Nuffnang Latest

Tuesday, November 2, 2010

Mencari Kenalan Melalui Majalah

Masih teringat kisah bodoh yang penah aku buat masa nak mencari kenalan melalui majalah. Korang penah buat tak?

Dulu masa Form 1-Form 3, aku tinggal kat asrama. Disebabkan nak "in" sangat dengan trend masa tu, aku slalu la ikut kawan berkenalan dengan orang melalui majalah. Tau tak ruangan yang ada gambar orang, biodata dia, kesukaan dia, sampai ke moto hidup dia pun kita bleh tau?

Ha, masa tu banyak la majalah hiburan yang popular. Kalau tanak beli, usaha la pegi pinjam kat sapa-sapa yang ada. Caranya, cari mana yang comel/hensem yang agak-agak citarasa kita, amik alamat dia, antar la surat kat dia kata nak berkenalan. Jangan lupa kerat gambar tu skali, kang dah tak ingat plak ngan sapa ko nak berkenalan.

So what I did, aku ternampak la sorang mamat ni yang berambut ala-ala Aaron Kwok/Leonardo DiCaprio (huish masa tu suka gile kat diorang dua ni), patu aku pun tulis la surat kat budak tu.
Sedap mengayat, tetiba ternampak alamat rumah dia. Tau tak ada tempat nama Karangan di Kedah?
Ha budak tu duduk situ tau. So sepantas kilat, aku pun sambung mengayat dan sekaligus buat lawak la dalam surat tu. Aku tulis "Awak tinggal di Karangan ek? Saya tinggal di Surat Kiriman!" Konon, what a coincident la kan!

Sampai sudah...aku tak dapat apa-apa balasan pun dari budak tu. Mesti hati kering baca surat aku yang lawak cam sial tu kan? Kahkahkahkah!

8 holler:

winter gurl said...

Sekarang klu nak cari kenalan senang je ...Banyak social network yang awak boleh join ...nak klu sesuai ....click :>

Ely Hasrul said...

buduhhh.. hahah apesal dia xbalas ek? ko xkasik gambo ke?/ ke dia xdpt surat ko? hahahhaha

Albert said...

"Awak tinggal di Karangan ek? Saya tinggal di Surat Kiriman!

LOL I LIKE THIS ONE!!! Hahahaha!!

Ye la masa tu apa-apa pun tak de lagi... ini la paling best

AKO @ retna said...

wakkakaka lawak arr biqque...
tapi betul la zaman tu sumer nya masih pakai surat lagi.. so sweet!!

u rasa dia keciwa ker ngan ayat u tu ek?

hehehee............

Biqque said...

winter gurl, hahahaha just a click away huh? :)

tatau la skin, dpt ke tak tu wallahualam :D

exactly albert! back then, there was nothing!

ako, i agak jugak la kot dia rasa i bimbo yg tak cun hahaha!

debyG! said...

Biq cam haram! Kompem mamat tu hangin! hahahahaha...

Surat kiriman kejadah! kompem dia bgtau satu karangan ko kutuk tmpt tu! hahahahaha..

pasni, citer la ada tak surat2 yg dpt balasan dr mana2 jejaka pulak..

Lily Riani said...

konon to show your other side ler... a girl with sense of humour... hahaha

Biqque said...

hahaha lily, trying to...tapi failed!

deb, ada...salah satu nyer alfyan la, tapi through kawan la yg tu hahaha!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog