Nuffnang Latest!

Saturday, January 31, 2009

Sea, Sun & Splash!

Tak cukup dengan Pangkor, kitorang ke Port Dickson plak!
This time dengan hubby’s circle of friends. This trip kira so-called pre-GC (Gold Coast) la sebab lama sangat nak tunggu pegi sana kan, so nak merasa air masin Mesia dulu la. Kihkih!
Pagi tu I rasa cam nak nangis je kena bangun awal sebab ngantuk yang amat. Tiga hari kerja sampai pukul 2 pagi, then masuk balik kul 8.30am gara-gara email system ada problem and anti-virus server upgrade. Pressure gile! Nape la orang nak menyusahkan hidup aku…sigh. Tapi memikirkan P.D would be my instantaneous getaway, ku redahkan jua. Hubby pun dah gerak banyak kali, so nak tak nak bangun jugak.
Lepas siap, gerak ke highway and berhenti kat Nilai R&R. Kawan-kawan hubby semua janji jumpa kat sini untuk ber-convoy. Sampai ke kat situ, we met Mona & bf, Na & hubby (Cawan) and his younger brother, Amir (ya Allah, muka sebijik siut! Dah macam mini Cawan!) Tengah breakfast, si Meor called kata dah terlepas sampai ke R&R Seremban. Apeda…
And so we made a move and met Meor, Zam & gf (Aini, did I spelled it right?) kat Shell. Then kitorang gerak 4 kereta, my car The Crow, Na’s Honda, Mona’s Neo, and last but not least, Aini’s cutie-whitie MyVi. Kitorang kuar exit Seremban, then masuk tol P.D. Wahhhhh, dah mahal seh! Masuk je dah kena bayar RM3.50! Lagi la orang tak nak guna tol ni.
Cuaca agak mendung…tapi tak bermakna kitorang nak kensel acara bermandi-manda kat sana! First pit stop, Kota Lukut. We planned to visit this historical fort sebab tempat nyer on the way je. Plus, hubby and I penah sampai tempat ni tapi tak masuk sebab dah lewat petang sangat. So we took this chance untuk merasai zaman kegemilangan Kota Lukut lah konon! (Padahal tak tau menahu pun cite pasal tempat ni…haha!)
Sampai je (siap terlepas ke kampung orang dah, tah pape nyer signboard), terus kitorang park and panjat tangga. Agak menarik untuk bergambar sebab tempat ni ada giant letter boards macam HOLLYWOOD tu tapi dia tulis KOTA DAN MUZIUM LUKUT.
Tangkap saja, janji ada. Luckily this fortress ada batu pengenalan, so dapat la tau skit pasal sejarah Kota Lukut ni. Sejarah telah menceritakan (ewah) Raja Jumaat yang buat fotress ni, and it was surrounded by a square of trench, kira-kira 3-5metres dalamnyer. Siap ada Poisoned Well (perigi beracun) a.k.a tempat untuk punish major crime offenders masa dulu.
Enuff with history, I mula amik gambar sana sini…jadi papparazi kejap, hehe! Scenery kat sini sangat cantik sebab location nyer atas bukit. But too bad, fortress ni tinggal sisa batu je…cam takde pape dah. So kitorang jalan slow-slow ke arah Muzium Lukut plak.
Muzium ni dulu rumah sape tah, orang bangsawan gak la. Cantik rumah ni, rumah kayu, so sejuk sangat. Di tambah lagi dengan air-condddddddd! Lega rasanya! Inside this house, ada banyak gambar and barang-barang sejarah. Kira banyak gak la untuk Muzium sebesar ni. Susur galur raja-raja zaman dulu, barang-barang zaman dulu, basically semuanya related to Negeri Sembilan la. Ada la beberapa tourist yang datang situ, rasanya dari China kot, sebab kasut diorang sangat la interesting…ada corak kat tapak…hehe!
Tempat ni kira well-preserved la, bersih plak tu. Cuma tak brapa nak disinggahi orang, tatau nape. Maybe sebab dah takde pape sangat kot. From the top of the hill, ada menara pandang. Bleh la nampak oil refinery. Tapi takat tu je la.
So we moved on, ke Ostrich ShowFarm. Ni menarik sebab memang teringin sangat nak tengok ostrich! Sampai je kat situ, kena bayar entrance fees. Zam siap beli jagung untuk kasi ostrich makan, tapi dia tak brani kasi. Meor sorang je yang brani hulur tangan. Ostrich tak gigit sebab dia takde gigi, tapi skali dia patuk-patuk kecil tu, ada la beberapa kali gak jari Meor tu direntap! Eiii takut gak la.
Kebanyakan ostrich kat sini sume cam tak cantik sangat, bulu banyak yang takde, tatau nape. Tapi ada la sekor dua yang masih penuh bulunya. Yang kaler grayish skit, betina. Yang kaler itam, jantan. The beauty of this animal, bulu mata dia panjang. Comel sangat!
And…believe it or not, ostrich is the second fastest animal in the world tau! It can run as fast as 70kmph! (Takkan dia lagi laju dari big cats? Mushkil…).
Dekat ShowFarm ni, ada jugak kuda, rabbit, kambing, ayam, iguana and parrot. Ada kambing ni terlepas, patu terus berdiri makan daun-daun kat pokok depan kitorang! Lawak gile! Patu I ada la kasi makan kat sekor kambing putih ni, sian dia.
Tapi semua binatang ni skit-skit la. Patu semua nampak cam lapar je, sian. Patu kitorang buat Fear Factor kejap! Makan daging ostrich! I tak penah makan daging yang bukan biasa dimakan, such as rabbit, kijang, puyuh, merpati…sian, sebab comel. But this time, trasa cam nak mencuba plak satay ostrich. Dikhabarkan, satay ostrich ni sangat lembut sebab dagingnyer hanya boleh didapati di bahagian peha sahaja. Meaning, badan dia yang bulat besar tu, tak sedap dimakan sebab penuh ngan minyak! No wonder la harga satay tu RM10 for 6 pieces! So kitorang SEMUA try sorang satu cucuk. Berjaya! Haha! (Sumpah sedap ok…).
Patu budak bakar satay tu baik hati, dia bawak kitorang tengok telur burung unta ni. Memang besar and keras, sejuk plak tu. Siap demo berdiri atas telur ni, tak pecah. Lepas tu kitorang tanya dia, bleh tak naik ostrich. Pe lagi, kitorang memang hulur Meor la suh try naik, siap sponsor nih RM4 untuk 2 pusingan! Sekali tu, rupanya budak-budak laki ni (trainer dua orang), pegang and ikut buat 2 round, tak lari kemana pun! Laaaaaaaa bosan gile! Ingatkan dia lepas kasi burung unta tu lari laju sendri while Meor terloncat-loncat atas dia! Hampeh.
Since Meor dah naik, bleh la amik sijil. Jangan main-main, naik ostrich ada sijik k! Si Meor ni skit nyer bagus jual minyak, siap ngan kitorang skali semua dapat sijil kosong. Haha! Blasahkan aje, sok-sok nak mintak keje kat zoo, senang skit.
Lepas bersuka ria kat Ostrich ShowFarm, tiba masa untuk lunch. Lapar seh. Tanya kat akak kaunter tu, dia suggest Medan Selera Mayang Suri. Boleh lah. Sampai kat situ, tengok banyak jugak la lauk. Makan tak banyak mana, mahal je lebih. Ceh! Tah-tah sedara mara akak tu gak. Haha!
Mana lagi nak pegi? Kita ke Cape Rachado Light House! I nak sangat pegi tempat ni. Seb baik semua setuju. Sampai kat Blue Lagoon, tanya orang, semua tatau kat mana. Sampai la kitorang blasah pegi ke Hutan Rekreasi ni, dalam tu baru ada signboard ke Rumah Api Tanjung Tuan tu. Ikut peta, bunyi cam tak jauh. Jalan punya jalan (jalan kaki ni, sebab tak dibenarkan bawak masuk keta or motor, tapi jalan tar tau), rupanya kitorang dok panjat bukit! Makin lama makin steep! Haih, melampau nih! Gagahkan jugak tau tak sebab nak tengok sangat Light House tu!
Kira berpeluh sakan jugak la nak sampai! Almost 2km tau! Ya Allah, that will be the first and the last, I pegi tempat tu! Lagi menyakitkan hati, ada je keta and motor naik sampai atas tu, tapi tak nampak lak sape orangnya sebab parking tepi jalan. Ada la laluan untuk burung and so on. Tapi bila dah sampai tu rasa cam nak cium je Light House tu. Dengan kepayahan kitorang mendaki (I siap pakai dress lagi ok!), penuh peluh, tengok-tengok tak dibenarkan masuk selagi tak dapat surat kebenaran shahbandar! Wt*!
Who the hell is ShahBandar?! Shahrul Nizam I kenal la, laki aku! Eiiii! Dapat tengok dari keliling je. So kitorang pun jalan keliling Rumah Api tu, sampai la blakang dia (actually bagi kapal, depan la), masyaAllah, cantik gile kay cliff tu! Tengok bawah rasa cam memanggil-manggil je suruh terjun bunuh diri (bak kata Skin). Haha! Ada menara pandang, tapi malas nak gi sebab cam dalam hutan skit.
Lepas pusing satu pusingan, Zam baru sampai (tadi masa kitorang mendaki, dia jumpa abang dia kat bawah). Dia sempat lepak jap, patu kitorang turun balik. Ha turun rasa laju skit sampai I kena cari ranting kayu untuk buat handbrake. Kahkah! Masuk keta, terus pasang air-cond! Peluhhhhh! Memang nak kena mandi ni!
Pe lagi, cari port nak mandi laut la! Since Blue Lagoon tu air tak pasang-pasang, kitorang ke Teluk Kemang jugak. Ramai memang ramai, tapi cam best. Lepas salin baju dalam keta, kitorang cari port untuk lepak. Kat P.D ni banyak gile orang buat bisnes. Payung sewa bersepah! From RM15-40. Tapi I nego dapat RM10 je. Hehe. Share-share tak rasa sangat. Patu terus terjunnnnnn! Seperti biasa, Mona and bf tak mandi laut. Kitorang memang tak tunggu la, memang hantu laut! Gambar laut kena tunggu camera Na. Hubby tak mo bawak camera dia.
Zam and gf dok belajar berenang. Bak kata Aini, macam ketam mengajar anak je, sebab Zam pun tak reti berenang. Na seperti biasa, makin boleh berenang. Me? Berenang, menyelam no hal, terapung plak masalahnyer. Haha! Dah la air kotor gile! Nak-nak plak air tak pasang lagi, eiiii penuh sampah! Nasib baik P.D ni tak dalam, so bleh mandi tengah-tengah skit.
Dah bosan-bosan, kitorang nak naik banana boat! Gile banyak seh banana boat kat P.D! Beach boy tu kata nak dekat 50 biji! Kitorang kowtim ngan dia, dapat la RM10 untuk package yang RM15. Siap jatuh 3 kali! Wahhhh menarik! (Masa ni Aini dah contemplated nak naik sebab dia takut. Tapi kitorang ayat dia and kitorang akan ‘selamat’kan dia. Lagipun cik abang Zam ada kannnnn…hehe!
So kitorang pun naik la. Dia bawak sampai pulau kecik ni (jauh gak la) then kecebushhhhh kitorang jatuh! Gile dalam tempat tu! Masa ni almost 8 of us terbukak life jacket tau! Sebab kuat gile jatuh! Amir nyer paling teruk, terus terbelit! Yang lain semua masih terikat yang bahagian bawah je. Masa ni Aini dah panic, sian dia. So kitorang cool kan dia, and naik atas banana boat balik. Masa ni baru la tau betapa susahnyer nak panjat benda alah tu! Siap kena cam naik kaki dulu, then baring, baru leh bangun. Beach boy tu siap terjun, and tolong hulurkan tangan angkat kitorang semua. Gile terer budak tu! Berenang sambil isap rokok ok!
Lepas naik balik, Zam dah request, not to proceed with the second nyer jatuh. Sian kat Aini (and him). So kitorang bagitau kat budak tu, tak payah jatuhkan yang kat tengah-tengah nanti. Tetiba boat tak leh jalan. About 2-3 minutes gak la terapung kat situ. Patu gerak. Kitorang pun melonjat-lonjat (ada ke perkataan ni?) atas banana boat tu sebab sonok sangat. Sampai kat tengah-tengah, tetiba boat tu dah kona! Haih, dia nak jatuhkan kitorang ke? Kecebushhhhhh! Jatuh lagiiiii! This time I jatuh betul-betul atas Zam! Sian gile kat dia! Tak sangka la plak budak tu nak jatuhkan kitorang lagi! Tadi dah cakap tak yah!
Kali ni I terus dapatkan Aini. I berenang, tarik dia ke banana boat, then diorang tarik dia naik. This time dia cam ok skit dah. Lepas semua naik, boat tu gerak balik. Kitorang budget, lepas ni mesti ada yang ketiga, paling last. Sampai je kat tepi pantai tetiba boat tu semakin laju! Elok dia kona je, Amir and hubby dah terjun dulu! Ngelat sial! Diorang cakap dari kena lempar, baik terjun betul-betul! Haha betul gak! Tapi lepas terhempas je, perkara pertama skali yang I buat, cari Aini. Tapi kali ni I dapat tangkap Na. Tengok-tengok laki dia, Cawan, pegi tangkap Aini. Kahkahkah! Ni dah kira laki orang tangkap gf orang, bini orang tangkap bini orang ni! Whatever it is, semua concern ngan kawan-kawan. Baik kan?
Lepas tu I terus dapatkan Aini. I asked her to face the sea, supaya dia nampak ombak yang datang, senang nak budget untuk bernafas. Tak la dia panic. I tarik dia, I berenang slow-slow, tak sampai 2 meter, kaki I dah cecah pasir! Laaaaaaaa cetek keeee! Hahaha! Terus I lepaskan Aini, and we laughed on it. Patu semua naik atas and cite pasal apa yang terjadi. Kira Aini ni brani gak la, first time naik, jatuh 3 kali, dah leh counter panic dia. You go gal!
Patu, tak cukup lagi, kitorang sambung mandi! Seperti biasa, macam-macam gaya/aksi yang kitorang cuba explore. Hubby tetap tak leh menyelam, Na dah bleh terapung sendri and berenang sebelah tapi belah kiri je, while me, boleh terapung sambil kedua-dua kaki rapat ke dada! Hahahahaha cam sial kan! Tah pape! (Renang berima dah biasa sangat dah…).
Tetiba kaki hubby terpijak satu batu tajam! Dalam gak luka dia, berdarah tak benti. Tapi dia teruskan mandi gak. Sampai la dah nak maghrib, baru kitorang naik. Lepas tu gi mandi kat public bathroom (ya Allah kotornyer masyaAllah, air plak slow cam air kencing. Kena tutup yang lain baru dapat laju skit!). Then kitorang salin baju dalam keta. Masa ni luka hubby tak benti-benti lagi darahnye. Sian dia. Tempang sat.
Bincang-bincang, semua setuju nak makan seafood kat Permatang Balak, Melaka. Around 30minutes, sampai la kat kedai yang I ngan hubby penah try dulu. Tak brapa sedap tapi itu je yang ada. Skali hubby gi tanya akak kat kedai hujung tu, dia kata dalammmmm sana ada banyak lagi kedai! Ha pe lagi, kitorang naik dua keta and sampai la kat satu kedai ni (agak ramai orang, so mesti sedap kan). Lepas pilih ikan, udang, kerang and sotong, kitorang decide nak order ikan bakar, kerang bakar, sotong goreng tepung, butter prawn, and tomyam.
Since kitorang semua 10 orang, so makan tu jadi lagi sedap! Sebab makan beramai-ramai kan. Plus, masakan kedai ni ok la, at least better than kedai yg first tadi. Cuma air asam dia tak sedap gile, pedas macam cili aje tapi takde rasa asam langsung. So kitorang cicah ngan kicap je. Total semua dalam RM118, kira ok la sorang RM12 dapat rasa semua jenis seafood (itupun abang kedai tu cam salah ke sengaja ke tulis ikan lain jenis, padahal kitorang amik ikan beso! Murah rejeki abang ye bang.)
Dah kenyang, semua gerak balik ke KL sebab Cawan and Zam kena keja sok. Ikut hati semua cam nak lepak Melaka je. Ewah! Tapi Mona singgah rumah Mak Long dia. I memang tak sedar ape, tido sepanjang jalan (again, sorry ye hubby…letih…nanti I jadi nurse peribadi you ek!).
Next trip? Huih melampau! Yang masuk senarai, antara Perhentian, Krabi, or Langkawi. Bila? Lepas Gold Coast and Sabah…so bulan 7 keeeeee? (Wink! Wink!) (Tak sedar diri nak gi Japan la, Europe la, China la…suka ek ngabiskan duit! Bonus tiap-tiap bulan ke dek nonnnnnn!)
Kompem I tak leh benti keja…………………………

1 comment:

Ely Hasrul said...

aku xsempat nk baca abis patu dh nk balik.. eeeii esok sambung.. xsabo plak nk tunggu blog GC hahaha

Subscribe To This Blog