Nuffnang Latest!

Tuesday, September 21, 2010

Keputusan Photo Challenge Balik Raya 2010


Setelah dua hari bertungkus lumus mengira markah dan mencari juri, maka dengan ini, saya REVEALkan cara-cara pengiraan dan keputusan untuk Photo Challenge Balik Raya bagi tahun 2010!

Pemarkahan diberikan mengikut nombor, 1, 2, 3, 4 (1 terbaik). Terbaik akan mendapat 10 markah, diikuti dengan 6 markah, 4 markah, dan last skali 2 markah. If seri, kena tengok la seri tu kat tangga keberapa.

Ready???

First Round : Juri adalah Sekupang Team Administrators (2 orang).
- Kedua-dua Admin telah lama berpengalaman dalam contest seperti ini. Suami isteri yang sangat adil dan saksama dan sungguh berkira sampai bertelagah hebat dari segi apa saja yg melibatkan nombor. Criteria dan syarat para peserta, kesemuanya telah diambil kira, tak kira la diri sendri atau pun orang lain. Yang penting, gambar tu kena pada apa yg diminta. No question asked! (So sape dapat 10 kat setiap individual challenge tu, dia lah yang dapat gambar terbaik utk challenge tu tau! Bleh la berbangga kat semua ye!)
Pemenang telah dipilih pada peringkat awal, iaitu Chawana dgn 70 markah, mendahului kesemua para peserta, diikuti dengan Lin dgn 54 markah, dan Biq serta Laney, kedua-duanya seri di tempat ketiga dgn 52 markah. Tahniah Na! See, I adil :D

Namunnnnnn...

Untuk bersikap adil dengan kesemua para perserta, Na dgn Lin telah dikenakan penalti sebanyak 20 markah kerana tidak mengikut syarat2 utama iaitu ketiadaan date stamp pada gambar Na (hanya satu gambar je ada date stamp) dan Lin, yang post lebih daripada jam 12.00pm (katanya server slow...next time draft siap2 ye sayang :D)


Memandangkan Na selaku pemenang utama telah dikenakan penalti dan markahnye tinggal 50, pemenang akan jatuh kepada orang yg kedua. Disebabkan orang kedua si Lin tu punnnn kena penalti tinggal 34 je, maka jatuh kepada orang ketiga. Disebabkan orang ketiga tu seri, Biq and Laney, dengan markah 52, maka kedua2 contestant ni telah diadili pada tahap seterusnya.

Juri2 seterusnya bersikap sama rata dan telah sendiri melihat blog kedua2 mangsa dan pilih mengikut reason2 yg tertentu. Jangan risau, memang tak makan sogok. Lagipun juri2 ni tatau kaedah pengiraaan, diorang cuma pilih je mana satu diorang rasa tepat dan suka dan komputer yang telah melakukan pengiraan tersebut.


Second Round : Juri adalah Sekupang Team Internal Auditor (1 orang).
- Juri ni salah seorang dari Sekupang Team jugak tapi dia bersikap tak amik endah dengan cara pemikiran orang lain dan masih belum berpunya. Dia bekerja dibidang IT dan memiliki kereta buatan Jepun berjenama Honda.
Nampak gaya, masih seri. Memanglah dia ni bagus orangnya...tak bleh buat pilihan langsung. Sebab tu la masih takde awek kot. Makanya, masih lagi seri. Kita ke juri seterusnya.


Quater Final : Juri adalah bekas seorang Creative Director (1 orang).
- Juri ni adalah seorang bekas Creative Director dan sangat pandai menilai akan kreativiti seseorang itu, termasuklah bahagian jiwa itam dan putih serta jahat dan baiknya seseorang itu. Seorang gadis keturunan cina, telah berpunya dan bercinta dengan seorang jejaka berketurunan Thailand.
Pada khidmat juri ini, dia telah memilih Biq dek kerana kreativiti nyer yang agak melampau sedikit dari Laney. Makanya, status skarang, Biq lebih 1 juri.


Semi Final : Juri adalah seorang Marketing Director (1 orang).
- Juri ini sungguh berpengalaman dalam bab2 pelancongan ke luar negara. Since dia tarik diri dan menyerah kalah sebelum menentang, dia dipilih menjadi juri sebab dia siap sponsor hadiah lagi. Dia sangat menitikberatkan soal "effort" dan tenaga untuk melangsaikan setiap challenge yang diberikan. Dia sangat pandai cakap cina+indo+melayu+english. Silap2, french pun dia tau.
Bagi dia, Laney lebih meletakkan banyak effort untuk menyiapkan kesemua task challenge yg diberikan. Makanya, Laney 1 juri, Biq juga 1 juri. Seri lagi!


Dah bahana seri balik. So apa kena buat?


Final : Juri adalah seorang badan berkecuali (1 orang).
- Juri seorang budak genius, cerdik, cendiakawan, baik budi pekerti seperti kain putih yg baru nak dicorakkan. Bekerja sebagai lecturer di universiti awam dan masih dalam planning nak buat PhD. Sangat sangat sangat sangat sangat badan berkecuali, sape pun tak de dalam buku best fren dia. Puas hati?

Dannnnnnnnnnnnnnnnnn...


dia telah memilih Laney sebagai pemenang utama
untuk Photo Challenge Balik Raya Tahun 2010!
Yeayyyyyyyyyyyyyy!
Kebabom pom pom puish tiunnnngggg
weeeeeewww panggggggggg pop pop pop
pelepommmmmmmm!

(Next entry baru dapat tau hadiah ape ye :D Don't worry, setiap peserta akan dapat badge utk letak kat blog memasing, okies!)

TERIMA KASIH yang tak terhingga pada semua peserta blogger yang SANGAT SPORTING, ahli keluarga/bf/gf/sahabat handai yang menolong, serta juri yang HEBAT2!!!

Tahun depan, kita buat lagi ok???

Million thanks to sponsors:
***Hadiah utama di sponsored oleh Sekupang Team.
***Hadiah saguhati di sponsored oleh Globetrotter.
***Hadiah special entry (spoof) di sponsored oleh Take Me Home.
***Hadiah penyertaan di sponsored oleh BiqCloZet.

-Originated and sponsored by Sekupang Team-

15 comments:

Unknown said...

fewittttt (sambil kibar bendera) bagus pengiraan cam ni..barulah adil dah saksama..huhuhu..kepada yang tak menang..byk kan bersabar..tahun depan ada lagi..kepada yg menang..kongsi2 hadiah sikit ye...

malique said...

Yeeeehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Buat susah2 je menangkan kitorg, heheheh, anyway thanks to juri and penganjur, jgn lupa anjurkan lagi next year..hehehehhe

Ely Hasrul said...

laaaa sapa badan berkecuali tu???? aku xpuas hatiii!!! aku pon adil dan saksama!!! cmne ko bleh kalah nih??? sori laney, tiada kena mngena pon dgn ko cuma kalu dh kroni tu mmg taksub la.. nih kalu ade flag nih aku dh bakar dah!! hahahaha budushh congrats laney!! xmo pilih besh challenge each photo ker??

babyarisha said...

ada hadiah saguhati kn? mana2? grrrr....

Biqque said...

skin, best photo for each challenge bleh tengok kat first round tu...sape dpt 10, dia yg terbaekkk! (juri rahsia la skin...)

na, dah abis adil dah ni...sampai guna calculation ngan juri bagai, tak puas hati aku lempang je hahaha...

maliki, jgn suka2 sgt, tahun dpn siap korang! tu menang tipis je tu dgn aku...kalo tak, na tapau sume k!

lin, gambar terbaek aku rasa 4x4 ko la...aku cuba dapatkan hadiah saguhati tu tuk ko :)

sekupang team said...

tahniah kpd pemenang. pengalah2 pulak jgnla putus asa, cuba lg di lain masa. cabaran ni hanya utk suka suki di kala menyambut hari raya.
million thanks juga kpd para sponsors yg sudi menaja peraduan ini serta juri2 awam yg berusaha memberikan pengadilan terbaik.

Liz said...

Yay! Congrats to pemenang!

Dapat badge pun ok laa...terasa baik sket demam ni.. Hahahaha....

Bila next challenge ni biq?

Biqque said...

ha camni la, tak sabar2 nak challenge seterusnya kan? hahahaha! ini acara tahunan, maka kena tunggu tahun dpn la...butttttttt...maybe akan ada photo challenge sempena event2 tertentu, mana tau :D kan? biar exclusive skit!

Unknown said...

kami penganjur saja kasi chance je tahun ni utk org lain menang..nanti tak de org masuk plak challenge nih..hahahah (gelak jahat busuk)

Biq, ok gak nk buat photo challenge sempena event2 tertentu, cam 1Malaysia ke, Merdeka ke, Deepavali ke..apa2 event yg besar la..

Biqque said...

haaaaaaaa tu la pasal, kang kita menang kang, nangis plak...so utk berlaku adil, kan ke dah guna juri2 tu...huhuhuhu...

na, menarik la if u pun stuju! :D

Anonymous said...

hadiah muni jangan dilupekan :p

anisizatyA.J said...

hahaha good for her. tapi alaaaa i was rooting for you!! lol

Biqque said...

muni, ko kan dapat special entry (spoof) tu...so mmg ada hadiah untukmu dari sponsor Take Me Home :)

anis, tu laaaaaaaaa...ingat bleh menang cam last year...cis!

Lily Riani said...

eh! kena ada for certain occasion lar.... nnt i siap panggil bomoh ujan ok! apakay ngan polis, suruh dbkl buat sg kat mrr2. ish! i akan berkonspirasi ngan semua pihak, solat hajat apa yg perlu lagi.... cis! hehehhe.... cam real jek ek! buat ler lagi... bila i travel, i beli lebih2 so jadi kan giftaway.

Biqque said...

kecik tapak tangan, satu clozet i tadahkan! mekasih cik lilyyyyyy hehehe!

next time make sure u masuk ok?! tak kira la amik gambar ngan polis ke bomba ke mamak kedai ke, u kena gak join! juri takpe, i cari lain hahaha!

Subscribe To This Blog