ooooo...patut la...order lain,
lain...len kali duk jauh-jauh skit..."
"HAMBOIH! DAH KITORANG SATU FAMILY, APE HAL NAK DUK ASING-ASING?! KORANG NAK SALAHKAN CUSTOMER KE??? CAMTU???"
SUMPAH AKU CAKAP KUAT GILE SEBAB AKU MARAH SANGAT! JANGAN DAH PI SITU, OKEY?
J.A.N.G.A.N!
Dengan
suasana yang agak tegang, kitorang bayar and blah dari situ. Cari
belacan. Hahaha! Bleh? Siap komplen nak cari yang murah gile. Beli 3,
tapi sume lupa nak bawak balik. Ada dalam peti es aku ni ha...
Seperti
yang dijanjikan, kitorang pegi jugak la town malam tu. Nak jalan jugak
tepi sungai tu. Masa ni dah nak agak jem, so kitorang parking tepi
lorong. Ada la apek tua ni jaga parking, mintak duit. Aku tak bayar pun,
laki Skin yang bayarkan. Mekasih :D
Then
kitorang jalan-jalan la kat Stadthuys tu. Ada la ayor pancut lampu ijo.
Walaupun terpercik-percik ayor nyer, family Pak Ein gagah jugak amik
gambor...
Patu
kitorang teruskan perjalanan kekakian ke kincir angin tadi. Still tak
bergerak, so amik gambar je la. Cantik rupanya di malam hari. Sonok anak
sedara aku sorang tu, dok layan DSLR baru dia...sampai abis battery!
Kat tengah jalan, ada satu roundabout kecik. Ada kancil batu sekor kat situ. Masa ni keta dah banyak tapi aku layankan je la bebudak ni nak bergambar.
Abang-abang
beca masa ni dah mula menjaja beca lip-lap diorang, siap pasang lagu
dun-cit-dun-cit boom box kalah keta kat Stadium Shah Alam ngan Taman
Tasik Tepen. Ada yang pasang lagu Hindi, ada yang pasang lagu Dangdut,
tak lupa jugak ada yang pasang lagu Disko. HOI! MANA LAGU DONGDANG
SAYANG?! Sungguh tak mencerminkan Melaka. Hahaha!
Dari
jauh nampak la Menara Taming Sari, tapi tak naik sebab nak bayo untuk
satu kampung memang tak daya. Lagipun Cik Ro dah naik kat Sentosa
Island, udah le. (Ewah, kat negara orang, naik! Kat negara sendri?
Hmmm...)
Patu
Pak Ein tak abih-abih la nak pegi jugak tengok kapal besar atas darat
tu! Muzium Samudera namanya. Walhal dia pegi ada la berjuta kali kot!
Haih...nak bawak cucu merasa katanya...tapi tak masuk pun, sekadar amik
gambar jer. Dia tau, anak cucu dia sume gile gambar. DIA PUN SIBUK LA
SUH REPAIR CAMERA DIAAAAAAAA...
Kat
depan Muzium Samudera tu ada pasar malam. Barang ada yang murah, ada
yang mahal. Kitorang tak beli apa pun. Ada gak cite menarik kat blog Skin pasal peniaga kat tempat ni.
Agak
semua dah ngantuk tak larat, kitorang jalan balik ke keta. Masa ni baru
la nampak segala tembakan burung-burung kat kedai makan tadi. Tak yah
susah-susah beli sticker. (Ingat tak dulu-dulu, sibuk orang tampal
sticker splash air/taik burung tu? Hahaha!)
On
the way balik, sempat benti kejap kat tepi jalan, beli hasil Melaka.
Tanpa berpikir panjang, aku cakap kat Skin "Eh, kita beli la kudap-kudap
untuk lepak hujung minggu ni ngan bebudak Travelholic!"
LAKU ABIS DODOL MELAKA TU YEEEEE HAHAHA! BABAI MELAKAAAAAAAA :D
12 comments:
ok register kat otak.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
JANGAN MAKAN KAT KEDAI NO 1.
* echo
asal ko tak berubah biq? mana tudung kau? hahaha
teringat pulak cerita ely hasrul psl kedai no.1 ni. kekeke lawakkkk!
meng, hahahaha ingat!
john, ko jugak yg ajar...takpe, jap je, nanti2 aku tarik balik :)
Hahahhaa lawak komen JOHN!
janggel, saje je si john ni...malas aku nak layan...
baik puan, aku pun akan noted tak nak pergi situ jugak. tapi tips yang ko buat tu pun best jugak, kalau marah pergi beli belacan, hehe...
hehehe...
ok
jangan pegi kedai no 1
(padahal pegi umbai pun tak pernah...hahahaaha...ko nih betul ke orang melaka???)
jom jeram jom...
hehe
orga, ye, kalo marah, sila beli belacan hahaha! gula melaka skali ye kalo bleh :D
kak anash, apa ni org melaka nih! hahaha!
ada satu tempat lagik selain umbai apa ke nama tempat tu kat ngan kg alai kalau x silap...
jalan menghala ke merlimau, rasanya dekat gak ngan umbai kot...
sana sila makan sate udang..mmg mabeles...tp bukan kedai no. 1 la..
HB, aku penah gak try tempat2 lain, tapi takde la mcm sampai tahap SEDAP nyer gitew...hahaha...wah, satey udang? kena suh Pak Ein buat ni! hahaha!
hahaha...xde la cam sate yg biasa tu...cuma dicucuknye udang tu ngan lidi pastu dia bakar ke apa ke xtau la tp mmg sodapp...
HB, owh kalo gitu, kita panggil cucuk-cucuk namanya hahaha...
Post a Comment