Nuffnang Latest

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Chaweng and Big Buddha

Chaweng and Big Buddha – Shopping Timeeee!
Sampai hotel, terus masuk bilik. Tak terjun pool pun, malas dah. Balik bilik, mandi, salin baju, kuar balik. Kaki lenguh gile. Tapi nak gi shopping kat Big Buddha and Chaweng! Nak beli gak baju smalam tu!

Turun lobi, cari balik motor semalam. Ingat nak amik separuh ari je, tapi tak leh. So mamat tu kasi diskaun skit, 250B for one day. Ok laaaa. Blasah! Hubby cam biasa, tak pakai helmet. Kitorang gerak ke Big Buddha, dah senja ni. Tapi nak gak gi beli baju smalam. Seb baik kedai tu bukak lagi. Minah tu siap cakap Thai lagi…I hanya mampu senyum and cakap “Sorry, I’m from Malaysia…” Terus dia “Ooooooo Malay…I thought you like me, Thai, Thai…” Dia teruja. Tak abis-abis dia cakap muka I macam orang Thai. “Ya, people always mistaken me as Thai…hehe…” macam kerang busuk. So kasi la murah!!!

Memula dia letak 300B. I mintak kurang 250B. Pekerja dia macam suruh kesian kat dia la, 300B la, ok la 280B la. I mati-mati mintak jugak 250B. Sampai tokey tu dah senyum-senyum suka kot tengok I, terus ok la ok la, dapat 250B. Lagipun dah nak tutup, kasi je la kan. Hahaha! Dapat satu dress putih!!!

Patu gerak ke Chaweng beach. Hubby nak baju Le Coq Sportif smalam. Hubby ni senang, dia tak banyak membeli, but if dia nak yang tu, dia nak jugak la kan. Cari balik Sport Stadium tu, tak jumpa plak. Rupanya jauh lagi.
Haha! So benti beli magnet dulu lah! Mahal seh! Satu 100B! RM10.00??? No way! Dah la batu buruk je! I mintak 3 for 100B. Tak dapat. Ok la, I mintak 5 for 200B. Minah yang kedai awal-awal tu pandang je sebab harga kat situ diorang dah set kan, if sape amik murah, kena la kot. Last-last pompuan tu kasi 5 for 230B, win-win situation la, tapi dia suh tipu cakap dia kasi 250B. Haha!

Dah beli, tengok bagpack Lowe Pine. Murah sial! Leh la beli untuk gi France nanti! Oppsss!!! Bila tuh? Hahaha! Patu bag yang waterproof pun murah. Takpe, simpan dulu. Krabi ke kan…oppsss!!! Bila plak tuh? Hahaha!

Patu kitorang ke depan lagi. Masa ni dah malam, so dah start happening dah area sini. Lagu pub dan kelab dah berkumandang di kiri kanan jalan. Minah-minah tukang urut dah bersepah di tepian kedai. Hmmm…menarik nih! Mesti ada “ayam” kan? Patu kitorang stop kat Sport Stadium. Masuk dalam, hubby try baju tu. Seb baik ada size! Kalo tak, buat penat je.
I plak, camne nak abiskan duit? I beli handbag yang sebijik macam baju hubby! Hahaha! Beg tu transparent, dalam dia ada bag lagi. Semua tu dijual asing-asing. But if beli salah satu je, tak cun. So beli dua-dua. Abis Thai Baht I!!! Satu barang je!!! Kalo kat Malaysia ni, tak beli kottttt! Ayam bukan sebarang ayam, tapi sebab susah nak dapat kat Malaysia, beli je.

2 holler:

BlueEwoke said...

Wah dah beli beg utk p FRANCE!!!! uiiii semangat waja nih!!! Krabi?? Opppsss jom laaaaa..leh kite shopping2 lagi..

biqque said...

hehehe...jom!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog