Nuffnang Latest

Wednesday, January 11, 2012

Gua Tempurung : Gua Terpanjang Di Malaysia

2012 ni adalah tahun melawat Perak.

"Perakkkkk darul ridzuannnnn...
Negeriiiiii indah permaiiiiiiiii...
Penduduknyaaaa...
Hidup aman daaaamaiiiiiii...
Di...di..."

*garu kepala*

“Biqque, you tak buat pape ke balik Ipoh ni?” tanya Na. “Jom gi Kellie’s Castle?” tanya Na lagi.

“Jom! Tapi I dah pegi...kita gi Gua Tempurung nak???” aku mengayat Na. “Boleh gak!”

Selepas berbalas-balas chat, kitorang pun balik la ke Ipoh. Sampai kat rumah mama, aku rasa macam tak sabar sangat nak buat Ekspedisi Gua Tempurung, hari Sabtu tersebut, sampai aku sanggup suh hubby aku tukar plan pi kutip buah kat kebun pada hari Ahad. Nasib la mama dia bleh terima cadangan tu sebab ada cina nak datang betulkan autogate rumah mama dia. Yeahuuu!

Pagi tu aku bangun dan siap pakai lengan panjang turtle neck. Takut kot ada binatang yang menggigit. Sambil pakai baju tu, si John tetiba sms cakap nak lepak minum. Memula aku gelak je la, aku reply, ha datang la.

SEKALI KO, DIORANG DATANG SUNGGUH!

“Biqque, kita jumpa kat hentian Gopeng ok? Kita minum kejap pun takpe, janji dapat bergosip!”

Dengar jer gossip, Kak Ro ape lagi, terus la confirmkan tempat perjumpaan dengan Kak Pojiah.
Sampai kat hentian Gopeng (agak lambat disitu), terus kitorang discuss and decide akan benti kat first kedai makan yang terjumpa. Memula tu tuju ke arah Gua Tempurung, tapi nan hado, hutan kiri kanan. So kitorang u-turn and tuju ke arah Gopeng. Terus benti kat kedai yang pertama skali jumpa, Razak Corner. Belasah!

Masa turun keta, dah siap-siap amik gambar. Masa ni first time jumpa MasMZ dengan Anash (Kak Coco panggilannya). Panas terik masyaAllah toksah cakap, aku dah la pakai baju lengan panjang siap turtle neck! Terus masuk kedai.
Kitorang order air jer. Maka bermulalah sesi bergossip secara rawak. Tengok dalam kedai, punya la banyak barang antik. Beskal buruk pun ada. Terpaksa Kak Ro jadi model bingkai gambar. Hahaha!
Icam, Si Pengembara Tumpangan kembali menjadi topic hangat. Dengar kata siap beli kasut baru nak ke USS. Gigih dia. Takpe, kita masuk Gua Tempurung dulu ok. Sambil dok korek kat mana si John, Janggel, Anash and MasMZ ni nak tido malam tu, kitorang susun sume DSLR kat atas meja. Patu amik gambar guna handphone. Hahaha! Sonok betul!

Dah agak berjam-jam duk kedai tu, empat sekawan tu pun nak gerak menuju ke Penang, dan aku, hubby, Na, Cawan, and Icam, gerak ke Gua Tempurung. Cuaca masih lagi cantek, panas, langit biru, sebijik macam kat NZ. Aku ape lagi, kuarkan kepala kat tingkap, snap, snap, snap!

Jalan masuk ke Gua Tempurung memang lengang gile. Before sampai kat Gua Tempurung, kitorang nampak Extreme Motorsport Park dulu. But again, lengang. Tah hidup tah idak tempat tu.
Dah makin dekat, baru nampak pintu gerbang Gua Tempurung, and batu jemala bentuk gua. Kitorang park betul-betul depan pintu masuk. Kuar je keta, terus nampak beberapa pengunjung ni, basah dan kotor baju diorang.
“HAH SUDAH! KOTOR SAMPAI CAMTU SKALI KE? DAH LA TAKDE BAJU SALIN!”

“Tak kot…itu yang amik package masuk air tu…kita amik yang kering jer…” kata hubby yang tengok bini dia dah tak keruan dengan handbag ditangan. Apakejadahnyer pegi gua bawak handbag! Na pandai, disuruhnya Icam yang bawak.

Melangkah masuk je kat area kaunter tiket, kitorang nampak banner package dengan board harga. Ada dua package kering, dua package basah. Setiap package ada time sendiri, so bleh budget la brapa lama kita akan ada kat dalam gua tu. Masa ni aku tengok guide kebanyakkannya orang tua dalam umur 40an. Ada la budak muda, tapi macam mat rempit je aku tengok.

Na pegi beli tiket, takut aku tersalah beli lagi (kes salah beli tiket kat India). Hahaha! Kitorang pilih package no. dua, namanya Top Of The World (TOW). Harga RM9, siap Cave Ranger, dan tour ni selama sejam empat puluh minit. Jangan harap la korang nak jalan sendiri kat dalam gua ni, diorang tak kasi. So nak tak nak, kena jugak ikut guide.

Sementara tunggu tour start, kitorang lepak-lepak amik gambar je dulu kat area tu. Masa ni sibuk la dok lawan amik gambar ulat bulu. Hahaha! Dua bijik DSLR tak leh nak dapat sedekat yang boleh, camera aku jugak yang boleh. TAPIIIIIII aku baru dapat tau yang micro button aku rosak! ARGHHH!
“Can I and my family follow your group ar?” tetiba ada sorang cina laki bini dengan dua anak, approached kitorang. Nak tau sebab apa? Sebab tour takkan jalan kalo tak cukup 5 orang dewasa. Kitorang je dah berempat. Malas la nak kena jalan ngan family-family ni. Kang anak dia meragam plak. So kitorang cam buat dek jer la, cakap kitorang dah cukup korum.

Amik ko, ingat jalan berempat jer, skali ramai. Hahaha! Tu la, dengki lagi. Ranger tu bawak sekali masuk ada la lebih 10 orang. So kitorang terus tukar Plan B, jalan last skali, senang nak amik gambar. Kat mulut gua jer dah start amik gambar. Icam cakap, aku tahan perut.

Tapi kat dalam gua, aku langsung tak tahan perut dah. Ok. Sungguh tak sangka ye. Jalan dalam gua ni sangatlah elok. Diorang siap buat laluan yang ada tangga dan railing kiri kanan. So kita takkan jatuh kecuali mabuk. Lampu pun ada, cuma agak samar, compared to gua yang aku masuk kat Vietnam.
Tetiba guide tadi bersuara, cerita segala perihal Gua Tempurung ni. Sambil tu, kat kawasan bawah laluan ni, ada sekumpulan manusia yang tengah syok bermandi-manda kat sungai dalam gua tu. 
“Ok, kalau amik package yang basah, korang akan lalu di laluan air ni.” Katanya. Patu dia cite la dari mana air tu datang and such.

Patu kitorang teruskan lagi perjalanan. Masa ni aku dah agak iritating dengan tiga pompuan yang asik la dok menyampuk cakap guide tu. Takpe, kang aku cite part mana paling kampung!
Lepas turun naik turun naik tangga, kitorang sampai kat satu tempat ni, dimana guide tu tanya “Penah tengok Monalisa?” Aku tunggu je apa minah-minah tu nak menjawab. Walhal, yang lain ni, family cina tadi, couple tua melayu, couple india, dengan kitorang, sume jenis yang tanya pasal sejarah and facts tau. Kira macam berminat la and tak mempermainkan guide tu.

“Ni Monalisa.” Allah mak, terkujat aku. Tergelak semua orang. Memula tengok ok la, lama-lama scary plak rasanya.
Tak sampai brapa meter, guide tu cakap lagi “Ok, cuba tengok sini.” Semua pandang ke dinding. Maklum la takde torchlight, terpaksa la ikut lampu mana-mana yang orang tunjuk.
“Seperti seorang perempuan yang mencangkung yang tengah basuh rambutnya. Tu peha dia, dan blakang badan dia.” Hmm...bulat jugak bontotnyer. Ok, lagi scary. Aku cuba untuk tak tengok tempat-tempat lain yang gelap. Straight jer aku jalan naik tangga.
LETIH OK! Sebab sampai satu tahap ni guide tu kata sila jalan berdua kot-kot kang terjatuh sebab kat kawasan tu, suatu ketika dulu gunung berapi. So tarikan graviti dia agak kuat dan setiap berat manusia akan naik 10kg. Aku rasa logiknyer cuma bila ko naik tangga yang menegak, memang la ko akan rasa berat kan.

Tapi memang jadi pun. Ada sorang budak kecik ni, gemuk tau. Nenek dia siap cakap kat guide tu “Dia tak larat la tu, badannya gemuk. Nak pitam. Dah, tak payah naik.” Sia-sia jer nenek dia belanja masuk gua, kena patah balik. Hehehe!

Kat bahagian atas ni, guide tu tunjuk satu benda kelakar. “Ok, penah tengok monyet bawak keta? Tengok ni. Dia pegang stereng. Ada spare tayar kat blakang. Pajero barangkali.” Hahaha! Semua orang bantai gelak!

Sepanjang perjalanan dalam gua ni, guide tu cite la pasal stalagmite and stalagtite yang mana masih hidup, yang mana dah mati, what if like this, what if like that, yang mana kristal, yang mana jade, yang mana batu kapur, yang mana marmar, yang mana tanah gunung berapi, yang mana tasik, yang mana bleh pegang, yang mana tak leh pegang. Sekecik-kecik titisan air yang baru nak membentuk tu pun, makan masa 10 tahun. Sian gile. 

At the same time, dia cite jugak camne dinding gua tu terbentuk. Ada yang dibuat oleh angin, ada yang dibuat oleh air. Yang dibuat oleh air, lebih cantik, compared to angin, sebab laluan air lebih smooth dan air lebih tumpat. Kalo angin, sukati dia jer la nak melilau.
“Huih, kat sini sejuk! Terasa angin dia!” Tetiba semua orang suka sebab dapat mengepak-ngepakkan ketiak sebab peluh.

“Kat sini la tempat angin bertembung dan angin tu tak boleh kemana. So dia berpusing-pusing kat tempat ni saja. Tempat lain takkan terasa angin ni. Walaupun jalan skit keluar, dah takde angin tu.” Agreed. Memang sepanjang masuk tadi, skit angin pun tak terasa.

“Kat belah kiri ni, anda dibenarkan untuk keluar dari laluan. Cuba pijak. Tanah disini lebih keras.” Kitorang pun try la pijak. Berani skit-skit je la.  
“Dan kalau ada yang nak cuba masuk ke dalam lubang ni, bleh masuk. Bleh berdiri lagi kat dalam tu.” Aku pun gigih la masuk, walhal gelap! Jangan la ada binatang ke hape! Budak cina dua orang tu pun teringin nak masuk. Diorang ada torchlight, ok la.
“Kat sebelah kanan pulak, ada laluan air. Jauh dan dalam jugak la lubang tu.” This time, hubby plak try. Minah-minah kepoh tu pun turun. Masa ni diorang ada la buat lawak bodo, aku malas nak amik pot.
“Kat atas tu ada kubur cina, pelombong-pelombong timah yang tak sempat keluar dari sini.” Tetiba sunyi sepi suram muram je suasana.

TETIBA ADA SORANG PEREMPUAN RAMBUT KEMBANG MUKA MASAM PAKAI SELUAR PENDEK PUTIH DIRI TEGAK LAST SKALI KAT BLAKANG GROUP KITORANG! SUMPAH MASA NI AKU DAH BERDERAU DARAH!

Rupanya maid sape tah. Siut tul!

Sampai kat satu area ni, sape yang amik package satu, kena patah balik. Yang amik package TOW teruskan perjalanan. Memang best kat bahagian atas ni sebab kitorang dah sampai ke puncak dalam gua yang mana kitorang bleh pegang bumbung gua. Hebat bukan? Hahaha! Tapi bumbung gua ni sejuk, sebab ada air dalam dia. Patu bila pegang, ada cam pasir-pasir halus. Sebutir SEBUTIR PASIRnya ye. Huih, kalo pecah ni, memang bertasik la dalam gua tu. Scary 

“Kat sini ada Osama. Kenal?” Semua jawab kenal tapi dah gelak-gelak la sebab mesti benda kelakar. “Tu.” Hahaha! Kan dah cakap, mesti kelakar. “Siap serban dengan janggut!”
Kat hujung ni kitorang benti untuk tengok jurang bawah yang mana kalo amik package tiga dan empat, akan turun kot situ, terus masuk ke kawasan air bawah gua. Masa ni minah-minah kepoh tu start buat lawak bodo. “Eiii jauhnyer, macam kita balik kampung!” KUAT OK DIA CAKAP! Aku tahan lagi.

Patu guide tu tanya “Kenal Casper?” Aku jawab kenal! Saje je kuat-kuat sebab minah-minah kampung tu diam. “Tu dia.” Memang bentuk hantu ko! Menakutkan jer! Hahaha! 

Tak abis takut lagi, dia tunjuk plak sepasang tangan yang keluar dari bumbung gua. Cis! Scary! Dia kata ada macam-macam versi cite, tapi aku abaikan jer.
“Ok, sampai sini saja tour TOW. Anda telah mendaki 620 anak tangga dia dalam gua yang terpanjang di Malaysia. Skarang kita kena berpatah balik.” Kata guide. Semua orang tepuk tangan. Seperti yang disangka, minah kampung tu cakap “Kami tanak balik lah. Nak duduk sini. Esok datang la amik kami.” Gedik! Aku terus cakap kat guide tu “WHATEVER!” Tapi guide tu still berprasangka baik, dia jawab tak bleh, gua tutup, kita kena balik. Baik sungguh budi pekerti.

On the way balik, guide tu jalan sama ngan kitorang. Masa ni kitorang ada banyak peluang untuk kongsi info pasal Gua Tempurung. Dia kata dulu gua ni sarang komunis. Rashid Maidin ketuanya. Diorang menyorok dan meratakan kawasan ni, siap lukis plan camne nak bunuh Sir Henry Gurney. Patu dia tunjuk la dinding gua yang ada contengan tulisan cina, siap lukisan keta British dan waktu serangan. Cantek keta!
Tapi ada la jugak part-part yang dah di vandalised. Bodo piang! Tak couple bercinta, budak-budak bangang. Tu je. Ingat senang ke gua tu nak terbentuk! Eiii…kalo aku dapat, aku conteng-conteng balik muka diorang!

Tetiba guide tu tanya family cina tadi “You pandai baca tulisan cina lama?” “Boleh.” Guide tu terus cakap kata ni special untuk kitorang je, sebab sepatutnya tak boleh bawak orang keluar dari laluan tu. Dia bawak cina tu and suluh ke dinding. Dalam 5 minit, diorang datang balik. Katanya lagu komunis, siap ada bagitau pasal bunga api, warna merah, yang dikaitkan dengan tentera jepun. Patu ada jugak yang cakap macam abang datang sini la bila kan pulang la, camtu la. Hahaha! Kalo bukan komunis yang tulis, marah aku!
Masa balik, kubur yang memula kitorang nampak tadi tu rupanya ada laluan lain untuk naik ke situ, tapi takpe la, kim salam jer. Tugu je pun. Sampai kat luar, kitorang dok berterima kasih kat guide kitorang. Bertuah sungguh dapat dia sebab sepatutnya dia ni bawak pelancong asing jer (no wonder dia ada cakap English skit-skit) tapi dia just tolong sebab tak cukup orang, ye la, cuti skolah kan. Kalo tengok guide lain, Allah... “Ini stalagtite. Ini stalagmite. Yang belakang tu tolong cepat skit ye.” BLEH??? Guide kitorang sekali pun tak penah tegur group kitorang kalau lambat tau! Nak-nak kitorang sibuk amik gambar.

Kitorang bagitau dia, “Ni masuk blog ni tau.” “Ye ke? Terima kasih la. Sila la promote Gua Tempurung ye.” Kitorang happy, dia pun happy. Kira tak sia-sia la kitorang masuk, dapat info, siap compare dengan Gua Niah, gua kat Vietnam. Dia pun tak sia-sia la naik turun kuar masuk gua 5 kali sehari, kasi info, sebab dapat pelancong macam kitorang.
MAKA DENGAN INI, AKU SARANKAN KORANG PEGI LA JENGOK GUA TEMPURUNG NI. MEMANG TAK DISANGKA, SANGAT BEST (terms and conditions apply) PROVIDED GUIDE KORANG TU NAMA ARIL :D

Note : Baca kat sini untuk entry Gua Tempurung Chawana dan Gua Tempurung Icam.

25 holler:

bdk2 @ John said...

papepun, am i first? salam ziarah kak ro! hehehe... jap nk baca dulu. ;p

Biqque said...

hahaha dah macam blog aidid muaidib, nak jadi 1st! ha baca dulu...panjang niiiiii!

bdk2 @ John said...

ok dh abes...seblom pegi sana, bawak torchlight, takyah bawak beg, bawak tripod, dan jugak towel kecik utk lap peluh. pastu smpai sana request tour guide nama aril. ngeh ngeh ngeh...

sumpah bertuah korang dpt tour guide yg aku rse sgt berpengetahuan....tp part casper tu cam scary skit.

pasal minah gediks tu, patutnya tour guide tu cakap. "ok, we all balik dlu~" ;p

p/s: lain kali jgn dengki. muahaha

xplorer said...

next on my list

Biqque said...

john, bagus sungguh summary ko hahaha! minah tu berjalan pulang sambil jerit2 dalam gua bleh? sebab bergema kan...

xplorer, yup, u should! :)

::CIK LYNN:: said...

cik lynn pnah p sni 2x msa sek kt gopeng dlu...srius, srnok sgt...nti akak try la men basah2 tu...bes...=)

xleh cter kt akak...hehe...akak kna rsa sndri...=p

Anash said...

Biqque,
wow..leh masuk dalam list...
sebenarnya pernah sampai tapi kaunter dah tutup...(tahun 2009)..so, balik le jadinyer ke rumah kawan di Ipoh...
wow (lagi)...amat ilmiah...
apa lagiiii...
btw, oooo follo gak aidid eh? ternampak your komen aritu dlm blog dia...hehe

mikamusz said...

aril?? dah mcm watak cinta elysa pulak...

Janggel said...

Motif sebutir pasir with Capital leter?????
Hahahhaa

Macam2 bentuk ada eh dalam tu....kreatif sungguh pemikiran memasing.

Aku pelik gak korang pi Gua Tempurung pakai ala2 nak g shopping, siap hendbeg bagai...rupanya banyak pekej..hahah aku pon tak penah lagi sampai situ.

pssttt John ni aku rasa dia bela puaka kot, asal org apdet blog je dia komen dulu hahahaha... nasebbek entry aku dia tak sempat komen hahaha,.

Lily Riani said...

aku nak tau nama guied jek - aril!

MasZuber said...

alright, lepas nie carik Aril lahhh,

tp memang cantik. geram tgk batu dia. kalo aku amek rase2 ade yg follow balik KL tak?

BlueEwoke said...

Ha kuar pun entry gua tempurung ni, ingatkan dah terkbur dalam gua terusss...

Misi kita ke sini tidak sia2 sama sekali..kalau tak mesti nak menyumpah2..lain kali kite balik ipoh, buat misi lain pulak ok!!

Oi janggel, nk masuk gua pun apasalahnye pakai baju macam nak shopping! ko ni sama macam cawan, dia suh aku pakai kasut sport dan suar track PJ sekolah tau pagi tu!! hahahahahha

P/s to John: Ko ni memang bersepah2 la..ada je ko di merata alam hahahha , ke ko ada alat leh tau sapa update blog setiap masa???

Ely Hasrul said...

esok2 kalu aku pg aku request guide nih haha..lily nnti kite g sesama lah!

lama tour nih siap turun naik patut leh buat berat turun tuh..

Biqque said...

cik lyn, nak try gak basah2 tu, tapi dengar2 ada pacat, surrender!

anash, dari dulu dah follow mamat tu hahaha! teruja baca sbb dia banyak facts.

mus, nasib baik ingat nama dia :D

janggel, ada motip! hahaha! eh kak ro mmg bergaya, tak kira dimana jua dia berada...sekian. hahaha!

lily, try request tgk bleh tak :D

maszuber, jgn pepandai! ko ni suka kutip batu, kalo nak try la amik batu gunung brapi tu hahahaha!

na, gigih ok! keje banyak, blk umah pun tak lipat kain! nasib baik tak menyumpah kan? best!

Biqque said...

ha skin, jawab bawak budak, payah skit :D banyak tangga.

bdk2 @ John said...

Na, omg!!! cawan suh pakai seluar PJ??/ tidakkkk!!! kekdahnya, kene laa bergaya jugak. xkan laaaa nk pakai sluar track je??? owh nooo....mangsa fashion nnt. hahaha ;p

korang sume, jom bwt trip g gua tempurung!!!

fatt said...

biq,
strange but rupanya kita dapat guide yg sama...dia mmg cool..pastu tak rush langsung. masa tu aku masuk 5 org je tmsuk 2anak beranak from germany

dia mmg profesional & info dia mmg tiptop..

anyway ape bende yg seketul kaler cekelat kat suar ko? hahaha :P

Biqque said...

fatt, itu buttonnnnnnnnnnnnnn! ada 4 bijik tau! hahaha! siut jer...

dpt orang sama ek? ha see, fatt pn cakap dia bagus :D

john, seluar PJ tuh! hahaha ada lagi ke pun?

*korek wardrobe*

hoi! i takde tracksuit kat rumah wehhhhhhhhh...camne?

babyarisha said...

lily, skin, lau nak g jgn lupa dakuuu... nak join juge.. (getix)
biq, x nmpk dek mata kasar aku gmbr ppuan gh basuh rambut tuh.. tapi bab monyet tu mmg kelakar lah. hahaha.. klu ada trip msuk gua tempurung ni malam2 sure nye aku nak g.. hi.hi.hiiiiii.....

Ely Hasrul said...

lyn, buleh2 nnti kite pg rombongan ke gua tempurung..

biqque, takpe kalu xmo bwk budak aku upah icam jaga sami kt luar... kompom dia nk punye sbb nk kumpul duit hahahahahhaha

Biqque said...

lin, monyet tu mmg kelakar! hahaha!

skin, upah icam? hahaha dia sanggup tu buat bekalan utk ke USS hahaha!

masMZ said...

oklah nak taw aril tu ensem ke dak???? hahahahhaahhaa.....

anyway, aku dah pernah masuk gua ni masa zaman tok kaduk dengan kadar yang sangat bersusah payah... Dari jalan beso nak menghala ke gua tu pun, jalan tanah lagi... Berlenjun2 bila masuk dalam gua tu! Ingat lepas ni nak masuk pakai kebaya laksss, seswai untuk Abang John Leman Vogue tolong amekkan gambo! Hahahahahaha :D

Biqque said...

hahahaha pada aku tak la...kalo taste orang lain2, tatau la plak :D hahaha jahat! tapi dia baik :D

kebaya? wahhhhhhhhhhhh! hahaha!

by.ya @ Traveller's Anatomy said...

alahai, wall yg menyerupai ponpuan basah rambut tu mcm xnak la pulak. ke I sorang je yg xnampak ni huhu...

Biqque said...

ada, cuba tengok dia tunduk, mencangkung, nampak blkg sampai bontot, patu ada peha and kaki. tangan dia tengah pegang rambut tu. nampak tak?

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog