Nuffnang Latest

Monday, July 20, 2009

Koh Samui - Hotel Ibis

Ibis - Memang Hotel Tetap Kami.

Bangun pagi, mandi, terus gi breakfast. Macam semalam, amik benda yang sama. Lepas makan terus lepak kat pool. Nak amik gambar sebijik macam dalam internet. View pool mengadap laut! Haha! Macam-macam gaya dah, hubby pun suka. Cuaca arini sangat cantik. Panas terik. Cis! Kalau la semalam camni, mesti cantik gambar Ang Thong tu.
Gambar berdua kena gak amik untuk "wall of frame" kat tangga rumah nanti. Macam biasa, sorang depan sorang blakang, patu ganti. Haha! Dah abih satu pool kitorang bergambar, dah tatau nak buat pe.
Tetiba hubby dapat sms dari Firefly! Flight delay. Patutnyer 11.20am, delay ke 12.20pm. Laaaa...Firefly niiii! Seb baik antar sms. Seb baik jugak la hubby guna Digi. Seb baik jugak la orang kuning tu ada kat Samui. Hehe!
Museum - Lost In Translation.
So to kill time, kitorang naik lagi motor. This time hubby tak pakai helmet lagi. Wahhhhh dah cam local la ni kononnnn. I tetap pakai. Hehe.
"So kemana kita?" I tanya hubby. "I tengok dalam map tadi, ke arah Maenam beach, ada satu Natural History Museum. Dekat je..." hubby jawab. Dia ada tengok map tadi, so ok la.
Kitorang keluar dari hotel, menuju ke arah kanan. Agak dah lepas Nina Suzy, tak de signboard pun. Tengok map, betul. Masuk ke lorong kanan, sampai Highway Dept. Terus lagi, jalan mati. Aiks! Keluar balik. Pegi balik ke arah Nina Suzy tadi. Tapi still takde signboard.

Last-last benti tanya satu mini market. Pompuan tu tak paham English plak. So terpaksa la tunjukkan Map yang ada Museum tu. Dia kata
"Straightttt...100 meter...school, school..." hai sekolah mana plak ni. Takpe, teruskan lagi. This time kitorang masuk ikut skolah tu. Sampai dalam, ada selekoh ke kanan. Ooooo...jalan ni la kot.

Tetiba sampai luxury residential area. Dah plak...mana Museum nyer??? Tanya guard, tak paham English jugak. Tunjuk Map, pun tatau. Dia dok cakap
"Residential...residential..." sukati ko la. Kitorang kuar balik.

Patu nampak sorang mat motor ni tengah angkut barang kat tepi kedai. Tanya dia, dia pun tatau kat mana. Patu dia suh tanya makcik jual daging cucuk (babi la kot). Dia cakap Thai ngan I. Alaaaaaa! Makcik, saya Malaysian la. Hahaha! Patu baru dia speaking. Seb baik terer. Dia ckp
"Oooo...museum...give away...long time...I Thai..." tah pape. Tapi paham la maksudnyer, Museum tu dah takdeeeee! Cehhhhh! Penat cari!

Terus kitorang balik. Kang tak pasal-pasal kena isi minyak plak. Baik tak yah. Balik bilik, kemas, turun lobi. Tadi dah book dah airport transfer. Senang, semua ada. Turun je, check out, ada driver dah tunggu ngan CRV. Lebih 80B dari naik minibus, ok la sangat kan.
Airport to Airport - There Goes Another Trip of The Year.
Sampai airport, tanya counter, diorang tatau pasal delay tu. Huh? Camne if orang datang lambat ke patu tetiba naik kul 11.20am tadi? Diorang cakap Firefly akan tanggung. Ha seb baik. Patu gi kat ruang menunggu, tetiba diorang announce memang flight delay. Haram tul! Dah masuk baru bagitau! Seb baik ada kedai free duty! Seb baik jugak ada complimentary corner, dpt la makan minum free. Tapi dah kenyang, tak makan pun.
So kitorang lepak je tepi pokok bunga. Tengok flight sampai. Dalam setengah jam camtu, dapat naik. Masa take off, gegar gile sebab lawan angin. Terasa seh! Haha! Tapi cuaca cantik, so awan nampak seketul-seketul. Best la.
Dalam dua jam, sampai Malaysia. Amik beg, terus gi makan nasik berlauk kat Subang! Balas dendam youuuuuuu!

0 holler:

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog