Nuffnang Latest!

Monday, January 30, 2012

Evanescence Live In Malaysia

Source : OhBulan.
Evanescene Live In Malaysia akan diadakan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, KL pada hari Khamis, 23 Februari bermula 8:30pm dibawa khas kepada anda oleh JS Concert Productions. Album mereka, Fallen, yang hit dengan lagu “Bring Me To Life” dan “My Immortal”, telah terjual lebih 17 juta cetakan seluruh dunia, sekaligus merangkul 2 anugerah Grammy. Manakala, abum studio ketiga, pernah mencatatkan kedudukan #1 di carta Billboard 200 pada tahun 2011.
Evanescence diasaskan di bandar Little Rock, Arkansas pada tahun 1995 oleh penyanyi Amy Lee dan gitaris Ben Moody. Selepas muncul dengan album peribadi, band berkenaan melancarkan album pertama berskala besar, iaitu Fallen melalui label Wind-Up Records pada tahun 2003.
Single pertama mereka, “Bring Me To Life”, turut menampilkan penyanyi jemputan Paul McCoy daripada 12 Stones, telah menjadi hit dan mencatatkan kedudukan #5 di carta American Billboard Hot 100. Lagu tersebut turut menjadi tema untuk WWE No Way Out 2003.
Peminat Evanescence boleh membeli tiket konsert di outlet seperti; Rock Corner KLCC, Subang Parade, The Gardens, Midvalley Megamall, The Curve; Victoria Music Centre dan The Guitar Store. Harga tiket bermula daripada RM98 (Free seating), RM198 (JS Zone) dan Rm298 (Rock Zone). Untuk pertanyaan mengenai tiket, anda boleh menghubungi talian hotline Ticketpro : 03-78807999 atau dapatkan secara online di www.ticketpro.com.my
Tiket telah mula dijual pada 21 Disember yang lepas, dimana pembeli terawal berhak mendapatkan diskaun sebanyak 20% sehingga 31 Januari 2012.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Evanescence Live In Malaysia, layari laman www.jsconcert.com dan https://www.facebook.com/jsconcertproductions.

Seriously??? Teringat zaman-zaman layan head banging loncat-loncat tengok live band HW3 kat Istana Hotel...Winnie dgn Effie mesti nyanyi lagu diorang...dangggg! Nak pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii :(

14 comments:

Ren said...

Aku first!!!

Ren said...

Biqque aku mmg minat giler dengan ini group!!!!

Biqque said...

john tido kot hahaha! tu la, rasa cam nak pegi...hmmm...hmmm...hmmm...

Lily Riani said...

i tot i was first sbb masa sedar it was 34mins since teh blog posted

Lily Riani said...

nampak gaya, janggel dah pulih and sehat sbb dia sorang jek dpt mem-beat kedudukan tangga teratas john dari segi "aku first". tangga kedua diduduki oleh ely dalm kategory "comment lebih 3 kali" tapi john sedang mengejar...

i gak lambat... nak last pun ada orang potogn... cis!

rasa cam nak.. i tgk tv ada konsert awai & ella ingat live kat IB rupanye recorded in channel 130. alaaaa.... suka rock kapok or is it rock kapak... sigh... my BM need re-class-ing. ish ish ish... apa apa ler labi.

Lily Riani said...

awai? ahhaha it's awie & elaa. ut am sure u know... amd 3rd time commenting? ehehheh...

Biqque said...

lily actually i pun ada skit berkenan nak tgk live awie ngan ella tu, tapi recorded! i plan dah nak cari tiket ok...cis! i suka gile rock kapak kotttttt :D

Ely Hasrul said...

john dh turun prestasi nmpak nye hahahaa.. huishhh beshnyeeeeeee tingat zaman kongkang duluuu.. kongkang? beshnye kalu pg nih.. tp kompom la xlaratt

MasZuber said...

aku suke immortal..oh my..rindu ah!

just.HY said...

yes aku last!!! semua org dilarang komen dah lepas ni termasuk biq!!!!

Biqque said...

(camne nak reply komen ni...ish!)

Unknown said...

Eh apa barang tgk concert nih, lepak Yik Foong lagi best hahahahah

Biqque said...

hahahahaha bebila balik kita buat ok na?

teringat zaman tgk wayang kat lido hahahaha!

Anonymous said...

Hi,
i ade jual 2 tiket konsert evancescene esok mlm.
anyone yg interest can contact me via emel drn_90@yahoo.com :))

Subscribe To This Blog