"Satni benti kat lepaih masuk tol tu, kak hang tunggu kat situ."
Aku rasa nak dekat sejuta kali Pak Ein dok remind aku ngan Kak Ngah. Ha tu la prangai Pak Ein, cakap sekali, tak cukup. Memang turun sungguh kat anak-anak dia. Nak-nak yang kecikkkkk skali tu. Laki aku je bleh tahan.
Kak Saba ni nama jer anak sulung, dia paling rendah and manja..."lohleh" plak tu (tau lohleh tu apa? Go google!) Dia ni dari kecik sakit, asthma la, operate kaki la, so dia ni sangat la berhati taman kalo dengan Pak Ein. Huih, pantang tepon, laju je Pak Ein tu pegi umah dia. Bukan dekat! Nun kat Baling, Kedah nun.
Tapi abang ipar aku ni ada sket perangai tak brapa nak join la benda-benda camni. So, penyudahnyer, Kak Saba datang dengan keempat-empat anak dara dia (bawak cam pemandu F1 gak ni), sebab takut aku marah kalo tak join. Hahaha! Kejam kan? Tak nama family day la kalo sorang tak ada kan.
So untuk ke Penang, semua orang tau, ada 3 cara. Kapai terbang, jambatan, dengan feri. Dah bawak kereta, takkan naik flight plak kan. Jambatan? Itu jalan balik sahaja. Hehe! Dari kecik, kitorang ni SUKA GILE naik feri. Dulu-dulu, kereta bleh naik bahagian atas. So, kitorang akan mintak jugak-jugak kat pakcik feri tu untuk naik ke tingkat atas. Masa tu keta mini. Sonok wooo! Tapi sejak laluan atas tu runtuh (lama dah), dah takde la option untuk kereta naik ke atas. Tapi skarang, dah ada balik! Cuma malam tu kitorang tak dapat nak naik.
Masa layan corner nak masuk ke tempat bayaran, aku nampak lampu kereta depan dah berderet-deret kaler merah. Maknanya, jem la! HA PUNGGAH! Nak sampai pukul brapa ni? Nak check in hotel pukul brapa ni? Nasib baik la aku ni cekap, call hotel siap-siap kata nak check in lambat. Gile ko, 6 bilik tu! Kalo tak datang, dia charge kad aku tau!
Ingat nak patah balik, tapi memikiorkan tergedik-gedik jugak nak naik feri tu (walhal dari kecik tu slalu naik), beratur je le. Kak Saba plak dah takut-takut, ye la, hujan lebat, naik feri, buatnyer terbalik...choiiii! Sambil-sambil layan perasaan dalam jem tu, amik la gambar di kawasan sekitar.
"Ha sampai dah! Feri sampai dah! Sempat ke kita semua satu feri ni?" Aku dah terpinga-pinga cari kereta convoy yang lain. Yang aku tau masa ni, Skin selang satu kereta belakang aku. Lain-lain semua dah lepas ke depan.
NASIB BAIK LA HASRUL BAYAR CEPAT, TERUS DAPAT MASUK KE KAWASAN MENUNGGU, but still selang satu kereta dari kitorang! Elok diorang masuk je, terus pakcik feri tu letak kon blakang kereta diorang! Haaaaaaa...kalo takkkkkk, memang naik feri lain la diorang malam tu. Hahaha!
Tengok muka kakak cantek korang. Penuh dengan perasaan lega tuuuuuuu...
Atas feri, tak nyempat-nyempat nak turun amik gambar. Dah la tempias hujan. Gagah jugak sebab tahap seronok bila naik feri ke Penang tu, betul-betul tak pernah luntur. Aku still suka, suka, suka tak tentu hala. Best lah senang cite! Aku takkan bosan kot naik feri ni...jangan la diorang tutup ke hape ke sok aku tua, memang aku protest!
Mula la buat perangai tak senonoh!
Sekali lagi aku kasi kat korang, gambar keluarga bahagia.
Sorang dah tercabut tudung dah masa ni. Tengok esok camne. Hahaha!
Note : Baca kat sini untuk versi Skin@Ely.
12 comments:
syok oi layan naik feri. angin laut menghempas muka. hahaha kalau feri yang penumpang saja tu pulak..mesti nak duduk kat depan sekali. feeling2 titanic lah kononnya. hahhahaha
lain kali singgah penang, mai la kampung kami! ;)
tu la naik feri duk depan baru rambut tertiup ke belakang...if dok blkg, abis rambut jadi hantu "pulangkan" hahaha!
Sekali tengok gambo Kakak Cantek tu aku terus terdengar Dialog yang mungkin keluar dari mulut dia: Cek legaaaa Cek Legaaaaa! Hahahaha bestnya naik peri!
kakak cantek pandai berlakon! hahahah.. aku ekceli agak pelik sbb ' ko byk gambo 'keluarga bahagia' kitorg. aku xsabo nk tgk gambo victory kt pantai sbb aku takde. aku sumpah mmg hepi gile dpt naik feri. kalau lah korg patah blk tak jadik mau aku muncung! hahahahha bila aku tgk aku dgn hsrl rasa cm xberubah plak kitorg dari dulu. getik smcm. dulu bebudak laki gangbang penah ckp 'skin dgn papi lain' nmpak sgt kitorg jenis yg melekat2 eeiii getiknyee hahahhaha
tapi blk aku xsmpt jumpak kak saba sbb lps g museum tu k saba dok risau kete kitorg takde minyak, aku ckp nk lencong jap ingt smpat jumpak dia blk.. cis..
janggel, dia tak cakap cek, dia jawa :D
skin, dah kitorang cameraman, takde la gambar keluarga bahagia kitorang hahahaha! untung tau jalan ngan aku, kalo ngan cawan laaaaaaaaaagi best!
ko ngan hasrul mmg, complete each other :)
kak saba risau gile ok, sbb kat balik pulau plak tu...aku ckp, biar, biar, skin suh kata biar, diorang ada gps, pepandai la diorang cari hahaha!
hahaha betol tuh. aku jawa xckp cek cek nih..
lahh siannye k saba, aku buat bongok selamba aje sbb aku ckp kt k saba 'sehati sejiwa saya boleh, sehidup semati saya boleh tapi bukan SETOLAK KERETA, itu sori' hahahaha
kakak cantik ! haha
aku x penah sampai lg penang ni..nanti bebile, nak tumpang masuk bonet ! hehe
ko nih kemang, xpenah smpai penang aku maapkan lagik. tak penang smpai Redang mmg bwk la ngucap hahahaha gile ah
ingatkan i sorang je yg mcm excited everytime naik feri, ade jugak se-geng hehe...walau berkali2 naik feri tetap exited. btw, i xjadi pi Penang pon haritu, terbaring demam teruk huhu...
aku rasa last aku gi penang naik feri masa donkey years dulu..slalu guna jambatan jek sbb nak cepat. tp klu gi reramai bestla naik feri sbb bleh gegar sekali feri tu. hahahahh...
aku rasa caption yg sesuai utk gmbr skin tu ialah "lega mak!!"
hahahaha
mmg, kak saba risau, aku ckp bior, bior...
kemang, tak penah gi? yapeda...
byya, sonok kannnnnn??? la demam ke...
fatt, tu ar, ramai2 baru mencengkammmmm! hahaha! part skin lega tu, mmg kena hahaha!
Post a Comment