Nuffnang Latest

Saturday, November 7, 2009

Pretty Fly For A Local Band?

Dulu masa gilakan HW3, memang layan live band. Mana diorang perform, kat situ jugaklah kitorang akan pergi. Dan dah berjuta kali jugak la I dok compare band lain dengan HW3 ni. Memang masih tak leh lawan la combination Effie and Winnie yang memang sedap nak mampos tuh!

Since kat Awana Genting ni ada live band, terasa macam nak layan la kejap, tengok camne best ke tak band ni. Pretty Fly, 3-piece, muka cam Philipino tapi sebenarnya local. Ada guitarist, singer (pompuan) and a keyboardist (macam penah tengok). I sampai masa 2nd set. Duduk, order coke (pergh dah lama tak bayar coke RM10), tengok keliling, kerusi lagi banyak dari crowd. Hmm...mesti bosan ni.

Guitarist tu nyanyi...lagu Indon? Ungu ke apa ape tah. Syok sendri! Dah la tu, nyanyi dengan mengetap gigi! Camne tu?! Ahhhhh...abih la ni. Patu keyboardist tu plak nyanyi...lagu Heal The World by MJ...dia rasa sora dia bleh pegi la tu kot...bolehhhhhh laaaaaa (masih tengah figure out sape keyboardist ni).

Ada orang request, lagu cam gampang. Ada ke mintak lagu Lady Gaga!!! Macam tak penah tengok band perform. Manade band perform lagu yang latest-latest sangat bangkaiiii. Dah bosan sangat, I jerit "I WILL SURVIVE! I WILL SURVIVE!" Ha itu ye sume band penah main. Hahaha! Tapi tak dapat sbb diorang nak break for last set.

Masa dorang break 15 minutes, singer pompuan tadi datang kat I. Lepak, I introduce nama I, and dia introduce nama dia Ijah. I start korek..."Lama dah kat sini? Before this kat mana?" Dia cakap la dah 3 bulan kat Awana...before this merata ar kat KL area. I cucuk lagi..."Oooo...so kenal la HW3? Effie...Winnie...Kudin..." "Aaa Winnie...kenal...orang Kelantan kan?" dia tanya. "A'ah! Hahaha..." Patu cite la Winnie dah kawin, laki Kelantan gak, ada 2 anak nak masuk 3, anak-anak pun cakap Kelantan! Patu dia ingat la Winnnie ni putih melepak, Abg Bard rambut panjang and so on (dia macam tak kenal Effie je). Patu I tanya la sape keyboardist tu, muka cam kenal. Dia cakap ex-NRG. Ooooo patut la cam penah tengok, tapi masa tu dia rambut panjang. Ijah tu cakap, dah 3-piece ni kena potong rambut (tah tak paham nape, I abaikan je.)

Then diorang start the last and final set. Bukak je set, terusssssssssss "At first I was afraid, I was pretified..." I WILL SURVIVE LA KORANGGGG! Hahaha! Dapat gak! Memang best la aku dok bergoyang (kat kerusi je la pun, takde geng). Patu tetiba lagu I'll Be Missing You (Puff Daddy) tu ada add lip "...seluar dalam (kuning), ...seluar dalam (belang), ...seluar dalam (masam)" APE KESS??? Kahkahkah! Trying to be funny, tapi orang tak gelak ok!

Patu dah start balik lagu orang tua...tak leh bawak rock sebab takde drum and base. Kan dah rugi camtu...dah abis, I balik bilik. So, memang...susah la nak cari band yang bleh caras HW3 (rempitnyer bahasa)!

0 holler:

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog