Nuffnang Latest

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - Menyusuri Lake Toba

Before sampai kat Parapat, kitorang benti kejap amik gambar. Tak tahan sangat sebab dari atas nampak cantik gile. Kalau nak tau, sepanjang naik turun bukit ni, takde tempat benti, kira tak senang-senang la nak benti tepi jalan sebab jalan memang sempit gile and tepi gaung. So dah dapat tempat benti ni, baik benti je. Tempat yang kitorang benti ni pun actually kat bawah dia cam kawasan makan keluarga Sinaghat apetah, tapi belasah je.

Patu sampai ke Parapat, nampak la signboard Kota Tourist. Ha ni mesti harga bleh kena sembelih ni! Sebab tourist spot kan. Patu nampak plak signboard Lake Toba, ha betul la ni! Tidak syak lagi! Kitorang benti makan. Makan di mana? Di Rumah Makan Nasi Padang lagiiiiiiii! Owh tidak! Mana taknyer, kalo Bali popular dengan babi gulingnya, kat sini popular dengan babi panggangnyaaaa! Bersepah-sepah ok! Nanti cite. So dengan hidangan yang sama, I still makan nasik ngan ikan goreng je. Haha! Dah makan, gi amik gambar kat patung couple kaum Batak. Kat sini ada 5 jenis Batak, tapi Batak Karo paling glamer!


Naik keta, tetiba ada budak mintak duit parkir (parking la tu). Ek eleh, makan kat depan kedai pun kena parking ke? Memang diorang ni buat duit tul tau! So kasi la Rp2k=RM0.70. Seb baik ada resit, kira dia tak tipu ar. Bukan apa, dah biasa sangat dah ngan orang mintak duit tepi jalan ni. Dari kesian dah jadi menyampah. Then kitorang cari jalan nak ke ferry yang bleh bawak keta sekali ke seberang Lake Toba, Samosir Island. Kitorang pusing satu tempat tu, rupanya, kena gi arah lain. Ferry penumpang tempat lain, ferry keta tempat lain. So ke Ajibata la kitorang.


Sampai kat sini, ferry dah terlepas satu. So kena tunggu. Masuk kawasan parkir tu, ada sorang ni mintak duit parking. Ha, celaka tak? Padahal bayar ferry harga lain ni! Dia mintak Rp5k=RM1.70 tapi hubby kasi je Rp2k=RM0.70 sebab orang tu sebenarnya memang nak 'pau' pun. Tau dah, sebab dia amik je terus belah. Nampak sangat.

Sementara nak tunggu ferry satu lagi sampai, kitorang turun dulu, lepak tepi dermaga tu la. Patu ramaiiiiii sangat budak-budak kecik (ada yang telanjang, ada yang pakai sepentot je) dengan selambanya berenang terjun tiruk kat area tu! Masalahnye, ferry tu baru gerak tau! Diorang selamba je berenang ke arah ferry tu, SIAP MASUK BAWAH DEPAN FERRY TU AND BERGAYUT KAT TALI! YA ALLAHHHHHHHH! SUMPAH GERUN OK! Rupanya, budak-budak ni dah biasa! Tau tak diorang buat pe? Diorang berenang kat ikut ferry tu sampai dalam 100 meter, sambil terapung tu dok mintak duit! "Lempar wang logam nya kak, lempar wang kertas nya bang..." Patu bila orang baling, diorang akan berenang selaju mungkin and rebut! If syiling, diorang akan dive sampai ke dasar! BAYANGKAN BUDAK-BUDAK NI SUME ADA 4-6PACK KAT PERUT!!! MEMANG BADAN MACAM PERENANG OLIMPIK SIUT!!!

Kat tempat parking tu jugak, ada orang jual spek itam. Gunanya, tatau la. Sebab kitorang sume ada spek itam sendri. Haha! Pun dia masih duk jual kat kitorang. Sampai turn kitorang naik ferry, sume naik keta. Yang peliknya, kereta sume kena masuk mengundur. Sebab pe? Sebab nanti nak turun senang, terus je jalan. So agak mencabar gak la masuk ferry dengan gaya mundur! Haha! Dah la tanah tak rata!

Atas ferry, sume tak turun sebab parking rapat gile ngan tepi badan ferry. Patu satu lagi sebab, takut budak-budak tadi mintak duit. By this time, sume budak-budak ni dah berenang, terapung, dok panggil-panggil suh lempar duit. Kesian tu kesian, tapi tak brani sebab takut sume datang lagi ramai, tak ke naya. Tapi Meor ada lempar, duit tu skit lagi nak masuk bawah ferry, tapi budak tu berjaya amik. Huish! Gile takut! Tapi serius, budak-budak ni SUMPAH TERER BERENANG! Rasa cam nak amik bela sorang, suh ajar berenang and dive! Haha! Diorang ni kalo masuk tritlon tu kompem menang seh!

Lepas ferry gerak, kat tepi persisir lake tu ada la cam rumah-rumah kecik cam chalet yang muat-muat untuk sorang. Tatau la camne orang duk situ. Masa ni jugak, leh nampak kawasan bukit/cliff yang dulunya SUPERVOLCANO yang mana craternyer tu lah Lake Toba. And Samosir Island ni, seluas Singapore. Bayangkan, betapa besarnya bekas gunung brapi ni, yang dikatakan telah memusnahkan semua dinasor beribu tahun dulu! Ha, amik ko fakta aku kasik! Tanah dia sangat subur. Memang cun gile. Cuma dalam gambar tak cun sangat sebab kabus agak tebal...

Sampai kat Samosir (tempat tu nama Tomok), ada makcik Batak ni sesuka hati membasuh kain di tepian tasik. Ada yang basuh nenas yang setelah itu dibuat rojak. Bayangkan, air minyak ferry tu selamba je diorang buat basuh baju and nenas. Eiiiii! Hahaha!

7 holler:

BlueEwoke said...

Selama ni i ingatkan makanan minang tu cam best je.

Pas tu tak sangka la pulak kat sana pun fofular ngn babi pangangnye..ish ish, ingatkan Bali je ngan babi2 nye..

Tapi budak2 tu memang hebat la..salut sama diorg..kekekekek..terkejut i tengok gambar budak berenang depan fery tuh..gila ganas!!

biqque said...

tak kira la minang or padang, i mmg tak leh ar...tapi nak idup, makan je mana yg rasa bleh lepas anak tekak. haha!

ha terkejut kan budak2 tu? siap depan ferry pun ada tau!

3plepl8 said...

bagi yg 'powered by rice' ni kena jugakla cari nasik. kt mana lagi kalu bkn resto minang or padang, tu je yg yakin halal.

Ely Hasrul said...

gile cekap berenang hahahaha.. lama ke dlm feri?

biqque said...

i cant live without nasik :)

lama tak lama dalam 45minit kot...

Anonymous said...

lebih kurang kat sabah anak khinzir berkeliaran di perkampungan.So is anjing peliharaan

Biqque said...

anon, ha lebih kurang camtu la...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog