Haaaaa baru la sampai kedai makan yang ditunggu-tungguuuuuuuuu! Warung Pokok Sawa namanya. Sangat berteknologi ye, ada email serta FB. Mai, mai, maiiiiii...
Kedai ni sungguh luas, sesuai la kalo nak benti satu kampung yang naik bas bertingkat-tingkat ye. (Before kitorang datang, ada 50 orang benti makan kat sini!) Sungguh nyaman makan di kawasan sawah padi dengan cuaca redup. Kalo panas, mau marah gak ni lapar-lapar kan.
Dek kerana ni kedai mak mentua si Erna, semua buat bodo je la nak salam tanya khabar. Berdesup je terus basuh tangan, duduk depan makanan yang dah siap terhidang berejam yang lalu. Nasib baik sume dah kawin, kalo tak, tak kesior nak buat menantu. Siap ada tajuk "tempahan" koooo! Khas untuk dewasa dengan kanak-kanak.
Nasik panas berulamkan kacang botol dicicah sambal belacan serta kerabu mangga di lupa jangan sayur air serta asam pedas nak-nak pulak ada ikan bakor dengan keli goreng rangup, PERGHHHHHHH AKAK TAMBAH NASIK 3 KALI OK! Pegi mamp** dengan diet serta pilates!
Kerabu mangga dengan ikan keli goreng dia memang terbaek!
Agak dah kenyang macam ular sawa di Warung Pokok Sawa, kitorang lepak le kejap kat gazebo ni ha. Sambil-sambil dengar cite sejarah warung ni. Erna kata dulu ada pokok ciku kat depan warung ni, besaaaaaaaq sekali. Orang sana panggil ciku tu sawa. Tu yang dapat nama tu.
Ni sume mak budak ye...Kak Ngah, Ida (kak ipar aku tapi muda dari aku) and Erna (kawan Ida, pun muda dari aku). TAPI AKU STILL NAMPAK MUDA KAN? KAN? KAN?
Patu gatai tangan pi la amik gambar rumah sebelah, tah ada orang ke tak, nampak macam kosong jer. Jangan la nampak apa-apa dalam gambar hahahaha!
Seperti siput babi mendapat bunga. (Apa, ingat kera je ke bleh dapat bunga?)
Sementelaah si resaksa gorgon ni berlari ke hulu ke hilir, bebudak lain sibut masuk cybercafe mini kat tepi warung, main PC game. Aku tatau la diorang bayar ke tak, sebab ada cucu tuan warung skali dok main dalam tu. Hahahaha!
Lepas salam-salam (huyuh, dah nak balik baru salam), kitorang gerak ke arah Kedah, untuk ke Penang. Maka habis sudah satu pusingan negeri Perlis, cuma tak banyak tempat jer yang dapat pegi. Bak kata Skin@Ely, "itilari".
On the way, sekali lagi aku rasa, rumput dah ijau cun, kalo la dapat cat langit tu kaler biru, kompem rasa macam kat NZ. Cuma ganti kambing bebiri dengan...dengan...banjir..."banjiro banjiro kampung kita naik airrrrr ooooo banjirrrr oooo".
Rindunyer kat NZ...arghhhhhhhhh!
Ha kat Changloon ni ramai sedara-mara Pak Ein. Dulu kalo gi sana, sabor je la kalo kena maki. "Hang! Lama tak mai! Ingatkan kot mampuih dah!" Tu dia. Zalim sungguh bahasa. Tapi hati baik. Kalo pegi rumah diorang, kalo tak makan nasik, diorang marah! "Macam umah kami tak cukup beraih" katanya...patu ko kenyang la camne pun, ko naik lagi satu rumah, ko wajib makan nasik lagi "Hamboiiii umah kami hangpa takmo makan, awat, tak cukup lauk kaaaaa" tu dia kena perli. Nak tak nak, ko suap jugak le ke molot. Tapi lauk bukan calang-calang tau, lobster! Amik mana? Dalam akuarium!
Note : Baca kat sini untuk versi Skin@Ely.
15 comments:
huwwaa.. rindu Changloon... tempat jatuh lagik di kenang, inikan pula... tempat..tempat.. apa - apa pun bolehlah..
rindunya kt perlis! study kt uitm arau almost for 3 years! rindu gile kt perlis. papepn, hi kak biqque! nice blog. salu jadi silent reader jek. n byk jadikan panduan travel utk saya yang baru nk belajar travel ni. mtk advise ape2 yer in future nati. nice to know u kak! ;)
Hahaha pat perli2 makan nasik tu aku suka!! Hamboihhh awat tak cukup lauk ka umah kami? hahahahahhahaaa
mus, ko gi la perlis, banyak gak tempat nak explore balik :D
intan, tx :D bleh, ape salahnyerrrr :D
janggel, laju aku naik ghumah orang tu makan! hahaha!
ha tu pasal la bile aku blk Sekinchan, bukak pintu dapur jenguk dapur umah Mak Jah terus amik pinggan cedok nasik hahahaha org Kedah masak terbaekk
Wah ikan bakorrr..terbakor gak nih..NAKKKKKKKKKK
bestnye masak ala kampung! tapi part nama dia tuh 'sawa" aku terus terbayang ular sawa~ haha scary!!!! terus meremang~
best gilerrr tgk ikan keli goreng tu. dpt imagine kerangupan nye. nk pegi beli ikan kembong la sat lg. hihihi...
bwt, curlastnyaaaaa restoran ni. siap ade FB lagi. dah advance dahhhhhhhh.....
part perli2 tu mmg aku pun ade sedara kat sana. mmg kene makan nasik + plus yg terhidang boleh buatkan kita tmbh 2 3 kali...yummy!!!!
skin, seb baik bukan mak jah mak nabil hahaha!
na, sedappppp!
shahrule, aku memula ingat sawa tu gak hahaha!
john, ya Allah sumpah sedap ikan keli dia ok, ada petua cara goreng katanya...sumpah aku tak ingat!
hamboi hang bantai makan 3 pinggan. hangpa makan free ka kena bayaq.
rasa macam nak cuba warung sawa ni kalau pi perlis (ntah bilalah aku nak pi). habaq mai sat tempat tu tang mana, jalan apa. itilari hang bagi tak berapa clear.
zany
zany, sabit free la aku hentam 3 pinggan hahahahaha!
Allah, jalan apa aku tak tau, pusing2 dah jumpak sebab anak menantu dia yg bawak...
arrhhh,...aku tak suka entry ni!!!...
2-3 kali aku tertelan ayor liuq tengok kerabu mangga ngan ikan bakor...siap ada sambal ngan singgang!!...arrh...
tertelan lagi..tertelan lagiii!!...ngences weeh air liu aku..
kena scroll g bawah cepat2...hahaha..
"tang Pegi mamp** dengan diet serta pilates!"..
mmg sama la...sbb aku pun wat pilate weekly!..ayat sama jgk la aku selalu ckp dlm hati kalo lupa diri..whahaha..
yantie, sila jilat air liur tu ye hahahaha!
takpe, sama2 kita binasakan badan buat seketika :D
aku tengoh lapo ni, tgok ikan keli tu, meleleh-leleh air liur ! aku ni hantu ikan keli..haaha
Tahniah kerana datang Perlis, rumah dalam gambar yang kat belakang Warung Pokok Sawa, Kersek tu, sebenarnya mempunyai sejarah yang siknifikan dengan Negeri Perlis- boleh baca kat sini (paragraph 14) http://ms-my.facebook.com/notes/anak-perlis/sejarah-perjuangan-as-sunnah-perlis/333520827134
Post a Comment