Nuffnang Latest!

Tuesday, September 14, 2010

Drama Raya : Episod 1 – Karim nak tumpang?

“HUH? KARIM NAK BALIK DENGAN KITA?”

“Haah…dengan Sapora ngan Didit sekali…”

Rodiah terkedu.

Memikirkan macamana nak berlakon depan ummi dan walid.


“Ummi ngan walid tau? Diorang tak kasitau kita lagi, sedangkan kita ni dah lama dah tau, camne kita nak balik skali ni?”

Rodiah masih terkedu. Tapi Hamid tetap mengatakan yang itu bukan urusan mereka. Yang penting, Hamid dan Rodiah memang kena berlakon seperti biasa. Apa-apa pun Rodiah tetap bersungguh-sungguh tak mau disalahkan nanti sebab bersekongkol dengan Karim dan Sapora. Tak pasal-pasal title menantu kesayangannya terlepas begitu saja. Perasan tak sudah si Rodiah ni.

“Kakak sihat?”

Karim akhirnya tiba di airport bersama Sapora dan Didit. MasyaAllah, comel sungguh si Didit tu. Dah 2 tahun 4 bulan! Dengan bertocang dua, Didit kelihatan sungguh manis bergaya. Dihulurnya terus ke Rodiah, untuk dipangku di kerusi depan bersama "tante"nya.

“Sihat…ala comelnye Diditttttt!”

Rodiah girang. Didit kelihatan sungguh selesa berada dipangkuannya. Didit hanya diam sepi tapi manis tersenyum. Hamid sesekali cuba untuk mengusik, tapi Didit malu dan berpaling ke tepi. Baik sungguh budak ni. Senyap, tak buas, macam Karim dan Hamid jugak waktu kecil-kecil dulu. Keturunan agaknya.

Dirumah Hamid dan Rodiah, Sapora tak lekang bertanya tentang ummi dan walid, keluarga mertuanya yang bakal disatukan dengan mereka di raya ini. Banyak pengajaran dan tips yang Rodiah berikan. Banyak jugak kisah-kisah yang disimpan, diluahkan. Yang nyata, ummi dan walid harus jugak menerima menantu baru yang berasal dari seberang ini. Foreigner tuh!

Didit pula tak abis-abis tersenyum simpul. Memang pengubat dan penawar hati yang gundah. Rodiah pada mulanya gentar akan Didit menyepahkan rumahnya. Tapi ternyata meleset, Didit sungguh baik dan mendengar kata. Tidak terusik barang dirumah Rodiah. Alhamdulillah. Biarlah begitu sehingga dewasa.

Tatkala malam menjelma, Hamid dan Rodiah kembali bersuara di katil bersama. Banyak benda yang diragui, banyak benda yang kurang pasti, banyak benda yang diteka sana-sini. Pasti “meriah” raya kali ini.

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-

3 comments:

Ely Hasrul said...

pastu????

aku sokong didit!! hahahhaa

Biqque said...

didit best kan? saksikan episod 2 selepas ini :)

(sonok plak buat drama ni)

Ren said...

jap kompius lagi..sape didit? sape rodiah? sape Karim? Sape Sapora??????

Subscribe To This Blog