Dalam bertahun-tahun pakai kereta Honda ni, TAK pernah-pernah nak buat hal. Selama dok isi air dalam radiator, TAK pernah-pernah nak overheat. Boleh pulak, lepas ganti radiator baru, overheat???!!!
Nasib baik la hubby tergerak hati nak bawak kereta tu pegi keje a day before balik kampung. Sampai kat office dia, air keluar macam air paip. Lepas amik I balik dari keje, kitorang tersadai 2-3 kali kat tepi jalan, sebab kena isi air. Dah la hujan, air-cond tak bleh pasang sebab takut lagi overheat, berhenti plak kat emergency lane...sebijik macam keta tersadai tepi jalan yang kita dok tengok selama ni. Mana nak sangka, kitorang plak yang berada dalam situasi macam tu!
Memandangkan keta kat MEX highway tu laju-laju, hujan renyai-renyai plak tu, I terus call Helpline, mintak tolong. Nasib baik la si Elly dengan Adib dapatkan nombor tepon tu! Dah la MEX takde tiket, ha mana nak menggagau cari nombor kan? Called MEX, diorang takde tow truck, apa yang diorang bleh buat, hanya bawak kon dan tunggu belakang kereta kitorang. Takpe la, lagi selamat sebab dari jauh orang dah perasan.
I called tow truck, main belasah je called number yang ada dalam hp. Ingatkan tow truck sebelah rumah! Rupanya tow truck lain! Hahaha! Patut la cina tu heran camne I leh kenal dia. Tah mana-mana dia tinggal, I bleh kata dia duk satu row ngan umah I. Sekali tow truck datang, bawak yang jenis tow truck hebat skit...latest nyer...sebab bleh angkat naik ke atas truck, instead of gantung depan je. Ni mau mahal ni! Dia kata slalu dia charge RM200..."sport car" katanya. I kata la keta kitorang bukan sport car! Hahaha!
Dalam tow truck, kitorang tersengih-sengih sebab tak pernah merasa naik tow truck. Cina tu pun hairan, semua benda kitorang nak amik gambar.
Dari dalam keta, sampai la dia angkat keta tu naik, sambung lagi dalam tow truck, sampai la turun. Dengan dia-dia skali masuk dalam gambar, sengih! Hahaha!
Tetiba dia tanya I tau bahasa cina tak? I cakap, tau skit-skit...Cantonese la. Dia tanya "lei kong mei ar?". I jawab "u cakap apa?". Dia gelak. Hahaha!
Patu dia keluarkan GPS yang dia beli dari kawan dia. Underwater set dari China. Best gile sebab cantik dan sangat detail. Siap bleh detect camera kat traffic light lagi. Then dia tanya I, tau tak apa perempuan tu cakap. I dengar..."oooo dia cakap Mandarin, I tatau..." sambil sengih. Hehehe!
Sampai rumah, dia charge RM130 je. Masa nak hulur duit, hubby tanya tak leh kurang lagi ke, nak balik raya ni...dia kata takpe la, RM120 je. Alhamdulillah...naik tow truck mahal, dapat RM120 je. Menangis la cina tepi umah yang ada tow truck tu tengok tow truck hebat cina ni. Kahkahkah!
Baik cina ni, dia siap pesan jalan elok-elok nak balik raya nanti. Sape nak contact cina tow truck ni, mintak kat I. Dia ni jaga area Kinrara, Puchong, Pandan, Kajang camtu la rasanya...
Then kitorang pegi balik workshop tempat hubby tukar radiator baru tu. Check punya check, rupanya hose tu dah bengkak sebab dok panas sejuk panas sejuk, so dah merekah la. Nunnnn di bawah enjin nun, sape nak nampak. Walaupun diorang dah potong hose tu, dah ok, penyudahnyer, bawak balik keta Myvi je ke kampung. Takut plak kang jadi lagi. So, terpaksa la reduce barang yang mana patut sebab nak baliknyer, 4 dewasa, 1 budak. Beg besar ada dua. Tak masuk paper bags lain lagi. Makanya, boom box (speaker box) kat belakang terpaksa la bukak.
Akhirnya, selamat jugak kitorang balik kampung Khamis aritu, dan balik ke KL balik Ahad malam tadi.
7 comments:
hahah lawak betul la baca citer u nih..time2 raya la nk jadi macam2..keta i pun penah jadi cam tu 3 tahun lepas, sikit2 overheat tau, kene tonggang air jek..tension betul.
Lawak la cina tow truck tu kah kah kah..siap bergambar lagi tuh..
kalo ada photo challenge dgn cina tow truck, confirm i menang ok! hahaha!
best seh tgk naik tow truck tu..nk jugak!!!
kelakos.... sian lak... but tak pe... janji sampai.
selamat ari raya, maaf zahir batin. kot tersilap kata, tulis, baca, ketawa, ngumpat, ngata, blog, hyperlink, etc. ehhehehe....
jauhara, nak merasa? ha buat2 la keta rosak...tak rosak pun takpe, dia angkut gak, janji bayar :D
lily, sama la kita, selamat hari raya maaf zahir batin la ye...(hyperlink sume kuar hahaha!)
wow hebat la tow truck tu aku suka kahkahakahkahakahkah
kannnnnn?
Post a Comment