Nuffnang Latest

Tuesday, September 14, 2010

Drama Raya : Episod 2 – Sapora resah bertemu mertua?

Hari untuk balik ke kampung pun tiba. 5 jam perjalanan ke Ijok umpama 5 tahun dek gara-gara Rodiah dan Sapora tak tau macamana nak berdepan dengan ummi dan walid. Karim dan Hamid masih nampak selamba, al-maklumlah, lelaki.

“Udah sampai ya kak? Saya takut la…nanti tak diterima...” Sapora bersuara.


Dengan perlahan, pintu gate automatic yang baru disapu cat hitam itu pun terbuka.


“Ish takde la...ok…nak buat macamana, nak tak nak, kena jugak la jumpa…”

Hamid pun parking. Karim pulak tolong mengeluarkan segala barang dari kereta. Rodiah terus mengadap walid yang kelihatan tengah dok sebok sapu daun. Cantik sungguh halaman rumah. Walid tersengih lebar dari jauh. Sejenak Rodiah bersembang dengan walid, Sapora datang bersemuka dengan walid, sambil digendongnya Didit yang sedang lena diulit mimpi, tanpa pedulikan apa yang bakal terjadi pada ibu dan ayahnya.

Rodiah menjadi saksi pertemuan ini. Tetapi dengan tak semena-mena, Rodiah masuk terus menuju ke toilet sebab tak tahan nak berak. Sapora yang tengah mengendong Didit lalu masuk ke rumah dan terus duduk di sofa…menunggu nasib hidupnya tak ketahuan.

Rodiah yang gembira melepaskan hajat, terus mandi mewangikan diri. Lantas turun ke bawah dan bertegur sapa dengan ummi dan adik bujang Hamid dan Karim, Jaafar. Jaafar seperti biasa, suka bergelak tawa dengan Rodiah dan ummi.

Tapi mana Sapora?

Rodiah masih sabar menunggu masa untuk bertanya pada Hamid. Tak sabar nak gossip sangat, lantas Rodiah pun bertanya dengan nada perlahan tapi tak menimbulkan syak wasangka.

“Mana Sapora? Camne tadi? Ummi ok?”

“Kat atas, bawak Didit tido. Ummi? Ok je...tak cakap pe…salam je…patu senyum, suruh Sapora naik atas bawak Didit.”

Dada Rodiah masih dup-dap dup-dap. Nak tau jugak cerita seterusnya. Semua ahli keluarga masih berkelakuan seperti biasa, macam takde apa yang berlaku. Hingga Jaafar bermain kata, berbahasa seberang untuk memeriahkan suasana.

Rodiah ke dapur, bertemu ummi seperti biasa. Rendang dan gulai, menu utama berbuka hari ini. Sambil-sambil menyediakan juadah, sesekali Rodiah mula bertanya kisah.

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-

2 holler:

Lily Riani said...

oit! suspense lar... tgh pikir, nak komen every entry ke last one... ish!

Biqque said...

hahahahaha teruja kan?

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog