Nuffnang Latest

Thursday, December 25, 2008

Kota Singa : Day 1 – Digital and Animal

Sampai je Tanjong Pagar, kitorang breakfast. Masa ni masih terkial-kial nak bayar pakai SGD. Padahal sama je cam RM (jangan convert la kan). Kat sini murah sial! Teh ais baru SGD1. Nasik lemak SGD1.50 tapi rokok mahallllll!

We took a cab to Holiday Inn, Atrium. (Masa ni buduh lagi tatau naik bas). Tapi tak perlu takut, sebab cab kat sini semua pakai meter! Siap ada status, Hired la Busy la, so orang tau, tak payah nak tahan-tahan macam kat Mesia. Dalam SGD8.00 gitu, sampai dah hotel. Dekat gak. Ke Singapore ni yg kecik, tatau la.

Since kitorang dah book hotel ni via Internet (senang kan?), kitorang terus je walk in. Supposed check in kul 2.00pm, tapi kitorang blasah je.

“Hi, I’ve booked a room via Internet, could u please check my booking no.?”

“Under your name?” dia tanya.

“Yup, Marina.”

Dia check kat computer…then tanya,

“Are u Singaporean?”
(Haaaaaa Skinnnnn! Aku gi mana pun mesti orang ingat aku local! Cam haram! Dulu Indon, ni Singaporean lak!)

Patu I cakap la I Malaysian :D then nasib baik bilik dah ready, leh la masuk. Tetiba hubby leh request lagi, nak tingkat atas. Tau dapat tingkat brapa? Tingkat 25, ketiga dari atas! Macam Pretty Woman plak, the higher the better.

Lepas mandi manda, kitorang start keluar. Check kat concierge, hotel ada free shuttle to Orchard Rd and Clarke Quay MRT. Dengan free map dari hotel and our Tour Cookbook-Anniversary Edition (chewah), kitorang plan ke Mustafa Center and Sim Lim Square. Naik shuttle, turun kat Clark Quay, naik MRT pegi Ferrer Park.

Dari Ferrer Park tu, jalan kaki gi Mustafa Center. Dekat je, lintas padang, sampai. MEMANG MURAH barang-barang dia. Nak kata macam Mydin KL pun ada. Hahaha! Sebab penuh ngan Indian!!! Since kitorang cari barang IT, kitorang tanya la harga camera, memory card, battery dan sebagainya. Tapi hubby kata, kat Sim Lim lagi murah.

So kitorang pun jalan-jalan la kat Little India tu and bercita-cita nak ke Sim Lim Square. Tengok map, cam dekat, so jalan kaki la. Sepanjang jalan tu memang trasa macam kat Bollywood la. Kedai makan jangan cakap, penuh! Rasa cam nak menari je dengar lagu-lagu keling tu. Hahaha!

“Mana Sim Lim ni yang???”

Korang tau tak, jauh nak mampos!!! Sakit kaki kitorang. Masa ni macam nak bergaduh pun ye. Tak larat seh!!! Nyesal gile!!!

Sampai je Sim Lim Square, masuk-masuk, haaa cam Low Yat. Best gile! Banyak gile kedai camera, handphone, computer! Murah-murah plak tu! IBM Laptop T43 display set tak sampai SGD900.00! Mana nak dapat kat Msia! Then camera yg I cari, Ricoh Caplio R7, baru RM800 lebih! Memory Card jangan cakap, hubby sapu sampai 2 ketul. Ber-Giga-giga!

Masa ni I baru ushar line je…tak beli lagi. Sebab letih sangat, kitorang pun blah dari situ.

Ke mana? Safari Nite Out!

This time kitorang naik cab. Dari Sim Lim, kitorang pegi balik ke Ferrer Park sebab nak ke Ang Mo Kio nyer MRT. Ang Mo Kio ni kira cam hub la, semua ada kat situ, MRT, bus, cab, macam KL Sentral.

Dari situ, kitorang naik bus 138. Sumpah cakap la, public transport diorang memang reliable!!! Tak kira la cab, bus, MRT, gile babi efficient!!! Tepat lak tu time dia! Before beratur, kitorang beli Kebab sebab itu je yang halal. Lain sume pork kanan pork kiri. Besar gak kebab tu. Puas la makan.

Tak sampai sejam, sampai Safari tu. Ramai gile orang bratur nak masuk. Beli tiket dulu then sementara nak tunggu masuk, ada show kat depan. Orang puak apetah, dari Borneo, main api. Tapiiiiiiiiiiii far way better than Melaka nyer show! Trasa bahang panas api tu bila diorang sembur dari mulut diorang. Siap ada sumpit belon sume. (Ada sorang tu muka sebijik cam Nubhan! Haha!). Best sampai nak jerit Malaysia boleh je! Kahkah!

Nak dekat kul 8.00pm, kitorang berlari ke show kedua. Creatures show. Masa ni orang beratur dah sampai luar Safari tu tau! Gila arh! Nak naik tram nyer pasal. Tapi since show to start kul 8.30pm, kitorang jalan kaki dulu kat Leopard trail. Menakutkan sial! Dah la gelap! Teringat kes rimau baham Malaysian tu! Sampai je jambatan gantung tu, I ajak hubby patah balik. Kang tak pasal-pasal kang babi hutan kat tepi kitorang tu terlepas! Eiii!

Sampai je kat tempat show tu, dah ramai! Cipet tul! Seb baik cepat. Dapat masuk. Dah duduk kat tangga bertingkat cam astaka tu, ada la binatang-binatang tu kuar. Memang best la sebab orang yang kerja kat Safari ni sume fluent! English diorang power. Tak Singlish la. Info pun banyak.

Ada hyena, bear, ferret (sangat comel, siap pandai asingkan barang untuk recycle) and ular. Ular tu dia buat konon cam terlepas kat tempat orang ramai tau! Sekali tu jumpa kat bawah tempat duduk, tak jauh dari kitorang! Bahbi tul! Mein-mein arrrr!

Then kuar dari show tu, cepat-cepat bratur for tram. Dah naik, ada la orang yang cakap-cakap tu. Sangat bagus! Intonasi dia cam dalam tv. Siap cerita kiri kana nada apa semua. Safari ni KENA naik tram, kalo tak, takkan dapat la tengok binatang dalam tu. Siap tapir lepak tepi jalan pun ada! Haha! Tau kapibara? Si tikus besar tu? Besar sungguh kay! Ant eater pun cantik. Badan besar, makan termite jek! Apeda...

Overall, binatang dia tak la sebanyak kat Zoo, tapi semenggah skit la dari Safari Melaka tu, sebab Singapore nyer cantik, dalam hutan hujan M’sia la konon. Siap takut-takutkan penumpang, kata tengok kiri, lagi kiri, dalam lagi, patu takde mende, keladi gajah je! Pantek!

Balik naik bas balik sampai Orchard Rd. Masa ni tak bleh blah dah, letih gile. Padahal kat Orchard Rd ni tengah cantik gile ni! Siap ada parade for celebrating Christmas! Lighting show jangan cakap, kiri kanan atas jalan semua ada. Orang ramai cam semut! But kitorang? Balik tido zzzzzz…
Ok, all Singapore pictures can be viewed in my facebook :
Day 3 (Part 2)

0 holler:

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog