Nuffnang Latest

Monday, October 5, 2009

"Open House - PeStA Baju Raya"

“Kita cat pagar nak? Color ape?”


Berkobar-kobar kitorang nak cat pagar. Actually dah lama dah nak cat, sebab since masuk umah tu, pagar kitorang la yang paling tak berwarna…kelabu je…siap karat2. Hehe!


Since nak buat “Open House - PeStA Baju Raya”, kitorang gagahkan jugak cat pagar tu, termasukla pintu tong sampah tu. Hari Sabtu tu, gi kedai beli cat. Color coklat. Bleh sama ngan grill.

Balik rumah, dengan berpayung bertopi, bersila, kitorang cat. Tengok-tengok color coklat tu cam cerah skit. Hahaha! Belasah je laaaa…janji bercat! Patu kemas rumah, clearkan sume baju nak basuh, beli paper plate segala bagai, baru rehat.


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Tahun ni, ajak macam ramai, tapi ramai yang tak dapat datang sebab semua orang berlumba-lumba nak buat open house. Siap habis tu paper plate kat Giant! Ais batu pun 2-3 tempat habis! Perghhh! Beria sungguh! Baju raya? Haruslah pakai kan, tuan rumah...

Nasi Tomato? Ha itu tahun lepas, sebab buat malam. Tahun ni buat petang, so tea time kita buat bihun goreng je la. Bread pudding dan roti jala memang sedia ada seperti tahun lepas, atas permintaan ramai. Jelly untuk budak-budak, wajiblah kan. Air anggur, buat pengganti Sarsaparila bersama Nata de coco. Kuih raya plak, belas ihsan (I pow sebenarnya) dari Kak Ngah. Fara si baik hati bawak chicken wings ngan cupcakes comel! Duit raya? Set! Cukup dah sume! About 1.00PM, kitorang kuar amik bihun goreng dari Kak Ayu, bread pudding and roti jala dari Kak Eran. Diorang ni memang pemasak tetap open house I (ye, saya masak dalam bonnet keta je…).

Sampai rumah kul 2.00PM. Tetiba je Stacy (kawan hubby) terjongol dah dengan keta Viva dia. Awal gile! Baju pun tak tukar lagi! Bihun pun baru nak bawak masuk! Haha! Dia kata saje dia datang awal, kot bleh tolong pape…lagipun dia tak de buat apa pun kat rumah. Tapi takde mende pun nak tolong…sebab semua benda dah bleh terus tersedia di atas meja.

Lepas siapkan sume, I naik atas mandi tukar baju raya. Chewah! Patu Aida and Nizam sampai (pakai baju biasa sebab nak gi tempat lain…cis!). Patu hubby plak naik atas tukar baju. Sembang-sembang...tetamu lain pun mula datang (masa ni dah tak ingat dah sape datang dulu sape datang kemudian…hahaha!).

Yang nyata, kawan hubby Geng Sekupang, SEMUA datang. Meor, Zam, Mona (pregnant dah dia, patut la senyap!) and husband, Hafiz (tak bawak bini sebab ada open house Polis). Mana Na ngan Cawan? (Nanti cite). Patu Zan and Jasmine, Labob and Za (Ammar sangat pandai bergambar, comel gile!).

Sistas plak (luv u all muahmuah), Deb and Nan (yang dekat tu la yang paling lambat yeee), Dib and Fyzal bersama Myra si comel bolatan yang berbaju kurung ya Allahhhhhh comel gile (Fyzal pakai baju melayu wehhhhhhhhh! Gile besttttttt!), Skin and Hasrul bersama si cerdik Sami, siap bersampin bapak anak tuh! Memang sporting! Enda and Majid bersama Adam si bakal pemain bola sepak negara yang hensem, serta Aisha (baju raya dia memang raya ikut hati dan perasaan dia la…hahaha!). Wan Rangsit tak datang sebab luka main beskal…haiii tua-tua pun jatuh lagi ke dik oiiii. Patu Fara datang siap bawak chicken wings and cupcakes comel! Ya Allahhhhh Fara ni memang goddess tau! Cepat-cepat la dapat suami yang paling hebat! Elly and Arab??? Tak dapat datang :(

Gangbang plak, cuma Opie yang berbaju Superman and Zaff si DJ Suria je yang datang. Yang lain no komen. Maybe ada hal kot. Takpe lah…hehe!

Officemate plak, Siti je. Datang ngan husband and Ariq. Tu pun lambat, dah lewat petang gile dah…(melampau la tak datang kan, blakang rumah je punnn).

Yang palingggggg special, si blogger aD and Mamoru the Flizzo datang!!! And or course la little Ariff ada jugak! Tak sangka sungguh dapat jumpa jugak face to face, eyes to eyes dengan diorang. Cuma Ariff terkejut skit jumpa cik Biqque yang rakus dan ganas mencuri dia dari mummy dia…terus nangis…hehee…sorry…tapi Auntie Biqque dah kasi bilik siap kipas kannnn…kannnn? Kihkih!

Ok…sape lagi? Oh ya, ex-classmate, Nora datang dengan mak dia (tak sempat amik gambar). Tu pun tinggal berdekatan jugak. Yang lain, tak datang. Ada yang dah gi Australia, ada yang pegi 3 open house, ada yang tak dapat datang.


Masa aD and Mamoru nak balik, terus I bukak session Lucky Draw. Lagipun dah kul 6.00PM dah…dah tamat pun PeStA Baju Raya tu. Ha, masa ni sume dah berkumpul. Ada yang tak sempat amik nombor, baru la terkinja-kinja mintak nombor. Hahaha! Orang dah sorak-sorak ni!

Cabutan pertama, jeng jeng jengggggg…si pompuan Deb the gorgeous! Dia la amik gambar, dia plak yang dapat dulu! Haha! Pom, ko memang bertuah! Memang ko cakap ko akan dapat, dan ko MEMANG dapat kan???

Cabutan kedua, Zaffffffffffff…wahhhh bertuah, bertuah! (Aku tak penah bertuah, dah la tuan rumah kan???)

Cabutan ketiga, BETUL KE NI??? Zannnnnn??? (Sebab susah nak caya kat budak gile ni, kitorang mintak nombor.) BETUL LA!!! Hahaha…redha je la dengan isi hadiah tu ye Zan…(hubby cakap Zan memang slalu dapat Lucky Draw…memang jenis bertuah…)

Cabutan keempat, Opieeeeeee! Ha amik laki bini bertuah! (Sebenarnya dah cabut satu, tapi tak goncang balang tu. Deb dah nampak, tu nombor Nanzo, laki dia. Hahaha! Sorry babe! Tahun depan aku kasi kipas industrial ok?)

Ni paling best. Cabutan untuk kanak-kanak. Yang pertama, Myra! Yang kedua, Sami! AKU TAK TIPU KORANGGGG…BUKAN SEBAB DIORANG ANAK KESAYANGAN AKU, TAPI BETUL, AKU DAH CABUT, MEMANG KUAR NOMBOR DIORANGGGGG! HEHEHE…takpe, baby lain, dapat duit raya best kan??? (yeah, I know, Myra and Sami pun dapat duit raya tu…I can’t help it lah! Kihkih!)

Dan yang terakhir, hadiah bonus! Dan penerimanya ialahhhhhhhh Jasmineeeeeee! Bini Zan! Ha ni lagi satu couple yang bertuah! Hahaha! See, laki bini memang sume bertuah…so kawin la cepat-cepat wahai teruna dan dara :D

Ada yang makan, tengok tv, lepak, sembang, nangis, main air, sume ada.

Maghrib, semua dah balik. Skin, Hasrul and Sami je lepak. Memula Sami bosan sebab takde mende nak main. I suh bukak hadiah dia. Bukan main sronok lagi dia main siap naik atas coffee table! Yang paling kelakar, ni berebut nih dengan Kiki (my cat)! Siap marah Kiki nak main sama! Haha…Kiki pun sibuk nak main…ye la, keta Ben10 tu bleh gerak sendri siap terpusing-pusing, so tak payah nak angkat dah kan.


About 9.00PM, Na ngan Chawan sampai. Siap berbaju kurung and melayu macam kat Melbourne. Haha! Si Amier ada skali. Memang best dengan cite Orange Wednesday diorang. Patu kitorang discuss pasal Phuket and Krabi skali. Tak sabar nyer weh!!!

Overall, I happy sangat sebab this time nyer open house, ada Lucky Draw. Meriah gile! Walaupun tak seberapa hadiahnyer, tapi ada la jugak kan. And untuk laki, pompuan, budak, sume ada hadiah masing-masing. Cuma bertuah dengan tak je kan. Segala makanan, lebih dari cukup, siap bleh tapau lagi untuk sesetengah orang.

Gossip, kutuk, gelak tawa, berbakul-bakul. Memang tak bleh blah. Apa-apa pun, next year, kita pastikan lebih menarik ye? InsyaAllahhhhh…For more pics, click here!

7 holler:

Ely Hasrul said...

aku sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... next year theme ape??? tgh bengkek nih kata ade best dressed??? aaahhh penipu! penat aje pakai kn sami brooch besoo

biqque said...

hahahahaha! tahun dpn ok? ok?

debyG! said...

aku pun sukaaaaaaaaaaaaaaaa... netx yr pun kompem aku dpt lucky draw tu! haa.. kalo ada best dressed, kompem skin anak beranak patut menang.. aku suka baju depa...

eh babe, tq for havin us k? muahssssss

biqque said...

u wajib debbbbb! hahaha!

of course i'm happy for having both of u...couple of the year kan!

dibitz said...

sayu membaca blog ini sbb terasa diri semakin tua.. tapi gumbira juga la kan!!! hehhehhehehe i will always attend your event! next year victorian style! (mampus nak cari mana)

biqque said...

usah sayu wahai kawanku...kita akan tetap begini, selamanya...

victorian??? pergh i baru nak buat ala2 masquerade de parade...bleh la camtu! hahaha! yg penting, corset on the go! so tea, lace, antique, bustle, vintage, ball, authentic? u pick! rambut gulung2 harus! topi besar2 wajib! kita buat malam, sejuk skit, kalo siang, mampos sume terbakar pengsan. hahaha!

aida said...

makanan memang best...tahun depan wat lagi ek..wat bbq la plak..malam amacam?

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog