Nuffnang Latest

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - Berastagi Gred A

Untuk sampai ke Berastagi (Aini kenakan abah, cakap Berastagi tu beras gred A, kahkah!), kena lalu Kabanjahe dulu. Ada makam pahlawan tapi tatau pahlawan apa. Agak besar jugak tempat ni and sepanjang jalan ada jual buah salah, manggis, nenas dan limau yang boleh dipetik sendri, macam buah strawberi kat Cameron tu. Ingat nak benti beli tapi masa nak beli tu la tetiba dah takde kedai jual! Cis! Hubby kata takpe, nanti kat Berastagi ada pasar buah. So bleh la beli kat sana. Sayur pun ada. Hubby nampak carrot je terus terbeliak mata, suka!










Patu tetiba jam. Keta berderet. Ada apa ni? Rupanya ada Funland! Macam theme park la. Wahhhhh! Patut la orang nak gi Berastagi, ada theme park! Gile ramai. Ye la, mana lagi nak pegi bawak anak-anak kan (yang bercinta pegi makan jagung kat on the way tadi, serius ramai orang dating kat situ...hahaha!)























Approaching Berastagi, dah nampak macam town skit. Lega. Tapi sebab laju sangat pak supir kitorang si Meor tu bawak keta, terus tak benti. Haha! Lagipun tak sempat dah. Kang nak sampai Medan lagi kul bape. Tengok kat tepi kiri kanan jalan, ada orang jual pokok bunga cantik-cantik. Hai, kalo bleh beli la, kan best! Patu siap ada jual susu kuda. Tatau la minum ke ubat ke apa. Eiii! Dah la nampak keta kuda tadi. Terbayang-bayang je.

Lepas pekan Berastagi tu, banyak gak la town-town kecik sepanjang jalan. Ada banyak tugu (macam biasa la, Indonesia banyak tugu) yang bermacam-macam bentuk. Ada bentuk orang, rumah batak, kubis (kubis???) dan limau.






















2 holler:

Ely Hasrul said...

kubis? for wat? ahhahahah

biqque said...

mmg pusat kubis ngan limau la tu sampai ada tugu...hahaha!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog