Nuffnang Latest

Saturday, December 27, 2008

Kota Singa : Day 3 – Traditional VS Modern

Today kitorang breakfast dulu then naik balik bilik, sebab nanti check out terus je. Tido jap then bersiap.

Masa check out, I asked the front desk on how to get to the nearest MRT (dah last day baru nak tanya, pe kess!). Patu dia tunjuk la, rupanya Outram Park to bukan the nearest MRT to the hotel, Tiong Baru lagi dekat! Blakang hotel je!

So kitorang jalan kaki la ke MRT tu…jauh gak laaaaa! Cis! So tak rasa la rugi sangat. Haha! Tiong Baru tu ada shopping complex, bawah dia ada MRT. From there, kitorang amik MRT gi Bugis Station. Dari Bugis Station tu, kitorang jalan kaki pegi Arab Street.

Ha…ni baru betul jalan kaki and dekat! Slalu tertipu je ngan map, nampak dekat tapi jauh, yang jauh tu rupanya dekat. Arab Street ni popular dengan kain baju melayu la. Kalo Chinatown untuk kaum cina, Little India untuk kaum India, Kampung Glam ni untuk kaum Melayu la. So setiap perayaan, disambut dengan meriah kat setiap tempat-tempat ni.

Tapi kitorang tak shopping pape la kat sini. Cuma melawat Masjid Sultan, Malay Heritage Center, Kandahar Street (banyak masakan padang kat sini), and Bursorah Street (tempat souvenir, makanan melayu). Dalam Malay Heritage Center tu ada la replica rumah Minangkabau, kereta kuda, sampan and sebagainya. Yang best nyer, kedai-kedai kat sini sangatlah traditional. Macam kat Melaka, siap warna-warni lagi.

Dah abis jalan kat sini, kitorang amik MRT gi City Hall Station. Turun kat Raffles City, ikutkan map, kena amik free shuttle next to St. Andrew’s Cathedral. So kitorang tanya la orang-orang kat situ, ada yg kata bas kaler merah, ada yg kata bas kaler kuning. Tapi bas kaler kuning tu tak pegi pun ke Singapore Flyer!

Tunggu punya tunggu, last-last kitorang decide, amik free shuttle ke Suntec City. The good thing bout Singapore, banyak gile free shuttle. M’sia ada? Ya ado…so dari Suntec City tu, kitorang jalan gi Marina Square. Kononnnnnn nak amik gambar Singapore Flyer dari atas Marina Square tu, tapi terlindung dek bangunan-bangunan plak.

Potong tul la…so terpaksa tukar plan tengok Fountain of Wealth dulu. Rupanya sebelah Suntec tu jeeekkkk! Cis. Malang skali lagi, fountain tu tak start lagi. Patutnyer kul 7.00pm, tapi kitorang malas nak tunggu, kitorang amik bas gi Esplanade je.

On the way ke Esplanade, nampak la tugu peringatan tentera yang mati masa zaman Jepun dulu. Dengan tak disangka, dari situ dah nampak Singapore Flyer. Cantek arh! Kitorang lepak kat astaka Esplanade tu, amik gambar Singapore Flyer. Kat situ beribu belon-belon putih with wishes atas air. Best gile! Yang gantung-gantung kat tiang pun ada. Semua wish untuk Christmas and New Year.

Nak lagi best? 3 dalam 1! Not only Esplanade, Singapore Flyer, Merlion Park pun nampak dari situ! Orang punya la ramai kat seberang sana. Dekat jeeeeeeee rupanyaaaaaa! Ek elehhhh, dalam map cam jauh je. Then nampak la Raffles Hotel, hotel paling mahal kat Singapore. Semata-mata sebab terletak depan Merlion yang kuar air yang paling popular dalam tv tuh!

So kitorang lepak je konon nak tengok sunset, tapi takde pun. Tapi ramai gile photographers lepak situ sebab nak amik gambar petang and malam. Memang cantik. Then kat Esplanade tu pun cam ada fiesta ape tah, ada la band nyanyi. Lagu memang best, tapi suara penyanyi tu tak brapa sangat la. Band budak-budak rock n roll.

Masa lepak ni, dah mula ada lampu-lampu spotlight menghala kat belon-belon putih dalam air tu. Singapore Flyer pun dah pasang lampu, same goes to Merlion and all the buildings behind it. Cantik sangat.

Around 8.00pm, we made our move to the train terminal, Tanjong Pagar. Instead of naik MRT, hubby suggested to take bus. Bus direct ke Tanjong Pagar. Tengok-tengok dekat jeeeeeee! Bas tu stop betul-betullllllll kat tepi railway station. Ya Allah, senang gile. So next time, datang Singapore, guna je la bas and MRT, memang reliable!

Lepas naik train, tunggu lagi. Lambat jugak la geraknye. This time, a family of Chinese plak kat katil bawah kitorang. Punya la dok bersembang, sampai la train jalan, baru senyap. Haha! Then ada la awek mana plak, bercintan kat henpon, seb baik ada orang tegur shhhhhhhhh! Kahkahkah! Bodoh!
Ok, all Singapore pictures can be viewed in my facebook :
Day 3 (Part 2)

0 holler:

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog