Nuffnang Latest

Tuesday, August 18, 2009

Horas Medan - The Repeat Of Hotel Race

Atas ferry lagi dah decide, nak tido Berastagi or tido Parapat. Sebabnyer, dah terlebih masa. Dah la malam, gelap, nak lalu Berastagi tu jauh. But if tido kat Parapat plak, hotel tak book. Harga plak mahal-mahal. Memandangkan pak supir ku sayang tak mampu lagi nak meredah malam dengan jalan di tebing tinggi berlurah dan berlopak yang entah bila bleh sampai, semua sebulat suara memilih untuk tido kat Parapat.

Sampai kat Ajibata, pusing area ferry penumpang kat situ, cari hotel. Masa ni dah kul 9PM kot. Sedayu Hotel, Mars Family, Toba Cottage, you name it, sume full! If tak full, takde orang kat kaunter! If ada orang, bilik plak takde ekon or even kipas! Tadi masa on the way, kitorang ada nampak hotel gempak-gempak like Ina Parapat and Sapadia Hotel. Masa nak cari balik la tak jumpa plakkkkkkk! Eiiiii! Dah la jalan kat situ, kena buat cam satu pusingan tau. And dalam pusingan tu kena bayar entrance fee! Seb baik la masa kitorang lalu skali lagi tu, ada patrol car kat blakang, so orang tu cam lepaskan je sebab nak kasi jalan. Fuh! Lega!

Pusing punya pusing, hotel banyak yang mahal and penuh. Akhirnya, Sapadia Hotel yang Aini dok idam-idamkan tu dapat gak! Buuuuutttttt, tinggal satu cottage je. Dalam cottage tu ada 3 tingkat. Tengah-tengah tangga spiral sampai ke atas. So ground floor, ada satu toilet. Naik first floor, ada satu lagi toilet, ruang makan, balkoni and a room with double size bed. Naik second floor, ada satu lagi bilik with 2 single bed. MEMANG CANTIK! Dengan harga Rp600k=RM212 untuk dikongsi bersama 7 orang, kira sangat berbaloi! Tapi, kena tido laki pompuan asing sebab Aini tak kawin lagi ngan Nizam. So, takpe la. Check-check lagi, selimut plak ada taik cicak ke tikus tah. Patu toilet nyer pintu cam hidup segan mati tak mau. Balkoni pun takde kunci. Tapi sejuk! No wonder la tak payah guna ekon or kipas!

Kitorang bincang-bincang, kemas balik beg, angkut masuk keta, I gi cakap kat Reception "Maaf ya, ngak bisa sih...kamarnya kecil, pintunya rusak, tilemnya lagi ngak cukup..." meaning tak jadi amik la. Diorang pun tak kisah and macam dah tau je bilik tu tak brapa elok. Design je elok, dalamnyer cam tak ok dah. Satu lagi cottage tu mesti ok, sebab awal-awal tadi kitorang ada berebut ngan satu couple cina ni, yang sangat cerewet kata pak supirnya. So diorang dapat la bilik satu lagi tu. Memang lewat seminit sebab kitorang masuk kot arah lain, diorang masuk kot arah lain. Cis!

So kitorang gerak lagi cari hotel. This time sume dah penat. Cam if dapat bilik ni, terus la amik. Tak kisah la brapa and camne pun. Pusing punya pusing teringat Sedayu Hotel tadi yang awal-awalllllll tadi kitorang reject sebab takde ekon. Tapi murah, Rp199k=RM71 sebilik. Cukup-cukup ada 4 bilik plak tu kat level bawah. Ape lagi, amik je la. Yang lawaknyer, dalam bilik tu ada almari. Dalam almari tu ada baju suar sume siap bra pun ada. Rupanya pekerja diorang tido situ. So tutup mata je la. Tapi bilik bersih and ok, ada tv, ada toilet, air panas sume, jadi la!

Lepas letak barang, kitorang jalan kaki gi makan. Ada la satu kedai halal kat situ, kitorang order goreng-goreng. Ape lagi? Tak lalu dah nak makan nasik padang, kitorang order indomie goreng and indomie rebus. Ala cam maggie goreng ngan maggie kuah la. Sedap! Tapi pedas! Tapi sedap la! Memang balik tu berak best! Hahaha! Harga setiap satu is Rp8k=RM2.80 which is actually mahal la untuk Indon sebab kat Jogja dulu kitorang makan baru Rp3k=RM1 je. Tapi ye la, ni Parapat kan, kota tourist. Kat sini jugak sume orang diberi air masak sahaje, nak air lain, diorang tatau kecuali air botol. My dad mintak teh o pun tatau. Ape la abah ni mintak macam-macam!

Lepas makan, sume tempat dah gelap. Tengok jam dah kul 1AM. Mak aih! Sume masuk bilik, booom tido! Pengsan!

(Post ni takde gambar sebab dah gelap and sume tak bermaya lagi bergaya lagi...)

1 holler:

Ely Hasrul said...

HUYUH SMPAI 1AM PENATNYEEE ALAXDEK GAMBO KE

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog