Dulu,
dikalangan kawan-kawan, everytime orang tanya nak pegi mana jer, mesti
jawab, Melaka. Tu kira jawapan kurang ajar namanya sebab asal soalannyer
camtu, maka jawapannyer pun camtu. Memang takkan jawab benda lain dah.
Aku pun tatau nape. Hahaha!
So,
bila family Pak Ein turun KL baru-baru ni, kakak aku tanya, nak pegi
jalan mana? Aku terus jawab, Melaka. Mana nak sangka, family Pak Ein ni
amik pot plak bila aku jawab camtu. Hahaha! So, TERPAKSA la pegi.
Aku
terus roger Skin and sebab a day before, laki dia si Hasrul tu dah
siap-siap ready nak ikut family Pak Ein ni berjalan. Masa ni aku tak pun
tatau nape aku tak roger si Chawana. Chawan keja barangkali. Mintak
mahap la, Kak Ro lupa...
Maka
4 kereta pun berconvoy...keta aku, keta Kak Ngah, keta Kak Saba and
keta Skin. Kalo la keta Abang aku ada, kan menarik! Kitorang naik
highway jer, senang. Kali ni aku tak drive, maka aku la tukang amik
gambar. Cuaca plak agak muram...cis!
Masa
ni anak sedara aku dok test camera DSLR baru dia. Dapat jugak dia bodek
mak dia (Kak Ngah) untuk beli malam sebelum tu. Jenuh la aku dok kowtim
ngan cina tu mintak murah. Dapat seketul. Bukan main sakan dok amik
gambar ala Myspace! Hahaha!
Sampai
kat town, masyaAllah! Jem TERUK! Tak bergerak kot! Dalam sibuk
dok menyumpah sebab tatau nape jem sangat, aku ternampak satu banner,
ada larian apetah kat depan A Famosa. Cis! Terus kitorang masuk celah
bedah, benti kat satu lorong, discuss. Masa ni sesi drama dah masuk aksi
tuduh menuduh tembak menembak sebab Pak Ein dengan Abang Mus cakap
River Cruise kot sana, walhal kitorang nampak signboard kot sini. Kak
Ngah amik jalan tengah, siap warn aku "Kalau jalan sana jem, siap hang!"
NASIB
MENYEBELAHI AKU DENGAN BANTUAN GPS SKIN, JALAN YANG KITORANG PILIH TU
TAK JAM! HAHAHA! Nasib jugak la ada satu uncle cina ni yang baik hati
siap lukis peta bagai, last-last dia naik keta, hon-hon suh kitorang
ikut dari belakang. PENAT LU LUKIS LA UNCLEEEEE...hahaha! Katanya Melaka
dah berubah...weekend or public holiday saje, mesti jem. Wah...
Masa
parking keta, nampak la monorel yang tergendala akan perkhidmatannya
sebab dulu ada kes siap kena panggil bomba turunkan penumpang. Mat saleh
plak tu! Dapat hadiah lagi. Hahaha!
Aku pun gi beli tiket sambil berjimba dengan anak sedara laki sorang ni...
Kat
kaunter ni, aku tanya..."VIP tiket tu ada apa dik?" "Ada orang nyanyi
kak..." katanya. "Oooo...takpe la, akak nyanyi sendri je dik...akak ni
juara koke tau...mic tak lepas kat orang ha!" Hahaha! Gile ko, beza
tiket jauh ok! Yang bot biasa tu baru RM10. Tu pun dah mahal untuk
segerombolan family Pak Ein ni. Sabar jer la...
Masa
beratur tu aku dah siap bagitau kat minah yang jaga tiket tu, yang
kitorang nak naik semua sekali. Kira tanak pecah-pecah la. So dia suh
orang blakang kitorang naik dulu.
Sambil
amik gambar sekeliling, aku nampak la bot VIP yang ada service penyanyi
tu. Hahaha! Kitorang naik bot beso jer ler...kat belah depan tu je dah
penuh ahli mejelis.
Bot
jalan jer, dah ada orang bercakap. Tape je pun. Dok cite pasal sejarah
tempat ni, apa yang kita nampak tu, itu la yang dia cakap. Kira kalo dia
suh pandang kiri, ha sila la tengok kiri. Kalo ko tengok kanan, nan
hado. Paling penting, Kampung Morten, cantik dah diorang buat.
Kat
setiap dinding bangunan sepanjang sungai ni, banyak la lukisan-lukisan
menarik. Ada Hang Tuah, ada Hang Li Po, ada koboi, ada kuih, ada
songkok, best jugak main teka-teka gambar kat sini. Hahaha! Kalo Amazing
Race buat kat sini, mesti menarik!
Tetiba
Pak Ein bersuara "Haaaaa tu, tu, kincir angin!" Ternganga kejap aku
tengok sebab tak sangka, sejak bila plak ada menatang ni. Tapi tak
bergerak plak masa tu.
Patu
Abang Mus pun menyampuk "Haaaa Abang Mus naik cruise haritu kat situ
la..." nak membuktikan yang jalan dia tunjuk tadi tu betul jugak.
Rupanya ada dua tempat nak naik cruise niiiiiii...maka sila jangan gaduh
len kali ye. Kalo naik dari hujung sana, dia akan buat satu pusingan,
dan balik kat hujung sana jugak. Takde nyer dia nak turunkan penumpang
kat hujung sini. Vice versa jugak kalo naik kat hujung sini ye. Hehehe!
Gile ramai kat tempat naik tu!
Sesi
bertukar laki pun terjadi jugak kat Melaka ni...apa masalah aku ni!
Nanti duluuuuuuuu...sila lihat gambar dibawah. Kami tukar secara rela
ye...Sami je yang tak rela...hahahaha!
Sambil
dok layan color air yang keruh tu serta bau-bauan serta percikan air
yang agak tak menyenangkan tu, kitorang dok cakap "Haiiii...kena basuh
muka kaki tangan kang ni, sedap jer merasa air jamban orang hahaha!"
Sumpah, ada setinggan kat sepanjang tu, cuma diorang cover dengan
juntaian lampu lip-lap untuk mengkaburi mata pelancong tau! Tak bleh
blah hahaha!
Kat
sepanjang sungai ni, boleh jugak kalo korang nak berjalan kaki.
Actually hasil hasutan Pak Ein, itu la plan kitorang malam nanti. Konon
nak saksikan lampu-lampu yang menyinari sepanjang sungai ni la. Tapi
harus di ingat, jauh wooooo! 1 kilo katanya!
Jembatan pun banyak, setiap jembatan ada nama. Patu kang ada la yang melambai-lambai dari atas jembatan tu. Hahaha!
"Kang malam kita datang balik ye! Kita makan ikan bako duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..."
2 comments:
(saya org melaka tapi saya mengaku..saya tak pernah naik cruise di sungai melaka)-komen separuh berbisik di dalam hati...
eh
eh
terkomen plak?
kak anash ni ngelat la...tak penah naik?!! terpaksa la buat melaka trip special utk kak anash nih! hahaha!
Post a Comment