Nuffnang Latest

Monday, January 4, 2010

Pi Mai Pi Mai Tang Penang


This year punya new year, sangat menakjubkan. Sape sangka, kak ngah, abang ngah, ida, i, and 4 orang anak sedara, bleh karaoke 2jam, while hubby, abang, and abah sukati main snooker sambil asap berkepul-kepul kat building atas! Hahaha! Dah kalah ngan hubby, abah turun bawah, join kitorang karaoke plak! Kitorang siap amik video lagi! BEST GILE! (Bodo la sape yg rasa tak best keluar have fun ngan family sendri kan...)

Memburu Rindu by Abang Ngah (gelap, so dengar suara je la ye...tapi tak sangka betul abang ipar aku sore sedap!)
video
Wajah Kekasih by Ida and Me (siap menggelongsor badan tuuuu, kahkah! patu ending tetiba laju! kak ngah gelak tah hengat!)
video
Sengol-Sengolan by Me (dangdut tak hengat kat finale siap nari laju-laju...HAHAHA!)
video
Jatuh Cinta Lagi by Amin and Azri (kitorang jadi gadis penggoda tapi dia buat dekkkk je!)
video
Last but not least, Widuri by Abah and Abang Ngah (again, gelap...dah la Abah gelap! patu gelak je lebih...boleh blasah gak Abah aku ni! hahahahaha!)
video

The next day, kitorang terjah Penang. Kitorang pegi 3 keta. Pegi naik ferry, balik naik jambatan. Memang itu style kitorang dari kecik, nak merasa naik dua-dua. Dalam ferry, buat keje gile amik gambar macam tak penah pegi Penang. (Padahal sejak kecik! Tak sedar diri sungguh!)


Sampai Penang, kitorang sempat bergambar kat dinding bangunan lama sementara tunggu abah pegi beli umpan untuk mancing.

Motif asal, laksa tanjung bunga la kannnnnn. Ha amik, laksa berpinggan-pinggan, siap bungkus lagi bawak balik rumah. Maklumlah, dari kecik dok pekena laksa makcik ni, dari dia hidup bawak basikal roda tiga, sampai la arwah, and skang anak-anak dia plak sambung. If korang nak try, make sure cari lori kakak ni ok!
Then abah, hubby and I, gi mancing kat ujung pantai. Memula abah dapat sekor, then me (biasaaaaa), then dalam tak sedar, hubby bawak naik sekor ikannnnn! (Yang dia sendri tak sedar ikan tu dah sangkut! Bleh? Kahkahkah!) So, it was a draw la sebab sume bawak naik sekor ikan comel...and hubby tu, beginner's luck je tuuuu! Haha!

Lepas asik sangkut je mata kail kat batu, kitorang stop. Salin baju, join kak ngah, abang, ida, and 4 anak sedara mandi laut! Perghhhhh! Ombak kuat macam kat Gold Coast tu! Punya la best siap lawan sape lagi terer tak terpelanting. Hahaha! Kitorang mandi sampai la lapar balik.

Pe lagi, nasik kandaq line clear arrrrrrrrrrr! Kitorang amik udang, ayam, telor sotong. Menceceh air liur. Kedai tu havoc ngan family kitorang je sebab beratur panjang, nama je kedai line clear, tapi tak clear pun line nyerrrrr...hahaha! Abah siap potong queue! Patu kak ngah ngan ida tak senonoh dok main kat kepala ikan. Eiiii, if I la, memang tak makan dah! Brapa ramai orang lalu lalang situ! Hahaha!

Pas makan, kitorang selamba skip bayar parking sebab palang tu terbukak. Kak ngah ngan abang, tunggu, gi panggil minah jaga parking tu. Rupanya dia sedapppp gi makan, siap marah-marah sebab abang gi panggil dia! Ada ke???

Then kitorang gi padang kota lama, sebab anak sedara nak main layang-layang. Ingat nak repeat mancing lagi, tapi air dah terlalu surut, so takut sangkut kat batu. So kitorang lepak baring kat padang tengok anak-anak buah main layang-layang. Abah mula la nak cuba macam-macam...disebabkan tali layang-layang tu pendek, abah gi amik pancing dia, sambung kat tali pancing tuh, hahhhhhhhh memang layang-layang kitorang la paling tinggiiiiii! Hamik! Memancing layang-layang di padang! Siap macam tarik-tarik dapat ikan tuh! Kahkahkah!

Agak dah bosan, abah start mancing balik. Kitorang lepak je pekena rojak buah disamping angin sepoi-sepoi bahasa. Memang layan. Tadi abah guna umpan udang, this time guna sotong. Kitorang heran gak nape dia guna umpan sotong. Katanya liat skit nak kunyah, so umpan tak abis cepat. Hahaha! Ada hati tu nak menipu ikan! Skali tarik, rupanya ulat bulu yang sedap dok menghisap sotong tu! Eiiiiii...geli gile ulat bulu laut tu!

Nak tgk gambar Penang yang lain? Click shini!

Dah kul 9, kitorang ciao. Letih, sok nak balik KL. TAKMOOOOOOOOOO! :(

2 holler:

Ammar Abd Halim said...

laksa ceroi penang, nampak menarik..

biqque said...

memang sumpah sedap ammarrrrr!

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog