Nuffnang Latest

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Honda Click

Honda Click – Time To Merempit.

Lepas tukar baju, terus turun bawah. Nasib baik bilik depan lift, senang je. Dekat dengan reception counter plak tu. Kat hotel ni ada buat service sewa motor and kereta, as well as island activities nyer package. Bagus! Memandangkan budak jaga package tour island tu gi lunch (Thailand lewat 1jam dari Malaysia), kitorang sewa motor dulu lah! Haaaaaaa! Tak dapat merempit kat Malaysia, hubby nak merempit di Thailand la ni! Tau kat mama dia naya nih! Hahaha!
Ok la, amik sehari dulu sebab esok nak gi AngThong Marine Park, so tak payah rugi-rugi.
“Khap phun kapp…” kata budak laki tu. Apa nak jawab ni? Senyum je la…heeee! “Mai mi samong jai dam apetah lagi aku pun tak paham?” tatau la tu soalan ke dia buat statement. “Hehe…sorry…how much?” muka bodo tak paham bahasa. “Oooo…sorry, 300B…for 1 day.” (Sehari, sewanya 300B, bahagi 10, lebih kurang RM30.00…ok ar…malas nak jalan cari kat luar dah.) Dah agak dah, dia ingat kitorang orang Thai. Biasa…biasa…I am always mistaken as local kat negara-negara jiran ni…macam tak biasa…terima je la…(as long as it benefits me, bring it on!)
Dia kasi dua helmet kura-kura (yang kat Malaysia, sah-sah tak lepas) and masa ni I ngan hubby dah teruja gelak-gelak dah sebab tak penah bawak/naik motor kan! Kahkahkah! I la paling takut, sebab at least, I tau bawak, tapi ni hubby yang nak bawak, tawakal je la! Hahaha! Ok, takpe, motor ni automatic. Nak kata scooter, bentuknyer tak macam scooter sangat pun. Start, tunggang, hubby dah melelong! Terbahak-bahak kitorang dok gelak kat area hotel tu. The good part about hotels in Koh Samui, semua entrance ada guard tukang jaga lalulintas sebab hotel-hotel ni semua kat tepi jalan besar (yang tak berapa besar pun). Senang skit nak kuar kan.
Berbekalkan map, I do my routine job as a map reader. Tak benti gelak lagi sebab hubby dah start merempit macam “samseng jalanan”. Tak dapat kat Malaysia, Thailand pun jadilah. Masa ni helmet dua-dua dah terkebelakang sebab laju sangat (tak la laju mana pun hahaha!). I ape lagi, amik gambar la kiri kanan depan blakang macam beruk naik motor. Kahkahkah!

“Ayang! Mana ni? Terus ke ape?” hubby menyedarkan aku dari keseronokan bergambar dan ketawa macam setan sebab tengok rambut hubby yang ditiup angin dari belakang. “Ok, ok, Big Buddha kan? Aaaa…kiri, kiri.”

5 holler:

BlueEwoke said...

kah kah kah...lawak abis la korang nih!!!! Ngan Sharul bawak moto lagi, dh le lesen pun tak de...hahahahaha...lagi2..cepat update gambar..

Ely Hasrul said...

aku xtau uncle c tau bwk moto kahakahkahakahakhkah aku ingt korg xtau... ropenye hsrl aje la yg xtau hahahahahahhahaha

biqque said...

auto skin oiiiii...senang jeeeee! ko ingat manual siap clutch dia tau bawak? memang willi terus arrrrr! kahkahkah!

Cawan said...

"Macam beruk naik motor" ? wahhhh ko ni buat aku tergelak abis ni.. tp experience yg mmng sempoi,redah kak, redahhhhh..

biqque said...

hahaha betul cawannnnn! siap main2 brake la ape la...sakit bontot siut! camne la korang leh naik moto tiap2 ari wehhhh!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog