Nuffnang Latest

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Blue Lagoon

Blue Lagoon – The Emerald Lake.
Then diorang panggil naik boat balik. Nak gi Blue Lagoon plak. Banyak gile tau pulau-pulau kecik kat area Marine Park ni. Sume cun-cun batunya. Kalo sesat, tatau la camne nak balik sebab tak tau pulau mana dah. Haha!Sampai kat Mae Koh Island tu, ada la dua long tail boat, tah datang dari mana. Mau letih tu if naik boat tu je! Turun ke jetty terapung, sempat amik gambar kat bawah batu yang terhakis dengan air laut tu, cantik!Mana tau nak gi tengok Emerald Lake tu kena panjat bukitttttttt! Adeh…dengan platform 2 setengah inci tu, ku gagahkan jugak. Last-last bukak terus slipar tu. Senang. Seb baik ada tangga and jambatan gantung. Tapi sumpah letih siallllllllll! Kejang otot betis ngan peha ni tau! Dah naik, panjat, masuk gua, tunduk, panjat balik, baru la sampai. Experience dia cam sama kita nak tengok Tasik Dayang Bunting kat Langkawi tu.Sekali tengok lake tu, wahhhhhhhhhh hijau nyerrrrrrrr! Terus cam lega sebab berbaloi. Cantik sangat.Ada view point, so leh tangkap gambar sekeliling. From up there, bleh nampak sume pulau-pulau kecik tadi. Memang cun! Mamat Israel tadi tah ape-ape duk tanya hubby nak amik gambar from view mana cantik. Amik je la, bodoh! Patu dok cari mana monkey, sebab tour guide tadi duk kata ada batu bentuk monkey. Hahaha!Patu turun plak. Satu lagi siksa. Letih macam lari marathon merentas desa! Haihhhh!Ada la terjumpa beberapa orang Thai, macam biasa, speaking Thai ngan kitorang. Whatever la makcik, aku tak paham. Tapi tour guide untuk Blue Lagoon ni, pandai cakap melayu! Terkejut kitorang. Muka sangat familiar hubby cakap. Dia cakap, dia pandai cakap Arab. Beach boys kat sini mesti tau banyak bahasa, macam kat Bali tu. Nak idup kan…tapi jeles la, sebab pandai cakap German, French sume!
Dah turun tu kitorang lepak kat tempat redup. Biasa la Asian. Hahaha! Omputih sumeeeeee berjemur tengah panas. Lepas sejam, dia panggil sume balik naik boat. Nak pegi tempat kayak plak. Ada yang tengah mandi, ada yang tengah baring, sume jalan slow-slow sebab dah penat panjat bukit.

2 holler:

BlueEwoke said...

Cantik sial Blue Lagoon dia...memang berbaloi utk sakit2 paha dan betis nih..huhuh

Cawan said...

this place i like!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog