Nuffnang Latest!

Friday, December 30, 2011

Bila Cik Rodiah Bercerita Tentang Sedara Sedari


Ini kisah hidup Cik Rodiah. Hidupnya banyak dihabiskan di alam maya, di laman web hitam kesukaannya. Ada kehidupan sendiri katanya di'sana', walaupun dia sudahpun bersuami, yakni Pak Hamid, yang sungguh jauh beza caranya.

Cik Rodiah memang rapat dengan Cik Puan Lela Manja. Lagaknya sungguh seksi dan kaya, sebaik dia berkahwin dengan Tuan Hamdan. Dengan hasil cinta yang rakus, dia beranakkan Samrin. Cik Rodiah sayang sungguh, apa saja, untuk Samrin, tapi Samrin tak kuasa nak amik tau.

Pak Hamid pula berkawan biasa dengan Cik Pojiah. Pada awalnya, Abang Dahlan tak berapa nak berbual. Tapi dengan kesampukkan Cik Rodiah, Cik Pojiah semakin rapat, dan Abang Dahlan semakin seronok berkata-kata. Cik Pojiah pulak, dapat geng. Lagi mencanak keseronokan itu bila Anak Embun lahir ke dunia, bak anak korea mukanya.

Cik Pojiah pula melebarkan sayapnya, berkenalan pula dengan Cik Maimon. MasyaAllah, kuat berjalan orangnya. Tak tercapai dek akal nak mengikut, apatah lagi meniru gayanya. Dalam masa yang sama, Cik Rodiah pula kenal dengan Cik Rubaiyyah, tapi tak penah lagi berjumpa-jumpa. Entah bila ya.

Dalam Cik Rodiah sibuk dok mentelaah cerita Cik Fattimatunzaharah, uiiiiiiihhhhh dari sana saja dah ramai yang Cik Rodiah kenal. Cik Fattimatunzaharah ni, kalo bercerita pasal kilat dan petir, memang kompom meletup-letup. Cik Rodiah gemar dengan keazamannya, berjalan solo tah ke mana-mana.

Kendian Cik Rodiah sibuk main komen dengan Leman Yusop, si teruna lindungan kaabah. Kalo berjumpa dengan Cik Maimon, jenuh tepuk-tepuk meja nak bersuara. Cik Rodiah suka! Cute je mukanya. Anak ikan Cik Rodiah, hasilnya.

Ditambah pula dengan Aaron@Harun, bulat-bulat aje budaknya. Asik dok layan alam sekitar di merata-rata. Tapi jangan tak tau, ada skandal dengan Cik Aloyah, nun jauh di utara. Dah ke, nak ke, kawin lari, tak ketahuan pula.

Hari tu ada berjumpa Osman, si doktor yang mungkin bakal menengok luar dalam Cik Puan Lela Manja. Mampos pengsan dia nanti nak tahan bebel Cik Puan tu. Itupun, kalau jadi lah. Hamboi baik sungguh kalo dibuat menantu budak ni. Pegi berjalan pun masih disarung baju kerja.

Tak sempat lagi nak bertemu Mutalib@Ghafur. Allahhhhhhhhh salam cium tangan Cik Puan Lela Manja dengar-dengarnya. Tah bila la dapat ketemu. Nak jugak tepuk-tepuk bahu dia suruh belajar dulu sampai abis. 

Sepantas cahaya, Rofe'ah Kutip Pungut masuk cerita. Ha tegar jugak ni datang melepak dari jauh. Tapi Cik Rodiah masih tak jumpa-jumpa dia lagi. Kalo part merapu, laju aje jawapnya.

Cik MusalmahJenab? Memang begitu namanya, sebab orang keliru dengan Aloyah. Kejap timbul, kejap tenggelam. Kutip batu la tu. Langsung tak tau apa-apa lagi di dunia luar sebab tak penah lagi bertentang mata.

Kan seronok kalau semua dapat berjumpa? Kalau ada lagi yang bersuara, boleh ditambah keluarga besar gile-gile remaja yang dah tak brapa nak remaja ni. Tahun depan la gamaknya. Dengan ucapan, nak Cik Rodiah backlink semua nama ke? :) Apa kata sedara sedari semua? :D

Monday, December 26, 2011

Cik Rodiah Teringin Nak Naik Roller Coaster Sambil Pakai Bulu Mata Pelesu!

Amacam teaser? Mmmm...bestnyerrrrr!

Cik Rodiah dah lama/banyak kali ajak Hamid pegi, since start tempat ni bukak dulu. Cik Rodiah memang gile rides! Ko suh la Cik Rodiah naik benda-benda alah ni, dia lagi sanggup menakutkan diri sendri dari masuk hutan bergelumang dengan pacat dan lintah. Memang teruja sangat nak pegi. Tapi Hamid kata, takat pegi berdua, apa yang nak seronoknyer kan. Dengar jeritan Cik Rodiah sorang jer la nanti. Tetiba teringat trip ke Movieworld & Dreamworld kat Gold Coast dulu-dulu. Gile best naik rides ramai-ramai! Rides yang kejam serta gelap tu jugak la yang jadi buah umpatan sampai ke hari ni. Sape nak sangka? Hahaha!

Cik Rodiah tau ramai yang dah pegi, dia jugak yang tak pegi-pegi lagi...tapi ada yang tak pegi lagi kan? Kan? Maka terdetik la dalam hati Cik Rodiah...kihkihkih! Tapi Cik Rodiah nak simpan dulu! Bercita-cita sungguh Cik Rodiah nak sewa bas, siap nak hasilkan baju rombongan. Maklum la, Cik Rodiah kan propa! Dia nak kalahkan rombongan Cik Kiah macam dalam TV tu!

Jangan Cik Rodiah "menaruh harapan" macam Kak Eton sudah la. *mode bulu mata pelesu* (Nak tau sape Cik Rodiah? Ni dia.)

P/S : Rasa macam nak sambung la cerpen tu...tajuknyer "Karim buat hal lagi?" Hahaha!

Old Entries Are Now With Pictures!

I spent my entire public holidays by uploading pictures in my old entries! I know...it was long overdue request by some of the readers...not all...some...few...whatever!

And I just noticed that I used to blog like, SUPER LOOOOOOOOOOOOONG entry, coz I didn’t break it into places of interest. (Hmm...gile banyak idea! Semua nak cite!) Everything was dumped in ONE WHOLE DAY! (Gold Coast by days? How foolish I was!) But who cares…I’m not a smart-blogger those days…PEEBLE!


(Note : Click Older Post to continue reading the sub-entries)

Ok, all images are raw, set-to-small-view, but they are in sequel. I have grouped them separately, apart from the story, for I have no time to read-and-slot. OK WHATTTTT…I least you can “Oooooo” when you see the bottom portion kan…hahaha!

Now 

Saturday, December 24, 2011

Peserta RM1,000,000 Money Drop Yang Dah Tak Bangang

INGAT TAK COUPLE BANGANG YANG AKU CITE HARITU DALAM ENTRY NI?

HA! KAN AKU DAH CAKAP, DIORANG PATUT KAWIN JER! MASIN MULUT AKU! HAHAHA!

HASIL TUNGGU SEMINGGU, DAH PANDAI SKIT, DAPAT JUGAK DIORANG RM60,000!

Overall, aku tengok soalan tahap akhir yang diorang dapat agak mudah. Bila Belanda masuk Melaka, bendera negeri mana yang takde bulan sabit, Space Mountain kat taman tema mana, dan soalan terakhir bahasa rasmi yang mana paling banyak digunakan. Dalam dok menjawab semua soalan tu, aku tengok minah tu lebih bengap dari mamat tu, so bila minah tu cam cakap jawapan satu lagi, mamat tu dah tergugat. Hahaha!

Nak tau mamat tu jerit apa lepas dah menang? "SAYA NAK KAWINNNNN!" Ha! Pi la kawin cepat-cepat!

Skang ada dua laki plak, sorang Melayu, sorang India. Soalan kedua jer dah start agih-agihkan duit. Gautama pengasas agama apa? Hindu, Buddha, Shinto, Jainism. Since India tu beragama Hindu, sah-sah dia tak letak duit kat situ. TAPI, abih sume duit diorang agih-agihkan kat ketiga agama yang lain. OMG!!! Gautama tu Buddhaaaaaaa!!! Kalo ye pun la tak tau, tak penah ke nampak sticker kat keta dalam M'sia ni! Merata-rata kotttt! *tepuk dahi*

Thursday, December 15, 2011

Hmm...Alien Datang!

I COME IN PEACE. *tunjuk gigi sambil jari tunjuk sign V (peace)*

Aku anggap aku tengah baca ruangan gosip macam OhBulan/Beautifulnara yang mana semua orang tengah bergurau la ye. Gurau-gurau manja sonok-sonok tapi mencakar aduh sakit juga, macam Kiki buat kat aku.

"So skang, bleh tak semua orang stop je apa yang tengah berlaku? Dah jadi PERSONAL plak aku tengok. Bukan sorang, tapi SEMUA." 
*Bayangkan aku yang tengah bercakap kat depan pentas sambil katuk-katuk mic.*
Tolong stop ye. Demi kesejahteraan aku. Hahahaha! Ye, samada aku akan sedih hati gundah gulana fefeleling semua ni patu tarik-tarik rambut, atauuuuu, aku kuar tanduk kasi pisau sabit sorang satu je. (Aku kan saiko...aku rasa macam aku kena prank je ngan semua ni...mana camera, mana camera ni...hmmm...)

Sebenarnya kita ni semua sama je. Sume tanak kalah, sume rasa betul, sume sedar plak tu. Dah...dah...sila amik hadiah masing-masing. Aku pun nak gi amik hadiah aku. Hahaha!

Dengan ucapan, janganlah jadi pemetik api patu pi hulur-hulur kat timbunan kekayuan kekeringan, dan juga janganlah jadi timbunan kekayuan kekeringan pi golek-golek kat pemetik api tu. (Ok, kayu tak leh jalan.) Janganlah jadi tong aerosol pi pssttt psssttt kat depan pemetik api tu. Both ways TAK mendatangkan apa-apa kalau tak kena cara/kena cara, but both ways jugak BLEH mendatangkan apa-apa jugak kalau tak kena cara/kena cara.

Empangan Teluk Bahang, Pulau Pinang

Lepas makan laksa yang sedap itu, kitorang pun teruskan perjalanan. Plan asal, nak pegi Kek Lok Si la, Reclining Buddha la, Rumah P.Ramlee la, kita tengok je la nanti, yang mana yang kena terjah. Hahaha! Buat masa sekarang, dek kerana hubby NAK sangat tengok Empangan Teluk Bahang (dia bangun awal pagi tu, drive keta sorang-sorang pegi cari tempat tu, tapi tak jumpa).

Kat mana empangan ni? Atas pada Batu Feringghi, ke arah Balik Pulau. Untuk sampai ke Balik Pulau, bersedialah untuk layan corner macam rempit touching lutut seret tongkat berapiii je atas jalan. Tapi sebab kitorang naik keta, layan lentok atas seat je la. Jangan la ada yang muntah. Dulu masa aku kecik-kecik, aku akan baring dan tengok langit. Sebab itu je benda yang tak bergerak. (Ye, aku motion sickness ya amat. Kalo laut, aku tak mabuk.)

Dalam dok layan corner ni, aku tengok side mirror, kepala Sami dah terjengol keluar tingkap keta Skin! Uih budak ni layan angin ke! Kiri, kanan, kiri, kanan, sonok betul dia. Mau gugur jantung Skin kalo terpelanting keluar. Tapi Sami cute gile!

Sampai satu tempat ni, nampak Taman Rimba Teluk Bahang belah kiri. Kat depan, ada satu bukit tinggi, siap tangga untuk naik ke atas. "Ha, ni la empangan tu..." kata hubby sebab seronok sangat, akhirnya jumpa juga tempat tu.
Kitorang benti di sebalik tepi empangan tu, betul-betul kat pintu masuk dia. Masa ni masyaAllah punya la panas terik! Nak terbakar je kulit lengan, kaki, kepala. Gagah jugak la berposing sebab aku tak rasa aku akan datang lagi tempat ni. Empangan ni lebih kurang macam Empangan Batu kat Hulu Langat. Allahhhh...empangan mana yang takde batu ye dak. Tapi cun gak la tempat ni. Ada seketul menara di situ.

Dah tak tahan sangat dengan kepanasan yang melampaui minda, kitorang teruskan lagi untuk membuat satu pusingan Balik Pulau, menuju ke War Museum kat Batu Maung. Actually kalo masih berada di Penang Town, lagi dekat pegi ikut arah Bayan Lepas. Kira ke arah Jambatan Pulau Pinang la. Tapi since kitorang dari Batu Feringghi, maka membuat satu pusingan jugak satu keseronokan sebab jalan ni banyak orang jual durian. (Tapi tak benti pun! Cis!)

Kitorang sempat benti kat satu stop ni, betul-betul parking tepi jalan (so jaga-jaga la ye) dimana kita bleh tengok pemandangan di sebalik Penang. Ye, hutan semata-mata. Dah la tu, langit tak biru langsung. Walhal tiga hari dah tak hujan. Masa kitorang pegi la nak hujan pun kan. (Panas marah, hujan marah, ni la manusia!)
Bunga kuning?

Ko pun nak jugak bangggggg? (Ye, bukan senang nak tengok abang aku buat lawak.)

Patu ada gak Kilang Buah Pala dah Air Terjun Titi Kerawang. Kitorang tak benti pun sebab nanti akan ke Chowrasta jugak.

Ok jap jap, ni part paling best! Aku sengaja je suh anak sedara aku amik gambar ni. Cuba tengok signboard tu. 
Aku rasa Abang G si Fatt tu la yang conteng! Hahaha!

Ada la dekat sejam perjalanan yang bengkang-bengkok. Aku tengok seat blakang, sume dah pengsan. Sian plak tengok 4 orang terlentok-lentok with each other. Kalo la Acu korang ni ada keta "roti benggali bergerak" (Starex), kan senanggggg...
 
 

Wednesday, December 14, 2011

Laksa Tanjung Bungah, Pulau Pinang

Nota khas : Entry ni special untuk John sebab dia kata dia tak suka laksa Penang!

Lepas sume dah mandi kat swimming pool, kitorang sambung lagi mandi kat bilik. Ni la kekdahnyer bila tak leh check out lambat gara-gara pegi cuti skolah. Benci!
"Abang eerrrr, dari Hat Yai pi Krabi ka pulak eerrr?"

Kali ni confirm 200% itinerary tak lari sebab memang kitorang TAKKAN skip makan laksa kat Tanjung Bungah kat Batu Feringhi ni. Aku rasa dah penah blog about it before, yang aku makan laksa ni since arwah mak aku ada, dan arwah makcik yang meniaga ni pun still ada. Skang zaman anak-anak dia, which anak-anak mak aku jugak la penyambung pelahap kat sini. Kalo tak dua pinggan, tak sah! Tu pun aku taram jer sabarkan diri mengucap banyak-banyak sebab nak order lagi sepinggan. Bukan apa, aku suka sangat tabur bunga kantan tu bebanyak. Nak-nak pulak dapat siram kuah tu dengan petis udang! PERGHHHHHH! LANTAK KORANG LA NAK KATA TAK SEDAP KE HAPE, AKU TETAP SUKA, SUKA, SUKA! *Sambil simbah kuah laksa kat John lalu menari dangdut ah sedap ah sedap ah sedap!* 

Nah ko gambar laksa Penang!
Ok, aku close up lagi!
Tak cukup? Aku letak plak muka aku tengah hirup kuah laksa!
Amacam? Puas hati? MAK PUAS NOKKKKK!

Tuesday, December 13, 2011

Aktiviti Family Day (Swimming Pool) @ Copthorne Hotel, Pulau Pinang

Sebelum sesi renang berirama, kitorang buat sesi bergambar secara berkumpulan dulu kat tepi pantai. Jenuh panggil sume bebudak suh duduk kat depan, yang dewasa kat belakang. Masa ni main taram jer sape duk mana, sukati.

Sementelaah aku setting kan timer kat camera kokak aku (DSLR dia memang tak penah nak jadi bahan letak tanpa alas), laki aku plak sibuk duk timbang bola. Aku tatau pun dia ni reti timbang bola. Dia kata dulu kat skolah menengah dia pandai main bola. Tapi kazen aku cakap, kat skolah rendah, dia tak penah main bola (batu seremban dengan getah dia main katanya), sebab tanak baju kotor. Maklum la, kesayangan cikgu. Top student plak tu. Putih bersih je baju dia. Rambut sikat tepi. Apekah? (Tapi dia tak ngakuuuuuu! Hahaha!) *Jalan laju-laju takut kena pelempang*

So, setelah aku setting kan timer, aku jerit la suh laki aku masuk barisan. Aku plak, tanpa tengok ke depan, aku tekan jer button, terussssssssss aku lari masuk barisan jugak! 

Tit, tit, tit *Lampu timer menyala.* 

KLIK! *Camera tangkap gambor. Aku sedap jer mencengkam bahu laki aaaaaa...*

HUH??? NI BUKAN LAKI AKU!!! MANA LAKI AKU??? YA ALLAHHHHHH...AKU PEGANG LAKI ORANGGGGG!!!"
AKU MALU SIAL! PEGANG LAKI ORANG, SIAP ADA ANAK LAGI!
NASIB BAIK LAKI TU LAKI KAWAN AKU! 
KALO LAKI TU LAKI KAWAN KAKAK IPAR AKU CAMNE???

So, terpaksa la amik skali lagiiiiiiii...hahahaha!

Dah gelak sakan sampai nak terkencing, kitorang terus gerak ke swimming pool. Dalam masa yang tak cukup tu, kitorang bertabah jugak la nak mandi pool. Hoih! Kalo tak, sia-sia je la book hotel ni. Pool dia besar gile ok!

Terus la kitorang dengan jaya nyer, "ter"main water polo. Sumpah aku cakap, kitorang jer dah bising kat pool ni. Dah la pool ni betul-betul depan restoran dia. Bape kali bola melantun masuk dalam restoran tu, hahahaha! Tah sape geng sape pun aku tatau. Yang nyata, aku tengok Makcik, bersungguh-sungguh main siap rebut bola lagi dari orang. Untuk orang tua yang berumur 55 tahun, jalan atas darat tu aku leh caya lagi la akan kecergasan dia...tapi dalam air??? Gile beb! Aku pun pancit!
Hitam sudah mukaku...

Agak dah tak larat, aku mula la buat renang berirama dengan hand-stand dalam air. Hahaha! Ye, aku SUKE gile buat menatang ni. Rasa cam tak puas if tak buat. Lagi satu, dive sampai lantai. Yang aku kelakar, aku susah nak timbul, laki aku susah nak dive. Ha, complete each other kan? OBSESSED KAN? KAN?? *Sila muntah laju-laju!*
 

Ni la nieces aku yang paling tua, both form 1. Skang ni dedua ni la yang rajin bercerita ngan aku kalo diorang malas nak cite kat mak-mak diorang. I lap u lah! Acu akan sentiasa rawk!

Ku lampirkan disini, bukan lagi gambar keluarga bahagia, tapi gambar majalah mangga pelakon drama yang hensem lagi seksi berkemban tepi pool siap selak towel tunjuk betis! :D AWWWWW GITU...
Korang tengok la si kakak cantek tu punya jelingggggg!

Friday, December 9, 2011

Aktiviti Family Day (Sukaneka) @ Copthorne Hotel, Pulau Pinang

Nasib baik cuaca cerah lagi cun pagi ni. Kalo tak, aku tatau la nak sumbat mana lagi itilari untuk hari ni. Dari balcony, awan yang terpilu semalam dah bertukar jadi awan nano. Tanpa berlengah dan tanpa mandi, semua ahli telah menyarungkan baju sukan Hat Yai yang di beli di Padang Besar semalam. Bersemangat ni nak menang! Paling tak tahan, ada orang tegur makcik "datang dari Siam ka?" KAHKAHKAHKAH!
 
*Bayangkan lagu The Imperial March dalam Star Wars. Macam askar turun ke bumi. Hahaha!*
Tengok la ketua nyer tuh!

Patu keluarga bahagia ni macam biasa la, kena layan Sami dulu so that mak pak nanti bleh beronok-ronok main game. Ibu mengandung tu cakap tanak main, tapi lakinyer tak sabor-saborrrr hahahaha!
 Ingat lagi kecik-kecik dulu dia geli nak pijak pasir. Haih...dah beso ko Sami...

Adieb memperagakan badge untuk setiap family.

Sementelaah ada yang dok posing (Pak Ein tunjuk spek ada polarizer), puan pengacara mejelis mengerahkan suku-sakat nyer untuk setup barang game bebudak. Antaranya upacara tanam botol air ni dalam tanah. Tah camne bleh terlebih satu plak. Scary ok!

Patu ibu mengandung ni tetiba mengerahkan tenaga semua untuk isi tepung dalam pinggan kertas (siap panggil ha meh tolong sini, patu Erna pun datang la siap tolong kopek plastik gegula hahaha!) Cekapppppp cekap! Lagi cekap bila marah orang tetiba termasukkan pasir dalam tepung tu, hahaha! Terjamin kualitinyer ye kakak cantek?

1) Game pertama : Isi air dalam botol, guna span, dalam masa 2 minit. Sape banyak, menang. Masa aku tunjuk air laut tu, sume cam pandang dengan penuh duka...sebab agak jauh. Hahaha! 
Kisah kelakar masa game ni :
- Team Rumah Murah main tipu sebab anak sedara aku yang gemuk tu pi bawak botol air dia terus ke laut, and isi sampai penuh! Patu sebab kena marah, dia pi isi air tu ke dalam botol sepupu dia plak! Kejam tul! Terus disqualified. Penat sepupu dia lari pi balik pi balik perah span secara berhemah...
- Team Baling bersungguh-sungguh nak menang. Mak nyer turun padang siap ajor anak nyer cara betul memerah span. Hahaha! 
- Hasilnya, Team Baling menang 1, Team Rumah Murah menang 1.
 

2) Game kedua : Cari kertas kaler dalam pasir. Warna mesti sama, cukup tiga, menang. Jenuh gak nak tanam satu-satu kertas stikcy notes kecik-kecik tu! Dah la kena letak merata-rata.
Kisah kelakar masa game ni :
- Salah sorang Team Rumah Murah punya korek dah rupa anjing nak berak. Hahaha! Laju gile, punya la dalam. Walhal dah takde tu, takde la. Sebab kitorang tanam skit jer! 
- Ramai gile siap kasi hint tunjuk kaler tu kat sini, kaler ni kat situ, sebab nak bebudak ni menang. Kelakar gile sebab area tu kecik jer, so sume cam bertumpu setompok kat situ.
- Hasilnya, Team Baling menang 1, Team Rumah Murah menang 1. Diorang lagi!!!
 

3) Game ketiga : Cari sweets dalam tepung. Cukup tiga, menang. Memula tatau nak suh letak tangan kat belakang ke apa, sebab takut "tertomoih" plak muka bebudak ni ke pasir. Hahaha! Last-last ada yang siap demo cara, so bleh la.
Kisah kelakar masa game ni :
- SEPANTAS KILAT, BARU JE SEBUT MULA, MENDERU BEBUDAK NI LARI DATANG KAT AKU! HOI! CEPAT NYER! SUME NGANGAAAAAA JE TUNJUK KAT AKU TIGA KETUL SWEETS DALAM MOLOT! HAHAHAHA! 
- Yang kecik darjah 1 tu gigih ok...tengok gambar bawah...
- Hasilnyer, Team Rumah Murah menang 1, Team Perlis menang 1. Melampau gak Team Rumah Murah ni ek? Sume game diorang sapu!
 
