Nuffnang Latest!

Friday, October 16, 2009

2 Thumbs Up For LPPKN!

Frustrated with An-Nur Specialist, Bangi (dah la mahal, lembap tahap gaban and nurse yang sungguh kuwang sopan, belagak, rupanya rejected dari Az-Zaharah), I convinced hubby to pursue our treatment at LPPKN. At first, hubby rasa contemplated jugak sebab he would prefer to do it naturally sebab bagi dia, kitorang ni cuma takde rezeki je lagi…but for me, its best to always know that our system ni ok, nak-nak kita ni perempuan kan…tak perlu malu, tak perlu takut, Allah yang buat kita jadi camni, kan?

Ok. LPPKN? What’s that? How did I get to know bout this organization? Thanks to Adib, who happens to know someone who had a beautiful and nice experience there. Ye la, dia pun dah tak sanggup dengar ‘kawan’ dia ni bebel makan itu, buat ini, try itu, try ini, buang duit sana sini, dan asik la nak kidnap Si Myra tu kan…hehehe…(so pegi la buat anak sendri!)

LPPKN stands for Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara that formerly funded by government (skang dah privatized dah), ada buat service yang mana diorang boleh tolong rakyat, untuk mendapatkan zuriat. Diorang ada satu tingkat ni, Tingkat 6, Pusat Reproduksi Manusia! Haaaaa…hebat tak hebat, tempat buat manusia!

Frankly speaking, siapa tak nak anak (bohsia je kot haram jadah bodoh buang anak). Right after we had our test results from Gribbles, alhamdulillah, both hubby and I are in great state to have baby. Cuma belum ada rezeki lagi, bak kata Doctor Fatimah. Since HSG kat situ sangatlah mahal, RM600-RM1000, terima kasih je lah kan. Bye Doc!

I dah cuba mengurut (sekali je pun), I dah cuba minyak sapu jampi (sebulan je kot), I dah cuba makan pil kesuburan chlomid (tu pun 1 cycle je), and still eating acid folic, multivitamin and primrose oil as preparation to get pregnant. Tapi, kuat travel, keje banyak, stress teruk, agak susah gak la nak conceive kot…entah la…

So, hari ni, naik LRT and sampai @ 8am kat LPPKN tu (kena buat appointment dulu ye sebab kena pegi on 2nd-5th day of period je). Sampai je sana, nurse tu terus ajar camne nak go through semua procedure kat sana. Letak IC, amik number. Tunggu jap, dia panggil and terangkan what we will have to do today.

Lepas isi form (both husband and wife), the husband is requested toooooooooooooooooo hand in the ‘askar-askar’. Hehe. Nak datang sini, tak bleh ‘keluar’kan dalam masa 4 hari. Tak boleh terlalu awal (like 1-2days) and tak boleh terlalu lambat (like more than 5-6days) sebab takut tak berkualiti untuk di test. Kang ada yang mati la, ekor takde la, kepala takde la, tak ke alien tu!

Yang lawak nyer, hubby dah tau since awal pagi tu yang tempat tu ada sediakan bilik untuk “masturbasi” (kahkahkah masturbate la tu)…sebab I cakap bilik tu macam hotel, ada tv 29” and dvd player (paham-paham je la, ada cd apa kan). So dengan tersengih-sengih nyer, nurse cakap, if bini nak ikut pun bolehhhhhh…tapi hubby dengan tak malu cakap, tak payah laaaa…kihkihkih! Ha pegi la. Dia pegi Tingkat 7.

Tak lama pas tu, hubby turun sambil senyum simpul. Dia kata Tingkat 7 tu macam lab, ada dua bilik, memang macam hotel. Ada katil, air-cond sejuk gile. Dia pegi kat tv, ada dvd player. Dia bukak laci, KOSONG! KAHKAHKAH! “MANA CD NYER?” I tertanya-tanya. “MAGAZINE PUN TAKDE!” hubby cakap. Dalam hatiku, hahahahahahahahahahahaha dah agak dah! Tu la, tanak I ikut lagi kan. Sebab dalam blog sorang laki ni dah cakap, dia tak leh tengok apa-apa pun! Lawak tul! Soooooooo kena la ‘buat’ sendriiiiiii!

Nak amik mood, hubby tutup lampu (sebenarnya dia takut ada camera, malu dowh!). Dah siap, kasi kat abang lab tu. Nasib baik boleh ye ayang???!!! Sebab pe tau, dia cakap, ada yang gile lama kena tunggu berjam-jam baru bleh (masak la sape yang kena turn lepas orang tu) and ada yang tak leh ‘kuar’kan langsung, siap kena balik datang hari lain. Sian, sian. Ye la, mana boleh paksa-paksa kan…tak feel.

Dah gelak-gelak, kitorang jumpa balik nurse tadi. Dengan loghat Kedah, dia soal-siasat history penyakit kitorang and family background. Dia tanya memang abis detail la pasal sex activity kita (sakit tak, naik tak, bape kali). So tips untuk sapa yang nak pegi, jangan malu jangan segan, cerita je semua sebab diorang ni nak tolong kita, diorang kena la paham condition kita kan. Satu je la, nurse kat sini sume sporting and open minded. SEJUTA KALI GANDA BAGUS DARI AN-NUR KAT BANGI TU! Buat kita rasa betul-betul selesa macam keluarga sendri.

Selesai di investigate, dia suh kitorang gi makan kat Tingkat 2 sementara tunggu result sperm test hubby tadi. Dalam sejam camtu, dapat dah result. Best gile, cepat! Camni la perkhidmatan yang cekap! Oh yea, the reason why suami kena buat sperm test dulu sebab if suami ada problem, diorang akan rujuk ke pakar urologi (sakit tuan). Laki kena OK dulu baru diorang check pompuan plak. Sebab pompuan ni, banyak treatment bleh buat, but if laki takde sperm, ha susah tu! Mana nak cari!

Alhamdulillah, untuk kali kedua, sperm test hubby ok (sonok dia siap cakap “yeay yeay, I boleh ada anak”). Haha! Next, my turn plak. Untuk test hormone and STD, both hubby and I kena amik darah. Hubby start dulu. Kejap je, dah cukup separuh picagari darah dia. Sampai turn I, nurse tak dapat cari main artery! Ni dah cucuk ni! Ya Allahhhhh…tukar tangan plak. Siap nurse suh exercise tangan jap, tak kuar gak urat. Adeh…lama tu dalam tak sedar (sebab tak tengok, takut) dah penuh satu picagari! Gile banyak! Haha…sebab nak test hormone skali, dah la tu, I tatau pun darah I jenis apa! Tak pasal-pasal kena cucuk dua kali.

Dah selesai, nurse kuarkan appointment card and bill. Satu pujian pada LPPKN, apa je yang diorang buat, dah siap dah dengan charges nyer! Siap tunjuk list harga ni, takut kita tak percaya! BETTER THAN PRIVATE SPECIALIST! Camni la bagus…bagitau siap-siap suh bawak RM200, memang kena pun dalam RM186 for both husband and wife. Bukan macam An-Nur (sampai mati la aku kutuk An-Nur ni), test I sorang je dah RM360!

So next, I kena buat HSG test (xray tube fallopio and rahim yang I nak buat sangat-sangat). Caranya, satu cecair akan dimasukkan melalui va-jay-jay and tengok ada blockage ke tak untuk sperm tu travel mencari telur si buah hatinya. Since LPPKN takde facility ni, diorang refer kita kat beberapa tempat, tapi diorang syorkan pegi Tawakkal sebab murah. How cheap is cheap? F**king cheap! (Sorry ter-curse). HSG test ni kalo kat tempat lain, RM500-RM600 (tau An-Nur brapa, RM1000 cam celaka kan!). Tawakkal brapa? RM180! Moga Allah panjangkan umur murahkan rezeki doctor kat hospital tu. Amin. I akan pegi on this 24th @ 9.30am. Doakan yang terbaek ye sebab result akan dapat on the spot.

On 3rd Nov plak, I kena datang balik ke LPPKN untuk amik blood test lagi (mintak-mintak la jumpa main artery tu nanti). Blood test ni kena amik masa bukan period plak (sebab yang hari ni nyer blood test amik masa period) untuk check productive ke tidak, normal ke tidak pada hari subur. Charge nyer hanyalah RM14. Murah kan? Bagus, bagus. Yang ni hubby tak perlu datang (first time pegi je KENA pegi ngan husband, kalo tak, tak diterima kes tau!)

Lepas semua diatas, baru lah dapat jumpa doctor sebenar untuk consultation and further treatment. Kira lengkap sperm test husband, blood test both husband and wife, HSG test for wife, blood test for wife, baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaru la dapat tau camne nak teruskan treatment. Kena makan chlomid je ke (5 biji 1 cycle), kena amik injection kesuburan ke (cucuk kat perut setiap malam), ape ke, baru dapat tau. So kitorang harap, tak susah la untuk kitorang. Masa ni, nurse dah kasitau, kena bawak siap-siap RM500-RM1000. Yang mahal adalah ubat-ubatan, upah doctor HANYA RM10. Moga Allah panjangkan umur murahkan rezeki doctor lagiiiiii! Amin!

For info, semua orang penah dengar IUI. Satu cara untuk dapatkan baby dengan kaedah sains. IUI ni dibuat dengan mengambil sperm husband yang motile and active, then injectkan ke dalam va-jay-jay wife. Kiranya daripada sperm tu berenang sendri bertarung nyawa mencari jalan menuju ke heaven, suntikan tu dah tolong overboostkan speed dia la. Hahaha! But still, senyawa tak senyawa, itu kerja tuhan Allah. Harganya, RM350, yang mana tempat lain buat nak dekat RM600-RM2000! Tengok tempat tengok doctor!

