Nuffnang Latest

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - Meet The Samosir Batak

Sampai ke Samosir Island, kitorang tatau nak gi mana. Sebab kiri gi Tomok, kanan gi Ambarita. These two are the most famous among tourist sebab ada history of Batak Kings. So we decided untuk pegi ke tempat yang jauh dulu, which is Ambarita. Sebab kat situ ada makam Batak Kings. Drive melepasi gerai-gerai jualan souvenirs, kitorang nampak sawah padi di kiri kanan jalan. Jalan kecik gile tapi tar cantik. Nampak la gunung yang terhasil dari gunung brapi yang meletus hebat itu. Rumah-rumah orang batak kebanyakannya simple, di buat dari kayu, dan gereja berketul-ketul kat area sana. Patu ada asap-asap yang tatau dari mana. Hijauuuuu je pemandangan. Memang aman. Tetiba sampai kat Tuk-Tuk Siadong, takde mende. Mananyer? Dah masuk ujung kampung ni. Kitorang patah balik! On the way tu tetiba nampak rumah batak batu besar, ada coffin batu! Ha! Ni la! Patung-patung batak menjadi guardian. Rumah tu horror gile! Tak brani nak masuk, kitorang amik gambar je dari luar, patu blah! Hahahaha lariiiii!

Patu kitorang ke arah Tomok pulak. Patah balik ke arah ferry, patu terus lagi. Kat situ cam dekat skit. Tak sampai brapa meter, nampak satu rumah batak yang amat besar! Benti tanya orang batak tu, katanya itu bangunan tak siap. Oooo...takde restu katanya. Tah la, masa buat tu tak mintak restu dulu ke? Haha! Patu kitorang jalan lagi, dah takde ke mana dah. Macam masuk kampung. Patah balik, tengok rumah batak yang lain. Basically rumah diorang atap tinggi, pintu kecik. Sebab? Abah kata orang batak kecik-kecik pendek! Ye ke??? Hubby gelak, cakap "Tak la...itu kira tamu nak masuk, kena tunduk, kira cam hormat tuan rumah..." Ooooo...hahaha!

Then kitorang patah balik ke arah ferry, cari parking kat area gerai-gerai tadi. Kira nak shopping la ni. Patu tanya kat orang rumah tempat kitorang parking tu, kat mana patung yang menari-nari tu? Dia siap offer nak guide, uhh tak payah la, cari sendri je. Tapi katanya dekat-dekat sini je, kira jalan naik ke atas tu je. Ha takpe la. Kitorang jalan sambil cuci mata dulu. Rupanya ada signboard batu kat belah kanan tu, Si Gele-Gele tu kat atas tuuuuuu! Laaaa, patut la tak nampak tadi, diorang block ngan barang-barang jualan. Ok naik atas.

Naik tangga, ada sorang mamat ni suh duduk cam nak kasi penerangan la. Dia cite la pasal peti batu tu, ada Batak Kings ngan wife dia dalam tu, tapi tinggal tulang je la. Then ada patung-patung kecik batu di mana dulu segala perbincangan raja tentang pesalah, akan dilakukan kat situ. Lepas tu, diorang duk bincang kat batu lain plak untuk buat keputusan. Lepas dah putuskan orang tu salah ke tak, nak pancung, gi kat batu lain plak. Sume batu ni kecik-kecik je (betul ke orang batak kecik nih???) Then ada satu lesung batu, dikatakan "lesung cinta" sebab dulu, teruna dan dara mengorat sambil tumbuk padi kat situ! Hahaha! Memang ol skool!

Tetiba mamat tadi tu mintak duit! Tadi awal-awal dia kata sumbangan tau! Patu skang dia kata duit untuk dia sebagai tukang cite lain, sumbangan kat tempat tu lain! Pe kes! Upah dia saje Rp30k=RM10.50 ok! And for them, sumbangan itu WAJIB, bukan sukati ko nak kasi ke tak. So hubby letak je Rp1k=RM0.30 dalam tu! Haaaa amik ko! Awal-awal tadi cakap lain, skang cakap lain. If tau, kitorang tak mintak pun dia cite! Baca kat internet pun bleh! Then kitorang tanya la, mana Si Gele-Gele yang menari tu? Dia kata itu lain, kena bayar Rp60k=RM21 camtu untuk satu group. Mekasih je la. I dah tau dah, kawan I dah cite dah nanti diorang pasang lagu, then ada orang kat blakang patung tu, gerak-gerakkan dia macam dia nari. Patung tu dibuat sebab raja tu dulu sedih hati gundah gulana sebab anak dia mati. Patu bomoh tu reka patung tu then panggil roh anak dia masuk dalam patung tu, patu patung tu nari-nari, so bapak dia kembali ceria macam NTV7. Ha, tengok, tak yah orang cite, dah tau! Haha! So kitorang skip benda tu sebab cam menakutkan je.
Kitorang turun balik, then start shopping. Takde mende sangat pun, cuma beli keychain je. Magnet? Haram takde! Yang ada, magnet kura-kura yang I rasa kat Mesia pun belambak! Cis! Patu ada la antara kitorang yang beli t-shirt and lain-lain.










Dah kul 6.30PM, kitorang balik ke keta and gerak ke tempat nak naik ferry. Sebab last ferry kul 7.30PM. Sampai kat tempat ferry tu, kitorang benti jap kat satu tugu ni, yang keliling dia ada sume jenis batak. Ada 5 jenis : 1)batak karo 2)batak simalungun 3)batak toba 4)batak pak pak 5)batak mandailing. Kat situ jugak tempat penumpang tanpa kereta naik ferry.



Then kitorang naik keta balik, masuk tempat parking tunggu ferry. Masa ni keta kitorang je. Ferry plak baru lepas satu. Rupanya diorang buat lagi 2 trip, sebab keta dari seberang sana banyak lagi yang nak datang ke Samosir. Seb baik. Patu tetiba ada lori masuk and undur siap-siap. Tak lama lepas kitorang dok lepak-lepak tepi tasik tu, lori tu menggelunsur ke belakang!!! Pemandu dia plak tengah check apetah kat bawah lori tu!!! Skali tu dia lari keluar, jari dia tersangkut and putus!!! Ya Allahhhhhh! Kitorang tatau nak buat pe! Dia terus lari ke blakang lori, sambil tahan lori tu dari masuk dalam tasik! Kitorang ternganga! Abah terus lari ke kepala lori tu, bukak pintu, and tekan brek! Haaaaa PAK EIN THE MANNNNN! Sekali tu tangan dia darah-darah! Takut gile kitorang tengok, nak tolong tak daya! Terus dia gi klinik. Tak dapat balik. Dalam ferry, kitorang masih duk teringat-ringat peristiwa tadi. If takde tanah bukit skit kat tepi tu, kompom lori masuk tasik, and kompom jugak kitorang tak leh balik Medan! NASIB BAIK!

Atas ferry, kitorang lepak kat belah penumpang (atas). Agak stuffy sebab orang isap rokok kat atas tu and tingkap tak leh bukak. So, kita layankan gambar pasangan bercinta di atas ferry.

4 holler:

kecikcomei said...

waaahh..best gle..tapi yg x best nya betul ke bnyk masakan babi? huh..sy ni kalau terpandang babi..suma masakan sy reject..huh! xkompiden laa kak. xda kedai2 jual snack ke? hhuhu..

biqque said...

nak makan, MESTI cari yang ada tanda halal. tak kisah la nama dia nora ke, siti ke, anum ke, mesti kena ada tulis halal. and halal ni selalunya tulis "rumah makan muslim" and makanannyer adalah nasi padang or indomie goreng or rebus. tu je. kalo rajin makan biskut, beli la siap2 ye dari mesia. kang biskut sana pun tatau ada babi ke tak. hahaha!

Ely Hasrul said...

ya allah abah kalu dimana2 ade aje bende hebak berlaku.. kalu abah xbrek abis la lori tu hoii scary nyeeeeeee

biqque said...

aku bukan apa, aku risau dengan dia dia skali masuk tasik! eiiii!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog