Nuffnang Latest!

Thursday, January 15, 2009

Does Cat Has Food Allergy?

Ok, for 1 and half years, I’ve been feeding Kiki with Frieskies biscuits. Semua perisa Kiki dah makan. But NOT even once pun I kasi yang dalam tin punya tau.

These 2 days, biscuits tu dah abis and I normally get it from Pasar Borong Selangor (lagi murah beli kilo kat sana). Memandangkan tahap kemalasan yang melampau, hubby and I malas nak pegi sana, so kitorang kasi la Kiki makan can food yang dapat free masa beli Frieskies kat Giant.

Last 2 days, kitorang kasi yang Royal Canin can food tu. Huihhhhhh! Suka la Kiki! Siap licin bowl tu, then mintak-mintak lagi. This free food, size dia kecik je, kira skali makan. Ada dua, so pagi and malam la.

Last nite, yang Royal Canin nyer dah abis. Tapi ada satu lagi Snappy Tom punyer can food. Tin besar. So pagi tu kasi dah sekali, banyak gile dia makan. Patu dinner sekali, pun I kasi banyak (punya la pandai, I panaskan tin tu dalam microwave, siap berapi-api macam kena welding! Hahahaha! Terus offkan microwave tu.)

Tengah lepak-lepak, Kiki macam biasa la nak bermanja, datang kat I and lepak tepi I. Skali tu,

“Eh, pesal pipi Kiki bengkak ni??? Macam ada benda bulat dalam pipi dia!!!”

Betul tau! Penah tak korang tengok beruk makan kacang, then simpan bahagian tepi dalam pipi dia? Ha macam tu la pipi Kiki, tapi sebelah kanan je tau! Then I try la pegang, dia tak marah plak, macam tak sakit. Hubby pun try gak pegang. Serious takut weh!

Hubby terus pegi tengok tin Snappy Tom tu. He came back to me and advised, better I throw away the food sebab bau tak sedap…anddddddddd ada shrimp!

Maybe Kiki allergic shrimp kot!!! Macam orang allergic seafood tuh! If korang tau, can food kucing ni ada cam jelly tau. Ha jelly tu la kot!

So pagi tadi hubby kasi Kiki makan, tengok pipi Kiki masih bengkak sebelah. Then hubby kasi yang biscuits punya. Tak nak dah kasi can food tu kat dia. Sian Kiki. Tapi hubby kata dia sihat je, aktif je cam biasa…tatau la…balik kang nak tengok dia.

Lesson learned : DO NOT BUY SNAPPY TOM...? OR ANY CAN FOOD...? WITH SHRIMP...? BUT SHRIMP IN BISCUITS BLEH JE...? ARGHHHHH!

0 holler:

Subscribe To This Blog