Nuffnang Latest!

Tuesday, September 14, 2010

Drama Raya : Episod 5 – Sapora kena terjah?

Raya kedua, Rodiah dan Hamid kembali ke pantai timur. Tak perlu lah bercerita apa yang dibuat disana. Makan, tido, amik gambar, bersuka ria, bergelak tawa.

Sekembali ke rumah ummi keesokannya, Rodiah dan Hamid menjemput Karim, Sapora dan Didit. Entah kenapa, Karim nak balik cepat sangat. Tak terbiasa lagi agaknya. Pasti suram tanpa Rodiah yang becok berkata-kata di rumah ummi.

Walid masih tak putus-putus bermain dengan Didit. Sapora di dapur, menolong ummi membuat laksa. Tapi kelakar, tulang ikan yang patut dikisar hancur, dibuang semuanya. Terpaku walid melihat kejadian itu dan mentertawakan ummi kerana salah bagi panduan. Penyudahnya, laksa tak cukup power. Ada yang cukup pada rasanya.

Petang itu, ummi dan Hamid di dapur. Rodiah berpura-pura mengambil air, teringin nak mendengar apa yang dicerita. Tapi Rodiah paham, dan tak masuk campur. Rupanya, ummi giat bercerita pada Hamid, tentang kisah adiknya Karim dengan Sapora. Ternampak riak wajah ummi yang masih gundah serta gulana, tapi disoroknya. Namun, kenduri doa selamat, masih tetap dalam perangkaan, untuk pemberitahuan kepada kaum kerabat.

Sapora pula sibuk menyiapkan Didit dan barang-barang. Di tingkat bawah, Rodiah dah bersedia dengan segala bekalan kek lapis untuk dibawa pulang. Ummi nak bagi laksa, tak diambil pula. Maklumlah, diet agaknya.

Tiba masa untuk pulang. Setelah semua berada di halaman rumah, walid tiba-tiba bersuara...“Bila mau kemari lagi?”

Semua tertawa terbahak-bahak dek slang seberang yang cuba ditirunya. Rodiah menegur, membetulkan bahasa.

“Kapan mau kesini la walid…”

Sekali lagi semua tertawa terbahak-bahak. Nampak gaya, atuk dan nenek dah mula menerima cucu, ummi dan walid dah mula menerima menantu. Alhamdulillah. Semua itu kerja Allah.

Di dalam perjalanan, Rodiah bertanya pada Sapora dan Karim, apa pendapat dan pandangan mereka dengan pertemuan itu. Mereka berpuas hati. Tetapi Rodiah mengingatkan mereka, agar sentiasa ingat dihati. Masih perlu berbuat sesuatu untuk menarik hati si orang tua.

“Kakak…saya disoal ummi macam-macam…”

Rodiah tersentak! Sapora mulakan bicara tentang ummi menyoal-siasatnya. Ditanya Sapora soalan-soalan cepu emas lagi luar biasa. Antaranya bagaimana Sapora kenal Karim, kenapa mereka membelakangkan ummi, bagaimana dengan keluarga disana, dan bermacam-macam lagi. Sapora hampir terkedu dan sesekali menjawab yang dia dan Karim memang bersalah membelakangkan ummi. Tapi yang pasti, semuanya halal dan toiyiba. Alhamdulillah. Tak perlu dipersoalkan lagi. Segalanya diantara mereka dan tuhan.

Apa-apa pun pihak seberang kini boleh bernafas lega. Dahulunya tak diterima dek kerana berlainan taraf dan keturunan, kini diterima dan bercantum rasa tunggu nak kukuh saja. Hai…mana tau, nak memperkukuhkan kedudukan, Didit dapat adik lagi? Jangan ayahnya cari lagi yang baru, sudahlah…hahahaha! Karim, Karimmm…

-Drama raya ini adalah drama hiasan. Tiada kaitan dengan yang dah mati.-

7 comments:

debyG! said...

hahahahaha.. aku suka drama ni! babe.. kita kena filemkan citer ni! xpun ko bukukan cerita ni.

nanti aku anta kt publisher. kasik habis citer kaw2 nye!

ko patut apply keja kt pancaindera (utusan)la! hahahhahaahaa

Biqque said...

hahahahaha tu la aku nak jadi wartawan tak dapat...mintak host pun tak sure bleh ke tak...kahkahkahkah!

dibitz said...

berdebar2 baca sampai habis... hahhahaa... kalau ada sambungan sila bgtau.. nk kena subscribe lg.. :P

Biqque said...

sambungan kena tunggu tahun dpn pulak la kot...drama ni publish sekali setahun je hahahaha!

Unknown said...

hahah sejibik cam cerita cerekarama, suspen gile ok..ingat ada drama air mata darah ke apa ke..skali kesudahannya baik2 belaka..ingat ada tarik2 rambut ke..hehehe..tak sabor tunggu thn depan...kui kui kui

Ely Hasrul said...

alhamdulillahhhh hahahaha suka suka suka!! aku suggest kan ko tulis drama kawin pulak. aku ade material nk kasik hahahaha.. nmpak gaya penulisan hampir2 spt uncle c. suka suka suka!! teruskannn

Biqque said...

na, tarik2 rambut maybe takde...i cuma harap sujud di kaki bonda je...tapi takde :D

skin, penulisan aku lebih selamba macam aku hidup dalam blues...uncle c nyer bahasa lebih mencengkam!

Subscribe To This Blog