TAKDE APA-APA!
Pagi Isnin, lepas breakfast, hubby tanya I nak pegi mana arini. I pun tak tau nak pegi mana tapi dalam otak pikiranku, rasa cam nak gi pantai je…hehehe.
Tapi untuk berjalan jauh skit, kena la tukar tayar Myvi tu dulu. Since keta hubby banyak nor problemnyer (drive shaft la, gearbox la), so kita naik Black Pearl@The Crow je la. Tayar depan kiri tu dah lama crack, tunggu masa je nak pecah. Malas sungguh nak gi tukar. Sebab? Tayar Silverstone FTZ 205/45/16 sangat susah dah nak cari (ye, saya tau, walaupun tayar ni bising, saya amat menyukainyer sebab bunga dia V-shape a.k.a buang air).
So hubby cakap takde kedai lain dah yang murah, kecuali kat rumah lama dia (blakang Mines). Kitorang gi kedai tu, dia kata takde stock lak…dah la murah! Cipet tul! Kedai Panjang jual RM220 (tayar Taiwan ), kedai tu jual RM180 je (tayar FTZ). Since dia kata takde stock, diorang suggest la tayar Indonesia (hubby cakap tayar Indon skang dah semakin popular).
Harga sama, bunga pun V-shape siap ada longkang tengah, ok lah, angkat satu! Dah siap pasang, tanya la tokey kedai tu, nak ke tayar sebelah lagi if trade in. Dia tak nak! Hahaha! Ye lah…sukatilah…
Maka bermulalah perjalanan kitorang ke Fraser Hill. Sembang punya sembang, terlepas exit Rawang! Haha! Terpaksa la keluar ikut Bukit Beruntung (jauh skit la nak patah balik). Menghala ke KKB (Kuala Kubu Baru), banyak la tanaman buah naga (dragonfruit). Then jumpa Ulu Yam (ooooo kat sini rupanya Ulu Yam tu ekkkk).
Lepas masuk jalan tu, tak lama skit ada Empangan Sungai Selangor. Wahhhh cantik sungguh pemandangan! Kitorang benti kejap tangkap gambar. Angin sangat kuat, best gile. Then hubby ajak gerak sebab katanya jauh lagi (masa ni tak sedar lagi betapa teruknye dan jauhnye Fraser Hill tu!).
Patu tau apa jadi??? I PENING KEPALA GILA BABI SEBAB JALAN BENGKANG BENGKOK!!! ARGH!!! Sampai nak ajak je hubby patah balik. Tapi dah jauh kan ? Dah nak sampai…ok la, teruskan jua.
Nasib baik sempat sampai kat checkpoint tu kul 5.00pm (gile kan ? Dah petang baru nak naik!). Fraser Hill ni ada waktu naik and turun sebab jalan sehala je. Odd time untuk naik, even time untuk turun. So cantik-cantik la masa kitorang sampai kat situ. Sepanjang jalan tu ada la skit-skit construction sebab baru dua minggu lepas ada tanah runtuh (eiii gerun tau tengok tanah tepi jalan tu!).
Sampai kat atas, nampak dah rumah-rumah ala British tu. Depan skit, ada signature clock tower tu. Kecik jek! Then kitorang naik atas skit, ada kiri and kanan. Kanan ada la kedai makan and souvenir. Kiri ada playground, taman bunga (tak jumpa pun) and strawberry park (tutup!). Bosan gile seh!
Dah tangkap gambar skit-skit, kitorang turun balik kat jam tu. Then jalan kaki gi Shahzan Inn untuk beli souvenir. TU JE??? Ye, tu je…kitorang nak make sure balik kul 6.00pm sebab itu waktu turun yang ditetapkan. Lagipun takde pe kat situ.
Masa turun balik, dah start pening. Hubby lak leh layan corner cam rally. Haha! Kejap je dah sampai kat checkpoint bawah. Ye la, nak balik memang slalu cepat je kan …patu beli prosperity burger, balik makan kat rumah. Letih! Sok keje lak tu!!!
4 comments:
hahahahaha... dah pegi ek. terkena cam aD jugak kan? hihihihi.. mesti bengang kan tengok kebun strabery yg tak macam kebun tu.. hihihihi
fraser hill nih bebudak gunung je yg suka pegi.. sebab kat sini starting point untuk pegi gunung twin peak & ulu semangkuk :)
aD, serius, i pegi pun sebab u pegi aritu. ya Allah, tak abih2 i cakap kat hubby i yg i tengok blog u cam best je picnic2 tu. sekali, tu je??? hahahaha!
nice place for visitor
IMHO, bukit fraser ni nak best kena tido semalam... malam dia sejuk giler... syok tido... pernah tido semalam waktu retreat company..
Post a Comment