Nuffnang Latest!

Wednesday, November 6, 2013

Kedai Kopi Kari Ikan Sembilang Matang, Taiping, Perak

Benda paling best bila balik Tepen adalah...MAKAN! Dari breakfast, lunch, tea, sampai la dinner or sometimes supper, semua best. Sebab kat Tepen BANYAK gile choices of food. Slalunya breakfast mesti nasik lemak. Lunch plak nasik campur. Tea karang cari laksa and cendol, tak pun pi Cashier Market cari mee combat and popiah. Dinner pegi lepak kedai satay Pak Ein sambil makan nasik goreng ayam or koew teow koboi. Kalo larat supper, pegi mamak cari roti canai. So, bleh budget tak bape kilo berat bleh naik kalo balik bercuti seminggu? Hahaha!

Ok, awal tahun ni, abah aku a.k.a Pak Ein introducekan satu kedai kampung untuk breakfast. Kedai ni namanya Kedai Kopi Kari Ikan Sembilang yang dimiliki dan dimasak sendiri oleh Pak Ya Roy. Uih nama tak agak-agak! Terletak betul-betul di pekan kecil Matang, berhadapan dengan pasar ikan Matang. Kedai ni bukak waktu pagi sampai petang jer. Yang makan pun orang-orang kampung area situ yang keja nelayan. Ye la, nelayan, pagi-pagi dah mintak nasik kan. 
Kedai ni HANYA masak kari saja...dan ikannya samada siakap, bawal emas, sembilang, atau beberapa lagi jenis ikan yang dijual kat kedai tu. Tapi yang glamer sah-sah la ikan sembilang. Mungkin ada yang geli tengok sebab kepala dia cam ikan keli atau ular, tapi aku kalo dah nama ikan, aku no hal la pikir benda tu ikan. Sedap gile weh! Ada jugak orang yang pegi beli ikan kat pasar, patu suruh Pak Ya ni masak kari. Satu lagi benda yang special kat sini adalah cara makannya. Kari ni hanya dihidangkan panas-panas dan dimasak bila order jer. Patu makan dengan nasik panas dan sambal belacan yang digaul dengan nasik. Ha menceceh tak air liur? Ko nak sayur ke apa ke, TAKDE ye!
Memandangkan aku pegi dengan abah aku, dan abah aku member kamceng Pak Ya, kitorang dah call order siap-siap before datang. So kalo sampai tu, tak sampai 3 minit dah terhidang. Hehehe! Kalo tak, kena la tunggu jap dia masakkan. Uihhhhh sedapnyer la sampai menghirup kuah kari tu! Ha, rempah dia buat sendri tau, campur apa aku tatau, tapi sedap gile! Kepala ikan plak jangan cakap la, abis tinggal tulang. Hahaha!
Ok ni part paling best! Since kecik aku SUKA gile makan telor ikan, so aku request kat abah aku untuk order telor ikan sembilang skali. Korang penah tak tengok telor ikan ni? Dia bukan jenis telor ikan yg kecik-kecik tu tau, dia besar skit. Tapi tak la sebesar telor ikan plotan atau ikan duri. Mungkin ada yang tak pernah tengok. Macam rupa telor alien pun ada. Tapi untuk aku yang dari kecik dah biasa tengok abah pi mancing bawak balik telor ikan sembilang cam alien ni, memang tak sabar nak menyambar la kan!
Sapa yang tak makan ikan macam Supermeng tu, rugi la. Tapi sapa yang suka ikan sembilang ni, rasa macam heaven on earth gitu :)

Notes : Semua gambar aku snap guna Lenovo Ideaphone S890.

14 comments:

Hang Dhamin said...

gambar satay xde? haha teringat2...

Unknown said...

sedapnya rupa makanan tu semua, kecuali telur ikan tu..sebab nampak cam ulat gemuk!! ya ampunnnnnnnnnn..

Biqque said...

hang dhamin, tu la ko, kalo tak dpt makan free :) post satay aku penah kuarkan dulu...nak sila terliur
http://biqque.blogspot.com/2012/02/satay-pak-ein-simpang-taiping.html

na, mmg sedap sbb makanan kampung. nanti i bawak u pi try nasik rm3 hahaha! apa dia masak, kasi hentam sampai muntah, siap bleh tambah. tapi kena redho dgn apa yg dihidang la. weh telor tu sedappppppppppppppp wooooooooo! hahahaha!

DJ said...

oh selalu nampak kedai kari ikan sembilang...kalo kat nogori, buat salai masak lomak cili api sodapp...hehehe telur tu memang mengerikan tengok rupa dia...hehehe

Anonymous said...

sedapnya.....terbaik teloq ikan sembilang tu selama ni jumpa teloq plotan saja. sambal belacan tu kalau add on timun atau ulam putat sedap gak.

zany

kakitravelkhairuddin.blogspot.com said...

boleh makan dengan chili jeruk sekali...best.

Biqque said...

dj, masak lomak telur sedap gak :)

zany, ha u tau ikan plotan? bagus2 hehehe. ha sambal tu timun pun takde, blk rumah, kitorang beli timun hahaha...

khairuddin, cili jeruk? ok yg tu tak penah try hahaha...

just.HY said...

telur ikan tu mcm ulat sago! eeeiii geli~

Orga said...

macam best jer telur ikan tu, mau try ni kalau ke tepen, ahaha...

Biqque said...

john, ulat sago? ewwwww! tak laaa, ni sedapppppp! :D

orga, ha sila2...harus cuba :)

Liza Z. said...

Biq, akak orang Tepen.. (tp dibesarkan di PJ).. tak pernah dengaq pasal kedai makan ikan sembilang tu.. Tang mana exactly Matang ni? kat Simpang ya? terliuq tengok foto2 makanan tu...:)

Biqque said...

liza, betui2 dpn market matang. kira dari selekoh kanan kota ngah ibrahim tu terus masuk kiri n ikut je jalan tu...sedap woooo! try la hahaha!

Danie said...

Biqque ada alamat x lokasi tu...sy trigin nk pi,tp xtau lokasi dimna..

Danie said...

Biqque ada alamat x lokasi tu...sy trigin nk pi,tp xtau lokasi dimna..

Subscribe To This Blog