 

4) Game keempat : Tiup belon, duduk sampai pecah. Pecah dulu, menang. Memula aku kasi belon yang jenis susah nak tipu and pecah tu, ala jenis tebal skit. Diorang try, habis napas, belon tak bloat pun! Sian gile...nasib baik puan pengacara cekap, ada beli satu set lagi belon nipis. Baru bleh tipu.
Kisah kelakar masa game ni :
- Team Baling tarik diri! Sebab keturunan asthma, tak mampu nak tipu berulang kali. Hahaha! Lawak tul! 
- Hasilnya, Team Tepen menang 1, Team Rumah Murah menang 1. DUA-DUA BUDAK PALING BESAR KAT SITU! Aci tak? Masa ni Pak Ein sungguh teruja, siap cakap "HAAAAA MENANG JUGAK SATU KAT TEAM TEPEN!" Bleh??? Hahahaha! Mana taknyer, Team Tepen, 2 orang budak jerrrrrrrr...
 

5) Game kelima : Cari 2 barang. Cukup dua, kasi kat puan pengacara, menang. Dalam hati puan pengacara, dah set plan jahanam!
Kisah kelakar masa game ni :
- Lepas aku cakap MULA jer, aku terus lari jauh-jauh! Barang yang aku mintak, cincin dengan selipar sebelah. Bergelut la mak-mak tu kasi cincin kat anak-anak! Nasib baik sume jenis mami jarum kan, ha dapat la sorang satu. Tapi ada gak yang tak dapat, gigih jugak lari ke puan pengacara.
- Lepas semua dah ada barang, diorang terus cari aku. Nunnnnnn aku duk kat hujung pantai. Hahahaha! Jenuh diorang kejar aku. Aku siap buat side step bagai. Penat ok! 
- Hasilnya, puan pengacara nego dengan pemenang. SEBAB PEMENANG NYER BUDAK BESO LAGI! Team Tepen 1, Team Rumah Murah 1. Aku tak ingat, tapi rasanya dapat kat 2 orang budak paling kecik. Budak beso tu coollllllllll siut, siap cakap "Kami tak kesah...blehhhh..."

6) Game dewasa : Pass getah guna straw. Kak Ngah siap demo since sume orang cam tak tau camne nak main. Tapi rules takde! Cuma if getah jatuh, disqualified. Sumpah masa ni aku dah plan gegila ngan laki aku, dari KL lagi. Sebab nak menang!
Kisah kelakar masa game ni :
- Memula Skin tanak main, tapi kitorang paksa gak dia. Lagipun Hasrul nak main sangat-sangat, bukan kena lari-lari pun.
- Pak Ein punya getah dah jatuh! Dia main tipu ok! Memula ingat dia menang dah, patu makcik cakap, getah depa dah jatuh, Pak Ein kutip! Hahahaha! SAH-SAH DISQUALIFIED.
- TEAM KL NI PLAK KONONNNNNNNNN NAK MENIARAP LA SEBAB LAGI DEKAT DENGAN GARISAN PENAMAT! PENYUDAHNYER, AWAL-AWAL LAGI LAKI AKU DAH JATUHKAN GETAH! YA ALLAHHHHHHHHH MARAH SUNGGUH AKU! DIA BLEH GELAK GULING-GULING OK! TERUS AKU CEKIK LAKI AKU! CIS, KALAH! HAHAHA! 
- Hasilnya, Team Tepen menang 1, Team Sekichan menang 1. Haaaaaaaaa sape sangka, ibu mengandung menang tau!!! 

Actually ada BANYAK lagi game yang tak sempat nak main, one of it, Serasi Bersama. Soklan sume dah ada. Haihhhh kan best if dapat main! (Kudos to Lin selaku pembuat soalan. Masih elok terpateri tak dibukak-bukak soalan itu.) Ni sume gara-gara kena check out tepat jam 12 tengahari sebab fully book katanya. Ingat nak sambung kat Padang Kota, tapi tengok la nanti camne...NAK TAU CITE TERTUKOR LAKI??? PASNI! :D

Note : Baca kat sini untuk versi Skin@Ely. 

Subscribe To This Blog