Tak cukup best lagiiiiiiiiiiiiiiii. IVF. Ha, kaedah ni kira paling habis la cara nak buat baby. Caranya, amik sperm husband, amik telur wife, senyawakan. Tengok brapa banyak telur yang tersenyawa (masa ni la nak buat kembar korang!), then masukkan balik ke dalam rahim wife. Kuat tak kuat, tahan tak tahan, hidup tak hidup, again, itu kerja tuhan Allah. Harganya, RM2000! TAU TAK KAT LUAR BRAPA? RM11,000 TAU! Mintak-mintak la LPPKN ni buat harga ni sampai bila-bila…sian rakyat yang takde duit…ni je la peluang rakyat kan…

So, dengan ini, I berharap sangat, kitorang tak perlu lalui semua kerja-kerja susah tu…mintak sangat kat Allah, dipermudahkan kerja kitorang untuk dapatkan zuriat ni…kalau boleh, tak nak la diduga dengan teruk…kan…doakan yang elok-elok dan terbaik untuk kami…Amin.

(Ok la...ciao dulu...laki aku dah masuk dapur sorang-sorang hempas periuk lempar sardin tabur garam tu masak ktong ktang ktong ktang! Kahkahkah! I luv my hubby! COZ HE KNOWS HOW TO COOK! ALONE! Sape tak sayang laki oiiiiiii...)

16 comments:

Ely Hasrul said...

haaaaaaaaaaaaaaaaa nurse2 kat lppkn nih mmg masuk fav list aku!! bagus!!!! nnti aku mintak mak, abang ngan kak ma doakan ko kat mekah gak. aku dh tbyg2 kalu ko dpt kembaq hahahah berangan saja2!

uncle c masak sardin sdr? 5 point lagik disitu!!

Biqque said...

tenkiu i lap u :)

Zafrina said...

panjang sgt entry ni, tak sempat nak baca lagi.. tapi my aunty penah ke LPPKN tu lepas bape tahun tak dpt baby, then tak lama lepas tu dia pregnant! harap-harap u pun mcm tu biq! amin..

Biqque said...

aminnnnnn :)

Cawan said...

Tetapkan berusaha n xputus asa.. Go BIQ go BIG!

Biqque said...

nak go BIG la ni cawan :D

dibitz said...

alhamdulillahhh and syukur ada tempat cam lppkn kan? tempat2 camni la yg buat i rasa tak perlu pegi private... save your money, get the best treatment.

insyaallah u takde apa2 sakit, cuma blum time je lagi. and hopefully lepas ni kita shopping baju baby!! mwahsss!!

Unknown said...

amin...good luck jugak, mana tau, berkat usaha u yg tak putus2 tu, tuhan nak kasi kan...mintak2 la semua ok nanti..

Tapi paling kelakor baca u citer pasal bilik tu hahahaha...lawak2..tu la sharul jual mahal sgt, bawak u lagi best..leh join skali keh keh keh..

Biqque said...

ha shopping sama2 tu i suka dib!!!

na, mau tak lawak, if u tgk muka dia turun dari bilik tu laaaaaaaagi lawak!

Suhaila Mohd Shukor said...

Hi, saya Baca entry u 'thumbs up LPPKN'...lepas saya google IVF LPPKN hehe. Thanks for sharing all the info that i need to know...saya dah 2 tahun kahwin namun belum ada rezeki timang cahaya mata. Thanks again ya? :)

Biqque said...

suhaila, i still don't own one :) takpe, kita cuba ye...

yang sengal itu aku said...

Info sangat berguna.. thanks sangat-sangat!! terus follow! sy follower I'M Yours.. sangat berguna info akk.. sy pn nk try gak la.. nk check for both husbnd & wife tu... nk set app kena q ke?

Biqque said...

dik, lppkn ni strict skit, kena ikut time dorang. 1st app kena pegi laki bini, then seterusnya baru bleh sorang je dtg. if possible, pi la dua2 senang, sama2 go thru sume.

mizzura said...

came here from blog neena :-)

tula...ni dah setahun ingat nak plan pergi LPPKN tuh..

good info..akan rujuk sini lagi..

Biqque said...

mizzura, ha elok la tu pi check :) at least kita cuba kan...

Unknown said...

Hi sis... nak tanya.. sy baru je follow treatment lppkn.. dh 6 tahun kahwin. Skrg dh lps stage ambil darah for 2nd time cd 22.. td nurse inform minta standby duit dlm 500-600 kalau period.. that time blur xtau nk tnya sbb apa.. kklu period masa jumpa doc maksudnya apa?

Subscribe To This Blog