Nuffnang Latest!

Friday, October 8, 2010

Drama : Rodiah Nak Main Snooker?

Tiba-tiba, dua hari lepas, Rodiah tanya Hamid..."Lama tak main snooker kan?"

Hamid pandang Rodiah, terus jawab..."Nak main kat mana?"


(background chime)
.........mengimbau zaman silam.........


Rodiah agak pandai bermain snooker. Semuanya gara-gara Hamid selalu mengajak Rodiah menemaninya, tatkala Hamid bermain snooker bersama rakan-rakan kolejnya. Gembira sungguh Rodiah kerana tempat-tempat snooker ni menyediakan makanan disamping bermain snooker. Maggie rebus, nasik lemak, nasik goreng, french fries, apa saja, semuanya dihadap dengan air coke. Rodiah mula berjinak bermain snooker dengan permulaan, menjadi pengira. Perlahan-lahan, Rodiah mula memegang kayu dan menunjal bola snooker yang ada. Hari demi hari, pelbagai skill yang Rodiah mula belajar, tapi paling tak bleh blah, Rodiah banyak menggunakan "rest" untuk sampai ke tengah atau hujung meja.

Disebabkan Rodiah agak pendek, keding, dan kecil di zaman mudanya, maka Rodiah lebih berkecimpung dalam sukan pool. Sesuailah dengan keadaan diri Rodiah masa itu. Namun Hamid, terus giat bermain, sehinggalah ke tahap pada suatu ketika Hamid masuk pertandingan snooker...tapi dek kerana terlalu memikirkan strategi, Hamid kecundang di tangan pemain yang lebih simple darinya.

Rodiah juga pernah memasuki pertandingan pool yang dianjurkan oleh syarikatnya. Jenuh jugak Rodiah berlatih dengan Hamid sekali dua, gara-gara ingin sangat memenangi pertandingan itu. Berkat kebelagakan minah ca ya nun alip yang nampak cam bagus tapi sebenarnya takde la sangat di peringkat semi final, Rodiah berjaya mengalahkannya dan masuk final. Tapi Rodiah pulak melakukan kesilapan bodoh dengan memasukkan bola hitam..........................diikuti dengan bola putih. Zzzzzzz...Rodiah dapat tempat kedua akhirnya.

Masih ternampak-nampak kelibat kawan-kawan rapat perempuan Rodiah yang menjadi teman semeja poolnya. Ada jugak beberapa kawan lelaki, tapi semuanya bergosip mengalahkan perempuan. Jadi terpaksa la menganggap mereka macam perempuan jugak. Seronok sungguh waktu itu. Lepas sorang, sorang, masuk bermain, maklumlah, "king stay" kan. Masing-masing hebat, masing-masing ada skill terpendam yang tersendiri. Bila lagi lah agaknya boleh diulang kembali saat-saat manis begitu. Ye lah, semua dah berumahtangga, dah ada kehidupan sendiri.


(bzzzttttt bzzztttttt)
.........kembali sedar.........


Hamid masih menunggu jawapan dari Rodiah. Rodiah masih terpaku. "Entah...kita gi la South City Plaza."

"Haaaaaaa..." dengan nada perlahan, Hamid mengeluh.

Rodiah tahu, kalau begitu bunyinya, tak jadi lah tu! Pfftt!

6 comments:

3plepl8 said...

apa barang snooker kt south city plaza.....

Cawan said...

snooker kat Pertama komplek laaa.. baru betul2 sejarah lamaa kembali.

Biqque said...

hahahaha so? camne? ada bran?

Unknown said...

errrr errr snooker?? emm galah panjang tau la..heheheeh..ada berani??? ha? ha? ha?

Biqque said...

i suka tuh galah panjang!!!

Ely Hasrul said...

uiiii cik ro, jgn lupe gandingan mantap cik ro yeee.. bersama2 dulu.. haihhh sila la ajak jika mahu mengenang kembali zaman silam.. tag team lama.. bila? bila??

Subscribe To This Blog