Nuffnang Latest

Sunday, April 26, 2009

Terokai Paya Indah Wetlands

Paya Indah Wetlands.
Does it ring any bell to you?
We came acrossed this place on the way to Sepang GoldCoast last few weeks. Dulu cari memang tak penah jumpa. Bila tak cari, ternampak la plak.
Masa pegi haritu hujan and tutup. Since today kitorang nak tengok parking rates kat LCCT, we decided to stop by again at this desserted PoI untuk bergambar.
Masuk je area tu, terus pusing satu round. Tak banyak sangat kereta. And memang kena drive through pun sebab nak jalan, mau patah kaki and hitam satu badan. Then we stopped at one area, ada chalet mewah kat situ. Depan dia ada paya full with bunga teratai.
Sekitar tu ada beberapa lagi chalet mewah…tapi semua kosong.
Tempat ni sangat cantik untuk bergambar. Pakage outdoor untuk pengantin memang sesuai skali. Hehe! Lepas selesai bergambar, we moved to another spot. Ada kolam besarrrrrrrrr penuh dengan itik-itik dan angsa-angsa comel! Wahhhhh aman nyerrrr! Berhenti kejap and snap gambar. I sampai terjatuh sebab kaki termasuk dalam satu lubang kecik! Waaaaa…sakit tau!
Ignore the pain, kitorang bergambar lagi dan lagi!
Dalam kolam besarrrr tadi, kelihatan benda hitam bergerak dalam air just nearby the tree. Diamati dekat-dekat…HIPPO RUPANYAAAAA! Ada 3 ekor! Sedap dok berendam! Comelnyeeeee! (Mesti mahal kan diorang beli hippo ni?)
Patu ada satu lagi kolam besar dan lagi luas dari tadi, this time, kolam buaya plak. (Tapi sekor buaya pun tak nampak.) Wah…mau nyer malam-malam terlepas, sedap je naik ke chalet tu kan? Haha!
Overall, tempat ni memang aman…or TERLALU AMAN. Hehe. Sebab takde orang and sunyi. Tapi sumpah cantik.
Kiranya, projek ‘gajah putih’ ar ni…sebab Che Det dah launched tempat ni since year 2001. Sampai skarang baru bukak separuh.
Then kitorang stop kejap kat kaunter penerangan. Actually kena register dulu, baru bleh jalan-jalan dalam wetlands ni. Kitorang plak dah selamba je blasah masuk baru gi situ. I tanya brapa harga chalet tapi budak kaunter tu kata tak bukak fully lagi. Bila hubby tanya tempat ni under sape, dia cam was-was je jawab under kerajaan Selangor, tapi cam, hmmm Selangor la senang cite. Tah pape…tah-tah Khir Toyo nyer projek! Kahkah!
P/S: Kalau tak de Kem Latihan PLKN, mesti tempat tu lagi sunyi. Tengok je la budak dua orang kat bawah ni yang teringin nak masuk PLKN tapi terlebih umur! Haha!
Janji dapat berjalan!

More pics here!

0 holler:

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog