Nuffnang Latest!

Wednesday, November 4, 2009

Zaman Jahiliah : Tahap Menengah & Rendah

Tetiba teringat masa dulu-dulu, zaman sekolah menengah rendah...(ni sume Aisha punya keje nih!)

Crush
Bila Aisha cite dia gilekan Slash, perghhh, gile ganas. Aku hanya gile suka kat Fred Savage (Wonder Years) sebab cerita dia pasal budak-budak bercinta. Sama macam Mark Paul Gosselaar (Save By The Bell). Dua-dua ni memang jenis cute-cute nyer type la. Tapiii tak leh lawan Aaron Kwok dengan Leonardo DiCaprio! Aku punya suka kat diorang ni sampai aku pegi kedai gunting rambut cina amoi tu, mintak dia potong rambut sebijik macam diorang (tau kan, rambut pendek bulat belah tengah tu?) Apa? 21 Jump Street? Pompuan bodo je tak kenal Johny Depp dalam tu! YE, MASA TU AKU BERSUMPAH, AKU SANGGUP TIDO NGAN DIA DOWH! HAHAHAHA! Handsome tahap gaban tau! Almari jangan cakap la...dari luar, kosong, baik je. Bukak je dalam, nah, melekat sana sini gambar artis kesayangan! Bila spot check, jenuh cover ngan tracing paper or brown paper! Kahkahkah!

Tudung
Masa kat hostel dulu, WAJIB pakai tudung. Ye la, asrama kan. So budak-budak perempuan ni, biasa la...tak mencabar la selagi tak tunjuk rambut ko kaler apa, corak apa, bentuk camne kan. So, untuk berbuat sedemikian, korang kena masuk apa-apa acara sukan. Tak kira la netball ke hockey ke. Aku masuk dua-dua. Haaaaa...masa pukul bola or nak amik bola tuuuuuu la tetiba tudung terlucut! Hahahaha! Tak bleh blah ok! Masa tu plak rambut aku gile karat. Baik ngan cikgu disiplin je, terus lepas. Tudung plak, zaman tu semua letak kertas la, transparency la (betul, nak kasi bulat nyer pasal), or paling cikai, skarf yg dilipat berulang kali.

Rap
Ni paling saiko la...dulu, mesti nak glamer kan? Salah satu acara untuk mengglamerkan diri, junior akan lawan menari rap dengan senior (abang-abang sahaja). Masa tu zaman Kriss Kross, MC Hammer, 4U2C, Nico, KRU kan. Tapi ni bukan menari secara street dance depan-depan tau. Ni lagi gile. What the juniors did, diorang akan naik katil atas (double decker) and nari atas katil tu! So korang bayangkan la, atas tilam getah tu, bergegar-gegar katil besi karat tu, kipas angin kat atas kepala, tapi korang nari terhenjut-henjut tak jatuh! Hahahaha! Seniors plak akan tengok dari block seberang, direct ke celah-celah jaring kat block bawah tempat juniors tadi menari (kira seniors bangunan dua tingkat, juniors kat bangunan setingkat). Ha gile tak gile! So the next day, masa prep, lalu depan kelas abang-abang senior, masa tu ko akan dapat ranking korang. "Yang ni...ok...yang ni...tak ok..." gile kasi kasta! Hahaha!

Baju
Aku ni rapat ngan arwah mak. Arwah mak plak sukaaaaa tempah baju. Kalo dia buat reben, reben la aku tiru. Kalau dia buat ropol, ropol la aku. Kalau dia buat lis, lis la aku. Punya la aku puja baju-baju dia. So masa kat asrama, baju aku agak "terlebih sudah" la kan. Siap ada baju kurung kaler shocking pink! Sape nak jawab! Patu tak pakai kain dalam adalah satu kemestian sebab konon jarang, leh kasi abang-abang ngorat. Bahananyer, akak senior yang jeles patu kena cop budak gedik! Hahaha! Korang penah conteng kain? Ala...kat pelipat kain skolah tu. Guna liquid paper :D Aku penah. Setiap pelipat tu ada signature kawan-kawan. Bila assembly, ramai yang kantoi. Tapi aku lepas, sebab pe? Sebab baik dengan cikgu disiplin. Hahaha! Penah pakai/tempah seluar "gayboy"? Yang ada buckle kat tepi kiri kanan, kain kotak-kotak tu. Ha, sampai kena maki ngan abang sendri la kan. Kahkahkah! "Seluar sapu lantai" katanya.

Rambut
Selain daripada rambut bulat belah tengah ala Aaron Kwok tadi, aku jugak penah ada "remos" ala Ruhil Amani penyanyi lagu Kawan tu! Semua ni sebab aku ada dua orang kakak yang hidup zaman Ruhil. Aku plak terpinggir, budak plak tu, so nak join punya pasal, aku buat rambut camtu gak! Siap kembang ala cobra lagi kat kiri kanan. Ya Allahhhhhh! Bleh plak auntie kedai tempat arwah mak slalu perm rambut dia, gunting pendek, siap kasi ekor! Ingat tak rambut ekor??? Haaaaaaaaaa aku balik nangis tau! Macam hina nyer ada ekor rambut auntie ni pejadah buat rambut aku camniiiiiiiiiiiii!!!

Kawan
Dulu aku ada sorang kawan rapat, sebelah rumah (kanan, kiri tadi umah Tok Udoh tu). Kitorang suka main "fashion show". Tengok rumah sape yang takde mak bapak, kitorang buat kat situ. What we did, sorang masuk bilik depan, sorang bilik blakang. Patu reka la nak pakai baju camne, seksi ke tak, ikut citarasa masing-masing. Patu jerit "Dah ka?" "Dah!" "Satu, dua tiga! Tadaaaa!" Macam cowboy main tembak-tembak tu, tapi kitorang tunjuk la baju ciptaan kitorang. Dia besar skit dari aku, jadi sah-sah la dia seksi lagi, putih plak tu! Tapi sian dia, skang saiko, duk umah tak keje, tak kawin-kawin lagi. Sigh. Dalam masa yang sama, kat area tu, ramai budak kecik...dalam 10 orang gak la! Kitorang ni macam tai ka che la kat diorang. Aku suka buat sukan lumba lari. Hadiahnyer, aku kait getah belacan buat rantai, patu lukis kat kertas kadbod, No.1, No.2, No.3. Patu sape menang, kalungkan la. Orang cakap kitorang buli budak-budak tu sebab asik kitorang yang menang. Manade! Hahaha!

Abang
Kan tadi aku cite aku ada dua kakak? Since diorang remaja masa aku masih budak, aku rapat skit ngan abang. Beza setahun aje pun. So kitorang slalu main gusti. Siap ada aksi "kunci" kaki sume tu la. Bila aku sakit, aku nangis, dia suh aku diam. Takut abah marah sebab bising. Haha! Yang lawaknyer, dia ramai kawan kat area tu. Ada yang hensem, ada yang tak. Yang mana hensem, memang aku akan melawa la bila diorang datang. Main kawin-kawin tu dah jadi kebiasaan, sebab yang datang sume panggil abang aku, "Abang ipar" (konon). Disebalik keayuan aku yang tak brapa nak ayu ni (hitam-hitam pun maneh bak kata abang kat kaunter Puduraya tu), aku akan cuba berpakaian cantik la. So auntie aku suka buat baju tido ala maxi labuh. Aku punya suka baju tu, aku pakai la satu malam ni, pi kedai depan (ada budak tu aku suka, hensem.) Skali aku tatau la nape, aku buat flying kick la kat depan kedai tu. Ingat lepas la! Skali tersadung baju maxi tu! Gedebuk aku jatuh, nampak plak spender bintang tigaaaaaaaa! Ha, sebulan la aku kena ejek "Jula juliiiii bintang tigaaaaaa..." malu seh...

FunFair
Aku suka funfair (kecik-kecik panggil "panpe"). Aku jugak akan masuk segala pertandingan/acara nyanyian kat situ sebab arwah mak suka aku buat benda-benda seni ni. (jiran sebelah umah aku nama Tok Udoh, tok kepada FaraWahida si penyanyi tu. Kecik-kecik, Tok Udoh ni jaga aku dengan abang aku.) Zaman tu, Search, Wings, Fabian, UG14, Damasutra masih lagi pegi buat show kat funfair camni (aku ada gambar dengan Search ok, pakai baju Chicago Bulls. Sungguh la tak masuk!) Seronok nyanyi kat funfair ni sebab ramai orang tengok. Agak menggeletar, tapi ku gagahi jua. Aku nyanyi lagu "Kad Ucapanmu" by Norshiela Amin. Hahahahahaha! Tatau nape aku pilih lagu ni! Tapi part ending tu aku bleh nangis sebak sebab lagu sedih! Host funfair tu tak terkata. Dah la tu, dapat hadiah! ROKOK SALEM SEKATON! Ada ke kasi rokok kat budak??? Dah la rokok pondan plak tu!

Banyak lagi...nanti bebila sambung! Nak ke Awana Genting for Teambuilding bosan...bye! Btw, kalo korang ada cerita menarik masa zaman jahiliah tahap menengah dan rendah, cerita la!

9 comments:

Unknown said...

Kah kah kah...I gelak sampai terguling2 nih..lawak gila babi!!! Spender 3 bintang yang tak tahan tu...aduiii laa...

Liz said...

Ya Rabbi!! Gelak sampai nangis tau...(sebab tak leh gelak kuat2 dalam office nih). Giler active budak ni masa muda remaja dulu....ishk!

3plepl8 said...

cam spender komunis ja...

Biqque said...

haaaaaa gile tak gile la kan...hahahaha!

Ely Hasrul said...

aku tau psl spender jula juli tuh! yg aku xpaham sampai skang napalah ko buat side kick tuh!!!! hahahahahahhahahahahahaha!!!!

Zafrina said...

biq, opie tanya seluar gayboy ke seluar GQ???? wakakakaka!!! masa tu org tak tau pun gayboyla.. hahahahaha.. i baca blog u sampai nangis2 gelak tau! terbayangkan u buat side kick nak tunjuk terer kat mamat tu.. dah tu pakai baju tido pg kedai! hahhahahahahaha!!!

Biqque said...

ha zaff, GQQQQQQ! silap2...i main blasah je masa taip ni...

kedai tu depan umah je korang...mak mamat tu bukak kedai makan kat depan taman tu...sumpah tatau nape aku buat sidekick tu...yg aku ingat aku ikut blakang abang aku masa tu...so aku nak tendang dia kot...hmph!

Cawan said...

Crush; no komen
Tudung; bile transparency tu trkeluar, malu besar laa ngn laki2 yg tgk..
Rap; Kami Rappers Yo Yo Yooo.. Fiona.. and biq, Nico tu slalu lepak umah jiran aku kat belah depan.. slalu diaorg prektis dance.. huhuuu, mamat nampak rock, tp lagu, lol..
Baju; time msuk asrama mmng culture shock.. bab sluar GQ plak, bawah 20inch, lidah pocket batman, button lagi..
Rambut: rambut tempurung..
Kawan; kaki ko mmng dh panjanggggg!! jauh laa langkah nye.. lagi mau lumba lari, huh!
Abang; biq mmng suke tendang2 ni.. ok 3 bintang kasi up! gedebuk..
FunFair; dulu suke main bola pingpong masuk jaring, senang2 jek dpt air kotak..

Biqque said...

hahahaha cawannnnn...

Subscribe To This Blog