Nuffnang Latest

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - Sipiso Piso Dan Jagung Bakar!

On the way ke Berastagi ni, ada satu tempat menarik which is Air Terjun Sipiso-Piso. Kira if signboard Berastagi tu straight, korang kena turn kiri kejap and masuk dalam lagi. Then ada lagi signboard, so takkan sesat la. Kat dalam tu, kena bayar parkir. Macam biasa la Rp2k=RM0.70 sekali park. Turun bawah skit, cari parking, tak de. So naik balik ke atas, "HA! TU DIA! AIR TERJUN TU! CANTIK GILE! MACAM MINI NIAGARA FALL!" kitorang jerit. Memang cantik.

Turun keta, terus tak sabar-sabar amik gambar kat tepi pagar. Makcik sampai terpijak taik ape tah. Eiiiii! Terus dia ajak abah gi basuh sampai nak beli kasut baru lah! Hahaha! Alasan! Patu kitorang sambung amik gambar. Tak cukup dari side pagar tu, kitorang naik ke atas lagi. Dari situ, baru la nampak keseluruhan air terjun tu dari atas tah dari mana, sampai la terhempas ke bawah. Ada tangga turun ke bawah for clearer and nearer view, tapi kitorang tak turun sebab dah nak hujan! Adehhhh...terus lari ke gerai-gerai meniaga tu. Terus cari souvenir jugak, tapi takde. So beli t-shirt je.

Agak lama gak la kitorang berteduh sambil nego harga pashmina and t-shirt. Sampai dah renyai, baru kitorang gerak. Dalam perjalanan tu, dah start lapar. Tak lunch lagi ni. Nak makan apa kat kawasan gunung-ganang ni? Teringat kawan cerita ada gerai tepi jalan yang menjual jagung bakar. Tapi di mana? Tak lama lepas belok-belok tu, nampak la banyak keta benti! Memang pusat jagung bakar pun! Jagung rebus pun ada. So kitorang beli and lepak kat kedai tepi gaung. Bawah tu ada banyak beruk duk menunggu orang baling makanan. Kat sini kitorang makan jagung bakar and rebus sorang dua. Amik! Tapi tak manis. Siut tul. Pedas plak tu sos bakar nyer. Takpe la, nak merasa. Satu jagung Rp2.5k=Rm0.80 camtu.

Abah tak abih-abih ngan teh o nyer. Dia order, skali tu tengok mamat tu letak gula, satu, dua, tiga sudu besar! Amik! Abah kata gula dia bleh jadi high...cam khayal je...hahaha! Gile arh! Letak gula bersuduh-sudu! Gula murah kot kat sana. Haha! Patu ada sekor monyet ni buat sarkis plak. Panjang dinding gerai tu and mintak makanan, cam suh baling. Hubby ar cakap! Tah betul tah idak! Hahaha!

Patu amik gambar lagi kat gaung-gaung tu before gerak.

2 holler:

Ely Hasrul said...

uncle c tu mmg kalu ckp cam betol tapi sbnrnye dia tipu.. xdek aku xcaya monyet2 tu buat show hahahahhaa

biqque said...

haah, dia kata monyet tu cam gamit2 tangan dia mintak suh baling makanan (sambil dia gayakan tangan dia)...bleh?

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog