Nuffnang Latest!

Saturday, November 22, 2008

Sabtu Ku Yang Penuh

As usual, I la yang siap paling lambat. Semua orang dah tunggu kat hall bawah, I baru nak mandi manda. Hehe. Lepas semua dah breakfast, maka bergerak la kitorang ke kampung halaman.

Sampai kat Ipoh, we went separate way…hubby and I singgah umah Mama sebab nak salin baju, balut hadiah, then convoy ngan diorang ke Seberang Jaya. Kak Ngah terus ke Taiping. Punya la laju Abah bawak keta! Hubby pun pe lagi, tekan gak ar…rupanya dia dah ‘bakar’ Abah siap-siap, suh bawak laju sebab nanti kot-kot tertinggal…ceh!

Sampai rumah Kak Ngah, hubby park keta. Rupanya Kak Ngah baru sampai! Diorang benti kat Tapah for lunch. (Uih masa ni I lapar nak mampos!) Then Abah drive, hubby ngan I duk blakang je la. Yeaha! (Slalu hubby kena drive, saje je dia terus duk belakang…hahaha). Dengan lajunya, kitorang sampai kat umah Mak Ndak tu dalam sejam lebih gak la.

Sampai-sampai, I tak brapa nak kenal la, sebab hubby’s side kan. Ada la muka-muka familiar tapi 80% memang tak kenal la. Masa ni perut dah berkeroncong. Abah terus sembang ngan adik bradik dia. I ajak hubby and Mama, terus menuju ke meja buffet tu. Haha! Banyak gile nasik I amik! Abis lak tu! Sambil-sambil makan, gossip jugak la ngan Mama. Asal nampak orang je, mesti tanya tu sape and cite pun bermula…hahaha!

Mama yang ku kenal, memang tak suka panas and ramai orang. So dia ajak I masuk rumah kenduri tu la. (Padahal bawah khemah tu ada kipas, sedeeeeep je kena angin). Seb baik takde pelamin dalam rumah, and then ada kipas. Ada la budak-budak kecik tengah main depan tv. Ya Allah, ‘big family’ hubby ni semua putih-putih melepak! Budak-budak comel-comel! Patu jumpa Mak Ngah, diorang lepak hotel kat-kat situ gak la. Cite bagai nak rak la, bini ambassador la katakan.

Patu sorang demi sorang kaum Hawa ni masuk lepak dalam rumah. Maka bermula la sesi soalan cepu emasssssssss,

“Ni menantu…”

“Oooo yang kawin tahun lepas tu kan? Ha takde pape lagi ke?”

Aku hanya mampu tersengih macam kerang busuk…

“Plan ke?”

Aku terus berpaling ke Mama and sengih lagi…

Tetiba Mama tolong jawabkan,

“Biar la…bagi depa jalan puas-puas dulu…”

YES!!! PUAS HATI AKU!!!

Patu, for the first time, Mama and I, started to talk about having kids, pregnancy, period pain and semua hal yang berkaitan ngan wanita la senang cite! Rupanya that was not the first time, people asking Mama bout when hubby and I will have kids, as all his cousins yang baru kawin or sama kawin ngan dia dah ada anak. Mama cakap masa nak dapat hubby pun after 2 years, sebab 1 year tu memang plan tak nak anak. Abah ngan Mama tinggal jauh-jauh, cam tak best la nak ada baby lagi kan. Patu bila ada hubby pun, arwah Mak Tok yang jaga.

So I tak rasa sangat la pressure tu. But Mama ada la cakap dapat sorang dulu pun ok. Then I told Mama, hubby tu bukan boleh sangat ngan budak kecik, if budak baik, dia suka la, if budak nakal, dia dah rimas. Rupanya, Abah pun camtu! Memang sebijik la…mau nyer anak kitorang tak sebaik hubby, mampos sepah umah Mama…pecah sana sini…eiiii takutttt! I told hubby what Mama has said to the lady yang tanya pasal kitorang takde anak lagi tu, hubby cakap,

"Ha, kan I dah cakap, family I tak kisah pun...". Ok la gitu...jangan esok bising dah. Kira pikir-pikir balik, Mama nak kitorang stabil dulu...rumah tu tunggu lama skit pun takpe, sewa je dulu. Dah betul-betul tetap nak tinggal mana, baru beli. Keta nak tukar nanti-nanti pun boleh. If tukar skang, bak kata Abah, makan maggie tiap-tiap ari. Haha! Anak plak, once dah ada, komitmen tinggi, tak bleh nak macam skang dah. Ok la ayang, kita lepak dulu la gitu! :D

Lepak punya lepak, gossip punya gossip, Mama suh hubby tanya Abah bila nak balik. Abah bila jumpa family dia, memang lama la. Around 5pm camtu, baru kitorang gerak. Tetiba Abah ajak gi makan Mee Udang Sungai Dua. Haaaa…cayalah! So kitorang pun menuju ke Sungai Dua mencari Mee Udang sebenar (banyak kedai, tapi kedai yang sedap tu kat bawah jambatan menghala ke Sungai Dua).

Then Abah pilih udang, beso-beso udangnya! Seb baik kedai tu agak bersih, kalo tak, mampus Mama tak nak makan kat situ! Dah la aku tengah lapar! Tu pun dia komplen gak la tahap kekemasan kedai tu. Peace! 4 orang makan, dalam RM60 gak la, sebab udang tu besar kot. Tapi sedap la…terasa kolestrol nyer! Haha!

Sampai rumah Kak Ngah, sembang jap ngan Abah and Mama, then diorang gerak balik Ipoh. Kak Ngah and Kak Saba, the whole family, nak dinner kat kedai depan rumah Abang, patu nak lepak tengok Sehati Berdansa. Hubby and I lepak dulu mandi-manda and tengok tv. Patu baru kitorang join diorang.

Masa kat rumah Abang, memang lepak tak hengat la! As usual, family I ni memang sembang gelak sembang gelak takkkkkk benti-benti. Al maklum la, both my sis tak bawak laki diorang, memang tak ingat dunia la. Hubby sembang ngan Abang kat luar rumah. Kitorang kat dalam sembang lucah pasal suami masing-masing! Bongok gile kay! Patu dah sakan sangat gelak cam setan, kitorang buat plan, nak round Taiping.

Dalam keta, gelak lagi cam setan. Mana tak nyer, naik Avanza, 6 dewasa, 6 kanak-kanak! 12 nyawa tuh! Abang drive, hubby duk depan. Me, Kak Ngah, Kak Saba and Ida (semua bontot besar-besar!) duk row kedua. Kanak-kanak 6 orang semua sumbat kat row ketiga! Sian diorang tak cukup tempat duduk, tapi kitorang buat bodo jer. Teruk gile! Mak-mak nak berjalan, anak-anak tersiksa. Penuh keta! Tak yah tinted, dah gelap cermin! Kahkahkah! Sepanjang jalan, kitorang gelak je sampai orang naik motor yang lalu tepi keta pun berpaling dua kali! Tak percaya! Kitorang rasa cam nak gi je Toyota nyer showroom, nak ckp,

“Kami sudah pun menguji nyer. Memang luas! Anda bila lagi?” hahahahaha!

Kitorang gi Taiping Sentral, tempat lepak budak-budak muda yang tak tentu arah. Atas tu ada Cineplex la. Patu tepi tu ada Tesco. Abang yang drive ni buat macam pemandu pelancong. Siap cite kanan ni apa, kiri ni apa. Hahahaha! Dah la tu, hubby siap tapau teh o ais, minum sambil Abang cakap-cakap. Punya la miskin trip melancong ni, sampai minum air bungkus! Kahkahkah! Patu lalu Euro funfair, ingat nak benti, tapi kang teruk plak nak control 6 kanak-kanak ribena tu. So kitorang terus ke Lake Garden je. Dah complete satu round, macam biasaaaaaaaaaaaa, tengok pondan arrrrrrr!

Masuk la area-area rumah bapok ni, namanya Jalan Liek Thamby. Yang mana lampu merah tu, rumah diorang la. Kitorang suh budak-budak kat belakang ni duduk menyorok skit. Patu diorang dah gelak kekek-kekek siap tunjuk,

“Tu mak! Tepi tu!”

“Kanan mak! Uiiiii hehehehe!”

Boleh tak? Budak-budak bawah umur ni! Kitorang lagi la, siap mendengki breast bapok tu lagi besar, and pinggang diorang lagi kecik dari kitorang. Siut tul!

Dah penat gelak, kitorang pun balik. Tapi hubby and I lepak kat kedai makan ngan Abang and his wife, Ida. Diorang hanimun sebab anak-anak diorang, sorang ikut my dad gi Pangkor, sorang lagi ikut kakak my sis in law tu ke rumah dia. Kitorang makan burger je. Then tapaukan untuk Kak Saba and Kak Ngah.

Memang penuh informasi la hari kitorang arini! I luv my family!

3 holler:

elysuhaili said...

kahkahkahkahkahkahkah!! buduhhh!!! aku kt ipoh konon mlm nk hotspring at tambun alih2 ujann.. pe jagik sehati bdansa aje la..

dibitz said...

seb baik ur mama sporting skali! :D maklum laaa menantu kesayangan hihihi...

biqque said...

kihkihkih!

Subscribe To This Blog