Nuffnang Latest

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Hin Ta Hin Yai

Hin Ta Hin Yai – Grandmother Grandfather Rock.
Agak jauh gak Chaweng ni, siap naik bukit turun bukit. Hubby ape lagi, merempit la dia. Terkekek-kekek I kat blakang. Tak bleh blah tengok laki sendri bawak motor ngan rambut serabai kena angin. Hahaha! Siap tunduk kedepan tuh! Konon cucuk angin! Sesekali dia tunduk, helmet I mesti tertolak kebelakang! Bodoh gile! Hahaha! Lalu Chaweng Beach ni memang mencabar. Motooooooooooorrrrr je kiri kanan. Memang tak muat dua keta yang bertentangan arah. Seb baik sewa motor!Agak happening tempat ni. Banyak kedai, pub, tempat massage, I can say that this place is the heart of Koh Samui la. Laluan dia agak panjang and one way, sampai la ke Lamai Beach. Lamai Beach ni pun sama, banyak kedai, pub, tempat massage, kira sambung dari Chaweng Beach tadi la. Jauh dan panjang. Tempat yang dicari tak jumpa-jumpa lagi! Sekali tu dah sampai Hotel Mercure! “Eh ayang, patah balik, ni dah terlepas ni sebab dah sampai Mercure. Dia kena before Mercure.”

Kitorang patah balik. Nak buat u-turn pun satu hal. Hubby dah melelong-lelong nak masuk longkang. Hahaha! Takpe, skit lagi, skit lagi nak terer ek ayang. Patu nampak ada Hin Ta Café. Benti kat situ, nampak dah batu banyak-banyak. Ada parking motor, bayar bape tah, tak ingat, tapi murah la. Kat situ ada papan tanda. Amik gambar duluuuuuu!
“So? Mana nyer?” kitorang dok mencari. Ha, nampak signboard buatan sendri ke arah kiri. Alamak, kena panjat bukit ke! Dah la pakai platform 2 inci setengah ni! Blasah je laaaaa! Panjat batu-batu besar, masuk denai. Ada signboard kecik tulisan merah cam menggerunkan je tunjuk kiri, kanan, kiri, kanan sampai masuk hutan skit. Tetiba jumpa rumah buruk. Haiiiii pe kes ni!Patu blakang dia cam ada deretan kedai plak. Laaaaa…baik jalan dari luar tadi jeeeeee! Bodoh! Rupanya ada jalan lain yang sangattttt la senang. Siap ada kedai-kedai souvenir lagi kiri kanan. Macam biasa, semua orang cakap Thai ngan kitorang. Apa lagi, kitorang hanya mampu tersenyum je la. Hehe! Jalan terus ada ramai orang. Ha betul la ni. Tengok kanan, haaaaaaaaaaa tu dia! The Penis-shaped rock! Terpacak tegak kat situ. Camne leh jadi camtu, tatau la. Sume orang dok amik gambar siap buat macam nak pegang la, sentuh la, tah pape. Sisters pun ada tau dok gelak-gelak amik gambar macam nak pegang! Hahaha!But wait, where is The Clitoris-shaped rock tu? Kena tengok dari arah mana? Kena panjat batu tu lagi ke? Aaaahhhh no way! Kim salam je. Ada la satu tu lebih kurang cam bentuknya, amik je la gambar.Hahaha! But I think, kena tengok dari arah depan, which is from laut. Camne nak pegi? Takpe la…janji dah sampai.
Ada satu lagi tempat nak kena pegi ni. Baik teruskan. Kitorang kuar kot jalan lain, yang mana jalan ni la yang sepatutnya kitorang guna, instead of panjat bukit bodo tu.

1 holler:

Ely Hasrul said...

hahaha aku mmg lawak la kalu naik motor helmet jatuh kblkg.. tulisan merah tu scary siot..

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog