Nuffnang Latest

Tuesday, April 21, 2009

Zoom In Penang - Day 2

Bangun pagi, siap-siap, turun breakfast. Tengok dishes dia, sedap and best. As usual, I kalo breakfast kat hotel, mesti amik cereal and scrambled egg. Patu sausages…tapi…
“Ayang, you rasa chicken ham and sausage ni halal tak?”
“Tah la…halal kot…”
“Mmmmm…tak yah la…”
Ini la kesannya baru balik dari Negara omputih! Hahaha! Sampai makanan kat M’sia pun dah rasa cam tak halal je. Padahal kat hotel, mesti la halal! Apedaaaa…
Tetiba Abang I called, tanya kitorang buat pe. Diorang nak tido Penang arini sebab esok Perak cuti. Kak Ngah pun ada! Wahhhh best nih! I called Kak Ngah, diorang dah atas feri dah! So I changed my short pants and janji ngan diorang jumpa kat Chowrasta. I pakai skirt jeans, straw hat again and long sleeves top.
Masa jalan keluar dari hotel (Cititel ni walking distance je ke Chowrasta), ada la satu aunty cina tua pakai payung ni cakap cina dari tadi ngan I. I tak brapa paham la apa dia cakap tapi dia macam nak mintak tolong pimpin dia untuk lintas jalan tu la. Dia dok cong ceng cong ceng. Last-last I cakap,
“Aaa…lai lai…”
“Um koi ar cong ceng cong ceng” tak benti cakap lagi.
“Mo man tai…” I let her go and walked straight la.
Patuuuuu dia dok cong ceng cong ceng lagi sebab depan tu ada satu lagi jalan. I tahan keta then dia jalan sama ngan kitorang lagi la. Patu sambung cong ceng cong ceng lagi. Ya Allahhhhhhh, is it too obvious I pakai bukan macam melayu??? Semalam cam jepun, arini cam cina plak! Hahaha! Semalam kat Bukit Bendera, I beli air kat budak perempuan melayu ni, dia bleh tanya in English, what you want? Mineral? Cold? Weh aku melayu laaaaa…lepas I cakap melayu, baru dia cakap melayu. Hahaha!
Dah sampai kat Chowrasta, jumpa Kak Ngah kat bazaar baju. Masa ni, Abang I plak tak prasan I! Adeh…lama je I tengok dia, dia leh jalan buat tatau menononggg je. Hampeh! Patu kitorang gi beli jeruk. Hubby nak sangat asam katok dia, dapat gak akhirnya.
Lepas beli, kitorang gerak ke hotel. My sis and Abang nak tengok hotel tu. Kecik as what I told them la. Lepas check out, kitorang gi cari hotel untuk diorang plak. My sis ada hotel favourite, Crown Jewel, tapi renovation plak. So gi Paradise, yang standard dah abis. Last-last gi Copthorne. Tempat kitorang penah stay.
Since my sis government servant, dapat la bilik besar dengan harga standard. Macam biasa, I slalu mintak sea view, then the highest the better. Memang dapat pun paling tinggi! Siap sampai ke board nama hotel tu lagi! Haha! RM150 connecting rooms. Besar dari bilik kitorang tadi, siap ada balcony.
Then kitorang kuar balik gi makan nasik ayam kat kedai depan. (Toy Museum semalam tu, betul-betul depan hotel ni). Tapi nasik ayam tu malam je. So kitorang gi makan kat Khaleel, nasik kandaq lagiiiii! This time, takde telur-telur. Hubby cakap amik telur ayam je…hahaha!
Lepas makan, kitorang gi Batu Feringghi. Since tak nak mandi laut, kitorang decide nak mandi pool je, sebab pool hotel ni besarrrrrrrrrr sangat! But before that, singgah tempat makcik laksa Tanjung Bungah. Dari kecik kitorang makan laksa makcik ni, tapi akak tu kata makcik tu baru je arwah…Innalillahhhh…tapi nasib baik akak tu sambung penjualan laksa mak dia tu! Bleh merasa lagi!
Kitorang tapau je. Patu yang laki-laki bersama anak-anak semua balik hotel. Kak Ngah, Ida, hubby and I, bersama Skin and Hasrul, gi cari Giant. Nak cari tights buat mandi. Malangnye, Giant situ takde bahagian baju. Laaaa…patah balik gi Batu Feringghi, masih tak beli pape. Last-last ada satu kedai jualan kat town, beli kat situ je, tapi kecik skit. Mau ke Abg Ngah pakai ni???
Balik hotel, makan kejap, then salin baju. Since Ida takde baju and Kak Ngah tak suka baju dia, I kasi duit, suh dia beli baju kat hotel tu je! Haha! Sekali tu dia bleh plak la beli baju cam orang angkat berat tuuuuuu! Lawak sehhhhh!
Masa ni Skin dah takde, diorang balik ke KL dulu. Dapat gak Skin naik feri ye…hehehe! Kitorang plak, teruskan mandi macam tak sudah. Yang laki bini dok peluk sana sini, yang anak-anak melompat sana sini. Pandai jugak my niece and nephews berenang ek? Bagus-bagus…
Dah senja, kitorang bergambar tak henti-henti sambil gelak-gelak dalam pool. Tah pape, riuh satu pool tu dengan aksi-aksi lucah kitorang. Haha! Abg Ngah pakai towel kat dada dah macam pondan blakang opis ni ha! Hahaha! Hubby tak abis-abis dok buat sign peace masa bergambar, ala-ala Shafie Afdal tuuuu (menteri with peach sign).
Lepas siap, kitorang gi dinner kat nasik ayam siang tadi yang tak bukak tu. Sedap gak la. Lepas makan, kitorang gerak. Naik feri, slow la pulak. Terpaksa la tunggu gak. Then I tido sampai la singgah umah Kak Ngah amik laptop kitorang. Then jumpa my dad kat kedai satay dia, then gerak ke KL. Sampai KL kul 4 pagi! Sian hubby, tapi I ngantuk sangat. Sampai je terus tido…sok nak kejaaaa!!! Sigh…
P/S: Gambar nanti ye...

3 holler:

dibitz said...

mo man taiiiii............

biqque said...

nak je ckp "um sai keng aaaaaa" hahaha!

elysuhaili said...

aku mati2 ingat ko pelancong korea/jepon sebok nk amik gambo kitorg kahakhakahakhkah..

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog