Nuffnang Latest

Saturday, December 24, 2011

Peserta RM1,000,000 Money Drop Yang Dah Tak Bangang

INGAT TAK COUPLE BANGANG YANG AKU CITE HARITU DALAM ENTRY NI?

HA! KAN AKU DAH CAKAP, DIORANG PATUT KAWIN JER! MASIN MULUT AKU! HAHAHA!

HASIL TUNGGU SEMINGGU, DAH PANDAI SKIT, DAPAT JUGAK DIORANG RM60,000!

Overall, aku tengok soalan tahap akhir yang diorang dapat agak mudah. Bila Belanda masuk Melaka, bendera negeri mana yang takde bulan sabit, Space Mountain kat taman tema mana, dan soalan terakhir bahasa rasmi yang mana paling banyak digunakan. Dalam dok menjawab semua soalan tu, aku tengok minah tu lebih bengap dari mamat tu, so bila minah tu cam cakap jawapan satu lagi, mamat tu dah tergugat. Hahaha!

Nak tau mamat tu jerit apa lepas dah menang? "SAYA NAK KAWINNNNN!" Ha! Pi la kawin cepat-cepat!

Skang ada dua laki plak, sorang Melayu, sorang India. Soalan kedua jer dah start agih-agihkan duit. Gautama pengasas agama apa? Hindu, Buddha, Shinto, Jainism. Since India tu beragama Hindu, sah-sah dia tak letak duit kat situ. TAPI, abih sume duit diorang agih-agihkan kat ketiga agama yang lain. OMG!!! Gautama tu Buddhaaaaaaa!!! Kalo ye pun la tak tau, tak penah ke nampak sticker kat keta dalam M'sia ni! Merata-rata kotttt! *tepuk dahi*

12 holler:

fatt said...

aku tak tengok lagi rancangan ni tapi baca review ko dah boleh bayang la camne. bleh tak aku ckp lelaki tu tgh pikir something masa ckp SAYA NAK KAWINNNN!! hahaha

ok, otak biru... :P

Biqque said...

nampak pun macam gelojoh tak sabar nak kawin sangat2 hahaha! abis la minah tuuuuuu...

Lily Riani said...

hahahahha..... i rasa i musti tgk sbb by your review cam akan seronok tuk di ketawan kan

Janggel said...

Ahahah pestaim ak tgok cite tu smalam lepas baca entry k yg dulu. Mmg bengap eh kapel tu, siap diskas "bendera kedah macamana eh?"

Erkkkk boleh dimaafkan ke cenggitu? Dia dok kat Malaysia ke kat mana?

Ely Hasrul said...

aku takmo tgk sbb takut malu hahahahhaha

dari 1mil dpt 60k? ok la tu bg tahap bangang dorg hahaha

Biqque said...

lily, sonok gak bila soklan mencabar...kita pun bleh pikir dua tiga kali...

janggel, soklan luar negara, aku bleh terima lagi la if bengap...ni soklan dalam negara...ha camne!

skin, aku paham apa maksud ko, camtu la aku rasa bila tanak tgk hell kitchen, aku malu...hahaha!

Icam said...

Kak Biqque, ini bukan salam ziarah tu, ini betul-betul. Masuk la blog Icam http://pengembaratumpangan.blogspot.com/ dan follow juga

Janggel said...

Hahahahahahha!!!! Lawak la ko icam! Cepat post kat semua blog! Nanti kene tinggal. Kekkeke

Biqque said...

hahahaha icam dah kena demam salam ziarah! siap suh follow tuuuuuu! hahahahaha! tak bleh blah la ko icammmmmm! kuatkan lagi semangat sampai bleh dpt seat dalam bas ok!

masMZ said...

HAhahaa.... wahhh ada salam ziarah kat sini dari Icam!!! Tak tahannnn ;)

SueAnnie said...

aduh rugi tak tengok sambungan nih.. ader kat kampung time tu.. adui la..

Biqque said...

rugi sue hahaha!

mas, mmg dia nak kena panggil seketul batu pasni! hahaha!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog