Nuffnang Latest

Monday, August 17, 2009

Horas Medan - The Arrival And Hotel Race

Petang lepas balik keje, terussssss balik rumah, amik my dad n my step mom. Then terus ke LCCT, park keta, jumpa Meor, Nizam and Aini. This trip, Na and Cawan tak join sebab...sebab...takde sebab. Kahkah! Lagipun Medan takde keta hotwheels.

Masa check in, orang dah berebut macam kambing lepas kandang. Rupanya ramai orang nak gi Medan ni! Flight siap penuh lagi. Ape la yang ada kat Medan ni...(actually Nizam punya plan, katanya dia ngan Aini nak shopping barang 'abang' dia kawin...tah-tah, diorang yang nak kawin tak? Kihkih!)

Dalam flight, I dapat seat asing ngan hubby...sad sad...tapi takpe la, kasi orang baru bercinta duduk berdua, kita kasi chance la. Take off, tak brapa lama pastu, stewardess antar makanan. Baru je passenger nak makan, dahhhhhhh nak sampai! Gile cepat! Seb baik tak order makanan! Kalo tak, rugi je...tapi sebab dah biasa, kitorang tak order pun.









Oh ya, masa kat LCCT and dalam flight, kitorang ber-7 sume pakai mask.
Hubby yang control macho tak suka pakai mask, akhirnya mengalah jua. Haha! Takpe la, memang patut pakai pun, flight penuh siut! Ada yang sedap dok batuk kong-kong macam hanjing lagi. Eiiii...
Lepas touchdown, kitorang ke arrival area. Masa ni dah kul 9.10PM waktu Indonesia (Medan awal sejam dari Malaysia). Kena lalu pintu yang spray alcohol kat badan, best seh! Kat Mesia pun takde camni. Patu, keluar je dari pintu, semua orang (local la) pandang kitorang. Sebab heran...kitorang pakai mask! Patu orang yang kasi sewa keta tu tak de lagi. Hubby pun pegi la tukar coin, nak guna public phone. Try guna handphone yang roaming pun tak leh call. Guna public phone pun tak bleh. Ha sudah!

Masa ni ulat teksi dah mula approach. Patu kitorang yang dah biasa ni, cakap la tak nak sebab tunggu orang. Then ulat tu mula la cakap "Sini ngak ada selesema babi, yang ada selesema gajah." Patu sengih-sengih. Then masa gi beli air mineral for my dad pun, ada yang dok bisik-bisik cakap "selesema gajah, selsema gajah..." cam perli-perli gitu. Pe kes! Rupanya diorang rasa cam offended kot...so we take off la our mask. Lagipun, tak ramai tourist kat Medan, sebab tu takde kesederan H1N1 sangat.

Patu ada la sorang mamat ni baik hati, kasi hubby pinjam handphone dia, call no. orang keta tu. Dapat...seb baik! Patu tak mintak bayaran pun, bagus lah! Mas Nicky pun approach hubby and kitorang pun naik Suzuki APV tu, muat-muat untuk sume, sebab kat blakang ada speaker box besar, masyaAllahhhhh! Bleh letak beg satu dua je! Buang space tul!

Kitorang (I la tu) tanya Mas Nicky how to go to Citi Inn. Dia pun tak pasti, but he directs us to Jln. Sisimangaraja, the main/biggest/longest/famous road in Medan. From there, kena la cari jalan sendri. Citi Inn ni hotel baru, so tatau la camne nak cari. Kitorang pusing sana sini, masuk sana sini, belok sana sini, u-turn sana sini, SUMPAH MEDAN NI BESAR DAN SUSAH! Pack gile ok! Jalan buruk lubang retak sume ada! Papan tanda haram tak de! So tak leh nak refer langsung dalam buku hikmat kitorang yang amik dari Google Maps tu! Memang tak sama langsung! Jalan Mustang, Imam Bonjol, Sutomo, Jose Rizal, sume tak jumpa. Makanya...cari je sendri, belasah!

Last-last benti dinner. Masa ni dah penat gak la. Benti-benti, terbenti betul-betul depan Rumah Makan Garuda. Alamak, nyampah la makanan padang ni, tak leh pegi dowh. Makan pun sebab itu je yang halal kat Indo ni. My friend cakap, sedap. Daddy Aini cakap pun sedap. So try je la. Caranya, diorang hidang semua jenis lauk yang ada dalam piring, yang mana makan, itu je yang diorang kira. Kitorang try mintak kuah taruh atas (sendri pilih) but diorang kata bayar yang mana makan je. AKU TAU LA, tapi bleh tak nak pilih lauk sendriiiii? Tak bleh, makan je apa yang dihidangkan. Fine!

Patu tanya diorang mana jalan nak gi Citi Inn. Again, tak sume tau hotel ni. My dad dok sibuk dengan Hotel Semarak Pak Pauji tu sebab kawan dia. Hahaha! Memamg kitorang jumpa pun hotel tu on the way tadi, tapi dah book Citi Inn kan. Memang betul la hotel ni baru sebab sume orang tatau. Diorang suh tanya orang becak, sebab diorang ni terer jalan.

Untuk 7 orang makan, kitorang bayar, Rp168k=RM59. Boleh la kan. Daging je sedap, yang lain like kuah kari, pahit skit. I makan ikan goreng ngan nasik je. Haha! Tak leh gi ar. Patu gerak cari hotel. Masuk lagi merata ceruk, DAH LA JALAN TAK ELOK, sampai ke rumah orang sume, eiiii tak jumpa jugak. Dengan semangat travelholic yang suka cari jalan sendri, setelah bertanya pada berpuluh (exxagerate nyer) orang local dengan bahasaku yang sangat Indon, akhirnya, kitorang jumpa jalan Sun Yat Sen tu! Memang sumpah susah walaupun hotel tu tinggi! (Makanya, pada sesiapa yang nak gi Medan, MESTI kena terer : 1)tanya 2)cilok 3)cekap. Or else, amik pak supir je ye!)

Masuk parking, gelap nak mampos! Tetiba baru la guard tu bukak lampu. "Mundur, mundur, kiri, kiri, lempang, lempang" (LEMPANG? KAHKAHKAH!) Rupanya lempang tu lurus. Masuk lift, gi tempat reception, "Oih, apa bikin sini?" Ya Allahhhhhhhh...bapak aku si Pak Ein Sate ni kenal orang sampai ke Medan keeeeeee??? (My dad ramai kenal orang, suka tegur orang macam si Cawan, tapi tak sangka la sampai ke Medan pun kenal!) Rupanya geng-geng keling ni (dalam 30 orang, tua muda buncit sume bau arak) nak gi panjat gunung. Tatau la camne diorang nak panjat dalam keadaan perut yang macam tu. Haha!
Kitorang amik dua Junior Suite, satu suite ada ruang tamu kecik and dua bilik. So, me+hubby, abah+makcik, Nizam+Meor, Aini sorang. Satu suite dalam Rp405k=RM142. Divide pada dua bilik, satu couple dalam RM70 je (with breakfast). Jadi la tu kan. Lepas check in, sume terus landing atas katil. Penat gile! Tengok jam, dah kul 12malam! MasyaAllah! Tengok tv, banyak channel plak. Layan dulu. Bilik kat hotel ni, ada sensor. Kira lampu dia akan tutup n bukak sendri if nak masuk toilet. Toilet plak see through! Guna tirai je. Haha!

Tengah baring (katil dua single bed ni) tetiba lampu toilet tu dok main tutup bukak plak! Haiiiiii ko main lampu plak yeeee! I yang penakut ni, terus lompat gi katil hubby! Hahaha! Hubby plak sempit! Dia suh gak I tido katil sebelah, tapi dia hulur tangan kat I. Tak lama pastu tutup bukak balik! Aaaaa...buang karan la! Sensor rosak la niiiii! Terus tido!

5 holler:

BlueEwoke said...

kah kah kah..lawak la citer u..

Selsema gajah yang tak tahan tuh..hampeh..

Bapak u memang hebat..fames betui!!! Ni mesti penangan sate nih..hehehe

elly mustafa said...

lempang dia cakap?????? hahaahhahaha...

dibitz said...

patut ckp "takut kami bawa penyakit pada kalian semuaa..."

Ely Hasrul said...

lempang? ahahaaahahahahahahaahhaah

musti ade antu tu biqq!! haahahah

biqque said...

sampai sudah, kitorang dok main2 cakap lempang2 tu! hahaha! bapak aku ar!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog