Nuffnang Latest

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - Permatang Purba, Purba ke?

The next morning, kitorang bangun awal. Nak mandi, ya Allah SEJUK GEDI NYERRRRR! Patut la tak yah ekon, memang dah sejuk! Dah la tu, "Air panasnya ngak ada diwaktu pagi" bleh tak??? Bih tu air panas ada waktu bila? Tengah hari??? Adeh...takpe, mandi P.Ramlee je. Si Aini siap mintak air masak lagi, katanya untuk diminum, last-last dia buat mandi. Itupun tak panas, tak suam, masih sejuk! Hahaha!

Abah ngan makcik memang first class nyer bangun awal. Siap dah gi order breakfast. Yang lawaknyer, breakfast kat situ hanya nasik goreng! Laaa! Patu I cakap kat abah, tak payah la, kang dia letak babi ke apa ke, sape nak jawab. Abah terus kecut! Dia kensel balik nasik goreng tu! Haha! Masa check out, receptionist tu siap "Ngak breakfast dulu mbak?" Kitorang cakap takpe je, kitorang tak makan pagi. Haha!

Masuk keta, cari kedai makan. Gile hipokrit! Kahkahkah! Takpe, janji halal tanpa was-was lagi. Gi kedai nasik padang lagi but this time, dah pandai skit, mintak lagi indomie sedap. Patu dia cakap ada mee rebus. Wah camne la tuh! Takpe, order je, tengok sedap ke tak. Patu abah and makcik order nasik goreng. Tunggu punya la lama, mesti tak penah dapat ramai customer skali datang waktu pagi kan. Haha! Dah sampai sume makanan, memang terbukti, sedap lagi! Paling ditunggu, mee rebus tu adalahhhhhhhh maggie kuah laaaaa! Cis! This time kitorang makan sorang Rp7k=RM2.40, sama gak la. Cuma abah dapat gak la teh o dia, and makcik bawak packet extra joss minuman kuat tu, dia campur je dlm air masak tu. Kahkah! Terus abah cakap makcik rasa kuat! Tah pape!

Maka bermula lah lagi perjalanan ke Berastagi. Jangan tanya, MEMANG JAUH! So, enjoy je la. Dah makan pagi tu, mula la nak berak kan! Since still dalam town, benti je dulu. Then gerak balik. Lalu jalan bengkang bengkok menyusuri Lake Toba lagi. Tapi kali ni makin tinggi and makin cantik! Dari atas ni kitorang leh nampak penghujung bahagian utara Pulau Samosir tu. Dengan kabus nyer, huihhhh cantik ok! Dah la sejuk! Semua pakai jacket. From up here also, kitorang nampak beberapa tanjung kecik yang menjulur keluar ke Lake Toba. And there is one island, with lambang 2 ekor cicak (lambang rasmi Batak). Diorang buat camne tatau la. Tapi sumpah cun! Walaupun lalang tinggi-tinggi sepanjang jalan, susah nak amik gambar, kitorang usaha tangga jaya gak nak amik gambar-gambar tu. (Oh ya, masa ni Meor drive, hubby co-pilot, I duk tepi kanan, so susah skit nak amik gambar Lake Toba sebab Lake tu belah kiri and kiri telah dimonopoli oleh pasangan bercinta ye. Hehe!)


Dok sibuk tengok belah kiri, tetiba belah kanan ni ada satu rumah batak besarrrrrrrr sangat and tepi dia ada satu lagi rumah bentuk ikan!!! Siap tingkap sume tau! Tah rumah sape tah, macam rumah pemerintah dulu-dulu la. Tak sempat nak amik gambar depan-depan sebab laju sangat pak supir masa ni, haha! Patu tetiba nampak ramai orang benti tepi jalan. Ha, peluang ni! Kitorang pun park kat situ sebab sepanjang jalan tu memang takde space pun nak benti, so ni mesti spot baekkk nyer kan. Turun keta, tengok bawah, memang cun! Siap ada rumah-rumah, sawah padi, Lake Toba, kelong ikan...sejuk nyaman plak tu! Masa ni amik gambar pun tak brapa clear di mata camera, sebab kabus. Tapi di mata sendri, memang cantik. Satu pemandangan yang sangat indah. Kitorang ape lagi, amik gambar lompat-lompat la! Dengan Pak Ein Sate pun melompattttttt!



















Patu naik keta balik, masa ni dah lewat dah. Tah kul bape la nak sampai Berastagi ni. Jalan makin lama makin naik bukit. Cuaca plak makin lama makin sejuk, makin gelap macam nak hujan. Mintak-mintak la selamat sampai. Sepanjang jalan, selain kubur kristian dan anjing melepak, nampak juga tanaman jagung, kobis, tomato and wartel (carrot la tu). Patu ada dua tiga gunung, I think Sinabung and Sibayak kot sebab compare dalam buku, memang bentuknyer camtu. Haha! Cantik!

3 holler:

BlueEwoke said...

hahaha balik ni cam nk cari indomee jek..(meleleh nih..)slurpp..maklum la pose hari ni hahhahaha...

Tapi tak sangka yang kt lake toba tu sejuk cam tu sekali huhuhuh..siap pakai jaket baru tu hahahah :p

Abah u memang sporting gile laa!!!

biqque said...

jaket tu dah terkoyak skit kat lengan kiri na!!! sakit hati i!!! kompem tak sampai france la jacket tu...hahaha!

abah i mmg gangster...sape tak kenai, PAK EIN SATE!

Ely Hasrul said...

hahaha jaket cun tu mmg cun ko pakai.. dlm gambo sume ko nmpak cm model bagus2..

haaa dh koyak? wtf

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog