Best gile kot jalan-jalan masa Gong Xi Fa Chai! Kitorang memang dah plan nak jelajah Rembau ni since start cuti Raya Cina. Sebabnyer, memang dah tau, takkan jem nyer. Which is true, kitorang guna highway LEKAS (melalui Balakong), terus sampai ke Seremban.
Cuaca agak mendung, tapi tak hujan, so awan tak biru la. Dalam tak banyak kereta tu, ada jugak yang accident. Terbabas teruk jugak la.
Agak tak paham jugak kenapa orang tak guna highway ni. Instead of, orang akan guna highway KL-Seremban yang dah sah-sah jem gile tu. Tapi untuk orang dari Shah Alam, nak datang ke arah Balakong tu memang kirim salam la kot kan.
Kurang dari sejam, dah nampak signboard sempadan. Sumpah dekat! Rasa macam eh, dah sampai Negeri Sembilan?
Masa drive kat highway ni, banyak yang kitorang sembangkan. Teringat masa road trip South Island, New Zealand. Rindu betul nak drive kat sana. Kat sana, banyak kambing biri-biri. Sini, apa pun tadak. Lalu je kawasan Nilai ni, masyaAllah, bau taik ayam kuat gile!
Kitorang benti kejap kat satu hentian minangkabau besi ni utk solat. Tak ramai orang pun so best la tak perlu nak rebut-rebut dengan orang nak masuk toilet. Rasa macam kat tempat asing sungguh masa ni.
Sampai kat town Seremban pun masih terkejut, sebab tak jem. Kalo hari biasa ni, huh beratur! Nampak kedai cendol yang popular, tapi tak benti. Ingatkan nak cari kedai Leman Dawi tu, tah la kat mana hala, kena cari dulu.
Ada satu main road ni tutup sempena rumah terbuka Gong Xi Fa Chai, so kitorang terpaksa pusing satu lake garden tu untuk cari bangunan yang berbumbungkan minangkabau. Tapi tak jumpa. Pusat Kraf ke Pusat Budaya tah, tapi yang kitorang jumpa hanya satu bangunan putih ni. Wifi zone tuh!
Kitorang benti and park. Jalan kaki, terus pusing satu roundabout ni untuk amik gambar. Rupanya, Perpustakaan Negeri. Hahaha! Masa ni ada dua orang laki, dok sibuk amik gambar. Ko amik gambar aku, aku amik gambar ko. Diri tegak. Agak pelik disitu sebab jarang gile la dua laki nak jalan-jalan amik gambar kat bangunan. Hahaha! Hubby cakap diorang datang dari jauh tu, biar la...
Masa ni aku start message ex-bf aku zaman skolah menengah (ye, aku masih baik ngan ex aku tu, kitorang macam kembar, dia pun dah kawin), tanya dia tau tak Pusat Kraf tu. Dalam dok sms tu kitorang jumpa satu bangunan ni. Punya la sonok, ingat betul dah! Rupanya ni Wisma Negeri. Hahaha!
Patu kitorang naik keta and buat satu lagi pusingan, untuk amik gambar tugu ni. Agak tak paham kenapa depan perpustakaan ada tugu untuk perwira yang telah gugor...mungkin bangunan ni ada sejarahnyer...takut la camni nak masuk library! Hahaha!
Masa pusing lake garden tu nampak satu lagi bangunan yang sama macam perpustakaan tadi. Rupanya ni la Pusat Kraftangan. So mananya Pusat Budaya yang bumbung minangkabau tuuuuuu? Haihhhh...tu la, patut bawak map tadi. Kat New Zealand, bleh jer cari...Seremban pulak yang tak lepas!
Pusing-pusing lagi, asik jumpa bangunan yang sama. Bosan punya pasal, amik je la gambar apa-apa pun. Kedai bata ada la...cantek!
Patu hubby ajak pegi cari TKC. Maklum la, budak STAR kan bermusuh ngan MCKK. MCKK plak girlfriend diorang kebanyakannyer budak TKC. Hahaha! Jumpa la, depan kubur Kristian, dalam hutan. Mesti banyak flasher keliling pagar kan?
Kitorang teruskan misi mencari Rembau. Sebabnya, hubby bayangkan Rembau tu macam satu town yang besar. Tunggu dan lihat je la.
Sekali sampai, ha amik! Besar lagi Tepen! Ok, Tepen besar sangat. Besar lagi Parit Buntar! Masih besar lagi. Ok, besar lagi Bagan Serai! Hahahaha! Masa ni aku suruh hubby benti keta kat tepi lorong, aku jalan kaki, amik gambar batu tanda ni. Betul-betul kat simpang traffic lite. Sume orang tengok aku. Hahaha! Nak je aku cakap, amik gambar untuk kajian tempatan tingkatan 3.
Agak dah puas dengan pekan Rembau yang ada satu dua je pasaraya, kitorang gerak balik ke arah Pedas. Ada nampak satu Wet World kat Air Panas. Nasib baik airnye tak panas. Hahaha.
Awal-awal aku cakap kat hubby, aku nak amik gambar signboard Pedas. Tak kira la camne pun. Dah la gelap, nak amik gambar masa keta tengah bergerak memang kirim salam. So aku suruh hubby patah balik, patu benti kat tepi jalan. Wah! Teringat masa nak amik gambar kambing merino dulu, camtu la kitorang patah balik. Sebab takut bukan nyer nak datang lagi kan, so better amik. Dapat jugak :D Masa ni aku buat cite, camne dapatnya nama Pedas ni. Zaman dulu-dulu, ada orang tengah makan. Patu dia lari kuar kedai, ada plak orang macam Parameswara kat situ, tanya apa nama tempat ni. Yang orang tu tengah terjelir lidah, sambil cakap Pedas! Pedas! Dengan kuasa veto yang orang besar tadi tu ada, dia kasi la nama Pedas...hahaha!
Then balik ke arah Seremban. Nak cari masak lemak cili api memang tak dapek den nak nolong, dah malam. So kitorang benti cari burger jer. Maklum la, siang tadi dah blasah steak, duit pun dah terbako. Kedai cendol Leman Dawi plak tutup.
Misi Rembau berakhir di Nilai, yang mana kitorang nak cari bamboo blind utk pintu tepi. Malas nak tengok jiran sebelah nanti. Hahaha! Tak la, sebab hujan tempias, kena pintu kaca tu, abis rosak kang. So beli la 2 keping 5'X6'. Memang murah. Kat Giant, Tesco, Ikea, kedai hardware, sume lebih RM100 satu, kat sini, dia letak RM200 untuk dua, patu turun RM180. Kedai pun dah nak tutup. Aku layan lentok kat bangla pakistan tu skit, dapat la RM170 untuk dua.
Paling best untuk misi jelajah ni, yang penting, kitorang dah pegi Eiffel Tower. Ko hade? Hahahaha!
(Hmm...kesian, kesian...dah kemaruk sangat agaknyer ko ni Biqque...)