Nuffnang Latest!

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Seafood Restaurant

Dinner – Pork Seafood???
Balik hotel, mandi pool. Walaupun tinggal lagi 20 minit, kitorang terjun jugak. Ye la, kul 7.00pm diorang dah gelap. Tukar two-piece bikini tadi, I sendri dah benci tengok diri sendri! Eiiiiii gemuk! Takde pinggang langsung! Perut buncit! Aaaaaa blasah je laaaa! Sambil malu dengan badan sendri, ku terjun juga ke dalam pool. Kat hotel ni ada 3 separate pools, senang, tak berebut. Patu ada pool-bar…cantik. Sebab tepi laut.

Agak-agak dah penat, naik bilik. Sumpah aku tak nak pakai dah bikini ni! Sape nak, amik la! Harap color je cun, tapi aku pakai tetap tak cun! Benci! Memang wetsuit jugak la esok ni…sigh! Lepas mandi, salin baju, turun balik, cari makan. Orang hotel tu cakap kat Fisherman Village ada seafood. Kitorang pun pegi la. Hubby masa ni dah jadi orang Thailand, tak pakai helmet! Hahaha!
Sampai Fisherman Village, satu haram seafood pun tak jumpak. Sume pub and bistro je. Lorong belakang tempat urut ada ar. So kitorang patah balik. Sebab dah sakit bontot naik motor lama sangat siang tadi (tak tau la camne la orang leh tahan naik motor gi keje kat KL tu), kitorang ke arah hotel balik. Sebab hubby cakap depan tu ada seafood resto. Ok je la. Mr. Pho Seafood Resto, buffet, 100B per pax. Ha cun! Tengok barang, ok. Order for two. Macam biasa, cakap Thailand lagi la diorang ngan kitorang. Adehhhhhhh! “Mai kao jaiiiii…don’t understand, don’t understand!” sambil senyum. Dah la minah dua ekor ni tak pandai cakap English sangat. Skali dia hantar bekas sup with lemak something kat tengah. “What’s this?” I ngan hubby dah terbeliak dah. “Pork” dia jawab. Terus kitorang “No pork! No pork!” Dia terus tanya “Chicken? You eat chicken?” kitorang terus la cakap kitorang vegetarian. Dengan selambanyer, mamat tukang angkat bekas tadi tu nak kuarkan pork tu, tapi supnyer tinggal. Hahaha! Hubby terus kenyang, cakap takpe la kat minah tu, kita tak jadi makan. Sume gelak and berlalu pergi begitu saje. Nak cari foodcourt pun dah malas. Sama je nanti.Ha hamik ko! Pork sana sini. Nak makan ape skang? Macam tak penah buat, kita kembali ke zaman Singapore. Kita cari 7eleven, beli heated rice with egg+shrimp. Patu beli mango juice. Balik hotel, makan. Boleh la…tak sedap mana pun masakan Thai ni. Janji halal. Sok, kena la cari tempat lain plak. Lepas makan, lepak jap, tengok tv (sume bahasa Thai, French, German sahaja). Patu boommmmmm tidoooooooo! Prepare untuk besok plak! Ang Thong here we comeeeee! (Check duit, ada lebih...leh shopping nih!)

4 comments:

Unknown said...

ish tak sangka plak cam byk babi kat Koh Samui nih...nasib baik korang tanye...kalo tak..wasalam...

Biqque said...

sharul tgk terus kenyang hahahaha! sana cam makanan harian diorang. unlike bali, babi tu cam exotic kan?

3plepl8 said...

countdown kt tepi tu dh over...kasi tukar cepat!

Biqque said...

ok sudah sudah! sudah tukar medan - lake toba la plakkkkk! hahaha!

Subscribe To This Blog