Nuffnang Latest!

Tuesday, August 23, 2011

PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011

ARE YOU GUYS READYYYYYYYYYYYYY?

LET'S DO THIS!


SYARAT UTAMA YANG WAJIB ADA!

A) Setiap gambar MESTI ada Blogger.

B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011".
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya.

Note : Kalau takde salah satu syarat diatas ni, masih bleh teruskan, tapi tolak markah la.



10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!

Idea Biqque.
1)Blogger bergambar sebelah/dengan polis sambil makan kuih raya.
Kalo polis tu tengah bertugas dan tak leh makan, korang je yang makan. Tapi kalo polis tu makan skali, bonus disitu.

2)Blogger buat huruf “RAYA” dengan tubuh badan. Boleh guna orang lain untuk tolong Blogger dan boleh combine gambar setiap huruf yang dibuat.

3)Blogger bergambar depan rumah kampung yang kosong sambil pegang buluh lemang. Kalo rumah kampung tu nampak spooky, lagi bagus.

4)Blogger bergambar tepi highway dan mesti nampak jalan highway tu serta kereta yang tengah bergerak. Kawasan R&R tidak dibenarkan sama sekali ye.

5)Blogger main papan gelongsor sambil makan ketupat nasik. Lagi besar papan gelongsor tu, lagi banyak markah korang dapat.

Idea Chawana.
6)Blogger menjadi nelayan yang tengah memancing/menjala mengunakan umpan kuih raya di tepi tasik/sungai/laut. Pepandai la korang, aku tatau!

7)Blogger menjadi SUPERHERO RAYA dengan memakai pakaian raya. Kena la nampakkan kan ciri-ciri superhero tu walaupun baju tu baju raya. Ikut creativity masing-masing.

8)Blogger mengayuh basikal sambil junjung sebalang kuih raya di atas kepala. Kaki tak leh pijak tanah ok!

9)Blogger bermain tanglung (lantern) di waktu malam di hadapan orang bakar lemang. Tanglung boleh buat sendiri, atau beli kat kedai apek mana-mana. Kedai sembahyang cina pun ada. Hahaha!

10)Blogger sedang makan juadah hari raya (lemang/ketupat/rendang/kuih raya) di atas pokok, sambil sebelah tangan pegang senduk nasi. Ha amik korang, gambar penutup!

Ni sample tahun lepas kalo korang nak kaji, susah ke tak nak buat challenges ni...bleh nyer lahhhhh!
Biqque (tengok keta apa aku basuh, keta mainan je...)
Chawana (tengok balai polis nyer, bukan beso pun...)
Laney (tengok la yang menang tu...si Laney, sedap-sedap je pi Yanggon hahaha!)
Lin (tengok, takde ayam kat kampung, dia gi pasar...senang jeeeee)



REMINDER!

-Ingat! Semua aksi-aksi diatas, mesti ada tiga syarat utama tu. Jangan lupa tau! If tanak lupa, sila PRINT post ni sebelum balik raya :D

-Blogger kena publish post bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011” dan letak 10 tajuk challenges dan gambar, pada Rabu (7 Sept 2011) sebelum jam 12.00 tengah hari.


-Sila tinggalkan link post korang kat post ni. Sini je tau!


-Keputusan para pemenang akan diumumkan pada Isnin (12 Sept 2011) jam 12.00 tengah hari.

-Segala keputusan adalah muktamad. Takde rayu-rayu dah. Titik! Hehehe!



HADIAH-HADIAH NYER?

GRAND PRIZE :
SATU* TIKET/VOUCHER*


1ST RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*


2ND RUNNER UP :
SATU TIKET/VOUCHER*



*Tiket/voucher could be in various of medium/method/form. Jangan main-mainnnn...
*Tiket/voucher adalah tertakluk pada harga, tempat dan ehsan pihak penganjur.
*Tiket/voucher mungkin akan ditambah mengikut tahap sambutan dan ke-excited-an pihak penganjur.


APA LAGI? CEPAT BAGITAU SEMUA!
DAN PIKIRKAN CAMNE NAK DAPATKAN
SEMUA GAMBAR-GAMBAR NI YE?
INGAT! KALO TAK TAU, BUAT PE?
IMPROVISEEEEEE :D


Originated by Sekupang Team.

44 comments:

Ely Hasrul said...

what??? dh kuar???? chawanna nye mmg mnguji ibu mengandung nk buat nehhhh hahhaha satu jek la .. pakcik aku kan polis. aku suh aje pakai uniform kahkhakhakhakhkahakah

Biqque said...

ala skin, bleh nyer! bukan susah pun, bunyi je cam haram, mesti bleh buat nyer la! hahahaha!

ha post cepat kat blog ko!

Unknown said...

Alaaaa sikit tu je skin..cube ko bayangkan tiket/voucher yg bakal ko menangi haaaaaaaa.. BERBALOI BALOI..kah kah kahhh

Ely Hasrul said...

Na,kalu aku jatuh time naik beskal cmne?? hahaha xpe..tpaksa naik beskal sami hihi

Fatt said...

aku nak nanges...korang kejam!! T___T

susah la...nmpknya aku kena consider balik ni...*nanges* T____T

Ako Retna said...

aiyooo....
ako dah start mandi peluh ni weii...

part tanglung main depan org baakr lemng memalam? alaa org bakr lemang skrg waktu siang.. mano nak cari ni??? huhu

babyarisha said...

try komen kt blog na xdapek plak.
ko cube tgk bebetui tarikh upload 10photo tuh.. 7Sept (Isnin)? 7sept tuh bukan Rabu ke? dh smpai capai calender org lain dh aku ni nak tgk tarikh. jgn memain.. thn lepas kena penalti sbb lmbt upload. thn ni disqualify sbb sabotaj plak ker..
cer jawab biq. na.. mana na..

Unknown said...

Hahahaha aku baca komen korang pun dh buat aku tergelak sengsorang..kah kah kah.... Pikir la masak2 mcm mana nk buat semua tu yekkk..selamat mencobaaaa

Unknown said...

BabyArisya: Sori, sebenarnye 7 September - RABU. Bukan Isnin.

Biqque terexcited lebih, sampai tersalah hari..huhuh tak pe nanti dia betulkan tu..

Harlaney said...

confirm laki aku tak kasi.. perut dah macam ikan paus ada hati nak panjat pokok.. *makan hati*

Biqque said...

ala fatt, ako, boleh nyerrrrrrrrrrr! percayalahhhhhh! orang bakar lemang? ok la, tips...orang can be anyone, bakar lemang, ko amik lemang tu, ko bakar jer! ha see, aku dah kasi jalan niiiiiii...

like i said, pikir, be creative, and improvise :D

Biqque said...

lagi tips! ingat, korang jangan rasa pecah kepala nak cari sume benda tu benda sebenar...macam2 bleh buat dari benda lain sebenarnyaaaaaaaaaaaa percayalahhhhhhhh :D

Unknown said...

Betul kate biqque tu, tak semestinye nk kene tunggu semua benda2 tu yg betui2. Yang penting CREATIVITY kite! tak kisah la ikut cara apa pun, janji menepati kriteria yg ditetapkan penganjur.

Lagi pun hadiah dia bukan voucher jusco rm10 heheh..lebihhh tauuuuuu :))

Biqque said...

jangan terkejut kalo tgk hasil gambar orang lain nanti, SEMUA tu sebenarnya bleh buat and korang akan terasa cam "laaaaaaaaaaa camtu pun bleh ke? senang nyerrrrrrrrr!" ha gituuuuuuuuu hehehehe!

betul tak na?

Unknown said...

Betullllllllll..nanti bila semua org dah post gambar masing2..baru la korang akan terdetik *lerrrrrrrrr..cam tu je ke???*..tak caya tgk la Photo Challenge 2010/2009 kitorg. Benda yg aku pikir, tak sama cam benda yg Biq dan org lain pikir..so mcm2 pesen/gaya ada tau..korang baca, mesti tergelak2 nanti.. Jom la join ramai2..

Liz said...

perghh, mencabar! tapi akan ku sahut cabaran tu!

Biqque said...

ye, sila tengok balik photo challenge 2009 dan 2010 i!

http://blueewoke09.blogspot.com/2010/09/photo-challenge-balik-raya-oleh.html

http://biqque.blogspot.com/2010/09/photo-challenge-balik-raya-oleh-biqque.html

tau tak, sungai tu kat kajang???

ni ha, budak yg menang tiket yanggon tu...rasa cam nak gigit2 je jari sbb dia bleh buat. haaaa!

http://extraordinaryaffection.blogspot.com/2010/09/photo-challenge-balik-raya-laney.html

babyarisha said...

cube bg jln part amek gmbr ats pokok smbil mkn ketupat/rendang n tangan pegang senduk nasi.. aku tgh pecah otak ni.. xleh pk nih..

Biqque said...

liz, bagus! semangat tu!

Biqque said...

lin, ko nak aku demo ke? kahkahkahkah!

nanti aku buat satu contoh utk sume ok?

mikamusz said...

Pokok rambutan mak aku dah kena tebang... Camno ni???

Unknown said...

xpe pokok lain byk lg hahaha

Ren said...

uishhhh taraf nak ulang amek spm nih! kegigihan yg melampau amat diperlukan!

Liz said...

biqque dan chawana,

aku terfikir nie. ok, korang kata.. kalau rasa tak mampu nak buat, be creative!

skrg ni markah penuh kalau dpt buat mcm yg korang ckp atau lg byk markah kalau jadi creative?

pemarkahannya camne tu?

ewah, mcm nak final exam pulak.

Biqque said...

liz, be creative tu maksudnyer, apa saja yg korang nak buat utk amik gambar tu, MESTI bertetapan dgn syarat2 yang diberikan...

contoh, kalo kata amik gambar basuh kereta tepi sungai, tak semestinya kereta betul sbb tak dinyatakan kereta tu kereta betul atau pun mainan...

contoh, kalo kata mandi hujan, kalo dah tak hujan seminggu, ko nak wat camne? maka guna la air paip yg nampak cam hujan...

markah berdasarkan ketepatan syarat gambar dan kalo kata semua contestant tepat, sape yg paling menarik hati juri, menang le :D

babyarisha said...

biq & na.. xde reminder pun tuk upload n letak link.. ke korang akn buat satu lg entry khas tuk kita2 org ni letak link pd 7Sept nti.. *masih pk pokok mana la aku nak panjat nti*

Unknown said...

BabyArisya: Reminder tu, Biq akan bagitau tak lama lagi :P

p/s: Ada ke aku suh PANJAT pokok? Aku kata ATAS pokok! ngeh ngeh ngeh! :p

Biqque said...

eh dah letak dlm post tuuuuuu :D

Blogger kena publish post bertajuk “PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2011” dan letak 10 tajuk challenges dan gambar, pada Rabu (7 Sept 2011) sebelum jam 12.00 tengah hari. Sila tinggalkan link post korang kat post ni. Sini je tau!

nampak tak? nampak tak? post ni akan jadi sticky post sampai la abis challenge ni, wokeh?

Ely Hasrul said...

aku nk tepon embah aku, jgn sapa2 gatal nk tebang pokok mangga yg tinggi sami kt umah embah aku tuh hahahhaha

Unknown said...

Ala...lambat pulak bukak entry ni. Mane nak korek rumah2 kampung dh balik kl ni huhu...i try masuk this year, last year punye xsempat.

Biqque said...

masih ada masa byya :D cepat cari kat KL ni, banyakkkkkkk :D

Ako Retna said...

AKO dah buat!!

http://anakomak6.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

adehh kus semangat...
berpeloh aii...

Biqque said...

perghhhhhhhh! cayalah! syabbbas inspektor sahab. syabbaaassss!

Liz said...

nah, entry aku:

http://charming-umi.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

korang ni cepat la publish entry masing2. ke mmg semua nak tunggu tgh hari? heheheh

babyarisha said...

here's the link..

http://babyarisha.blogspot.com/2011/09/official-photo-challenge-balik-raya.html

Unknown said...

Ha siap.. http://blueewoke09.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Liz said...

dah pukul 12 ni. mana entry biqque dengan ely?

Ako Retna said...

biqque bz ke gamak nya nih???
kata autopublisshh...

cepat! cepat! :p

Biqque said...

adaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

http://biqque.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Ako Retna said...

ely punya takde ek?

Biqque said...

dia kata autopublish! tah, tak kuar pun! sat sms dia!

Ely Hasrul said...

aku ibu mengandung tak baek mencarut tp mmg hangin la kan schedule entry aku xkuar. patut kuar kul 11.30am tadik! tapi utk kepuasan hati sume aku paste gak la walaupon aku sebok nk buat duit kt kdeai nih haaaa


http://mrspapi.blogspot.com/2011/09/photo-challenge-balik-raya-2011.html

Liz said...

bravo..bravo, ely! aku ingatkan ko give up. heheh.. tgh tgk entry ko ni

Ely Hasrul said...

6 entry je kan biqque? aku tertunggu entry fatt.. cess

aku byk lantern nih. dh ckp dgn Na, meh bkumpul kat mana2 (yg tau psl challenge nih) patu main lantern aku yg byk tuuu..

setuju? hahahhaha

Subscribe To This Blog