Pagi raya dah tiba. Sebelum subuh, Rodiah dah mula bertukang di dapur dengan ummi. Ummi kata, Sapora suruh kejutkan dia, tapi ummi malas nak kacau. Tak bersedia nak bersembang lagi barangkali. Ye la, tak brapa nak dapat tangkap apa yang Sapora cuba cakapkan. Mesti diulang tanya sekali dua.
Seperti biasa, yang lelaki semua ke masjid. Yang perempuan, masih didapur berkaftan. Setelah selesai, barulah mandi dan bersantap di meja. Kali ni, meja kerusi 6 ditadah juga. Extra satu kerusi dari set kerusi menteri dipinjam. Nah, Sapora duduk dibucu meja. Kasihan. Tapi hatinya mulia, bagai tiada apa yang dirasa. Di ruang makan, sedikit ruang dibuka, untuk terima Sapora. Alhamdulillah.
Suasana masih macam hari-hari biasa. Kedengaran hanya suara Rodiah yang becok bersembang dengan ummi. Disambut sesekali oleh Hamid dan Karim, serta Jaafar. Didit sesekali menjadi tajuk utama dek kerana kecomelan dan ketidakpetahannya berkata-kata.
“Kalau di sini, raya memang macam ni…lepas makan, tido…” kata ummi.
Sapora tersenyum malu. Masih Rodiah ingat, Sapora bercerita. Betapa meriahnya beraya diseberang. Berkunjung sanak saudara ke sana ke mari, tanpa mengira waktu dan batas usia. Sama seperti keluarga Rodiah nun pantai timur. Tapi apakan daya, sudah begitu caranya beraya di rumah mertua. Rodiah dah biasa.
“Ummi, jom amik gambar raya…”
Selang setahun, Rodiah dan Hamid beraya di rumah ummi, pasti gambar keluarga diambil bersama. Kali ini, lebihan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Ditambah meriah dengan Rodiah dan Didit berlari anak di halaman rumah. Hamid pula tak lepas mencuri gambar kedua-dua gadis comel itu. Ye, Rodiah memang comel bergaya berbusana Japanese cotton yang dicari dan dibeli bagai nak mati di petang ramadhan.
Petang berlalu. Semua ahli keluarga tido seperti yang dijangka. Rodiah dan Hamid macam biasa, mesti buat plan malam satu raya. Idea utama dari Karim, bersungguh-sungguh nak main bowling. Yang lain turutkan saja. Bagus jugak.
Seperti dijangka, semua main bowling malam itu. Sapora yang pertama kali menguli bola seberat 9kg, sesekali menjadi ahli longkang. Tapi Rodiah dan Hamid yang dah terer main tu pun, bermula dengan longkang juga. Tah kenapa, Jaafar menang di kampung sendiri. Tapi Rodiah yang belanja semua. Saja buat amal jariah sempena pertemuan 16 mata.
Karim bawak Sapora dan Didit pulang dulu dek kerana Jaafar kata Didit dah mengantuk. Walhal Jaafar nak berasap dengan Hamid kat kedai mamak dihujung simpang. Nak jugak tengok orang clubbing ke, bapuk ke, kan? Tapi kecewa. Kota Ijok kosong dan sunyi. Apa lagi? Belasah je la teh ais dan telur separuh masak dua biji.
-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-

No comments:
Post a Comment