Ready???
A) Setiap gambar MESTI ada Blogger. (Ye, sume muka aku dalam gambar.)
B) Setiap gambar MESTI pegang/letak/lekat kertas A4 tulis "PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2012". (Ye, sume ada kertas azimat itu.)
C) Setiap gambar MESTI kena pakai baju raya. (Ye, tahun ni aku banyak jenis baju raya.)
10 CHALLENGES YANG PERLU DILANGSAIKAN!
Idea Biqque.
1. Blogger bergambar bersama kereta lama dan buruk (mesti kereta berusia 20 tahun atau lebih)
- Nasib baik la ada BANYAK keta buruk kat Tepen. Masa amik gambar ni, jenuh la tahan malu dengan tokey kedai potong yang kena tangkap sebab curi lori baru-baru ni (siap masuk TV tuh!) Hubby pandai, tanak malu, dia amik gambar dari dalam kereta jer. Anak sedara aku terkekek-kekek tahan gelak!
2. Blogger bergambar terlentang dimana pelita raya berada di kedua tapak tangan (mesti dua pelita, satu kiri satu kanan)
- Hahaha! Tak senonoh kot! Nasib baik takde minyak gas, kalo tak, aku dah bakar dah pelita tu. Masa ni Kiki (my cat) dok sibuk datang nak cium-cium muka aku. Dia heran agaknyer...hahaha!
3. Blogger bergambar makan kuih raya di dalam kedai/pasaraya sebelah cashier (mesti ada cashier tengah keja, kalo dia gelak lagi bonus)
- MasyaAllah, ada la tiga empat kali aku melilau cari kaunter kosong sebab ada guard tu dok ushaaaaaa jer macam aku nak curi barang! Malu gile okeh! Nasib baik la aku cakap kat adik tu, "Dik, gelak jer, gelak jer ok?" Ha bonus tuh! Dengan kuih tart nenas kat mulut, ya Allahhhh! Laki aku zoom dari jauh jer malu nak ngaku bini hahaha!
4. Blogger bergambar main bunga api depan balai bomba dgn kadar api yg besar (pepandai la korang nak buat apa dgn bunga api tu kasi api dia nampak besar)
- Ni baru buat malam semalam. Memang takut jugak kena halau dengan bomba sebab gile ko, main bunga api depan balai bomba, ko dah kenapa kan? Hahaha! Siap buat bentuk lagi. Pastu cepat-cepat aku terus buang bunga api tu dalam longkang, lari masuk keta, blah! (See, ada bunga, ada api :D)
5. Blogger bergambar baju raya yang dilekat penuh dengan sampul duit raya (lagi banyak sampul yg dilekat, lagi bagus)
- Paling senang dalam sejarah la. Cumanyer tak sempat nak pakai riben lilit-lilit sampul duit raya atas kepala sebab laki aku dah malas nak layan...haih...
Idea Chawana.
1. Blogger berpakaian baju raya songsang (lelaki pakai baju perempuan, perempuan pakai baju laki)
- Memula pakai songkok bawah tudung, laki aku gelak besar! Dia cakap songkok tu kat atas la, baru nampak macho. Aku pun angkat tangan tadah doa, tapi tak hensem macam Ustaz Akil Hayy la pulak! Hahaha!
2. Blogger hias kenderaan korang bertemakan raya, dan bawa kereta korang berjalan-jalan dengan hiasan tersebut (lagi meriah hiasan lagi byk markah huhuhuh)
- Haaaa! Ni la dinamakan "creative thinking"! Katanya "bawak" kereta kan? Tak semestinya kereta Myvi. Aku guna jer kereta sorong, patu lekat sampul duit raya. Masa ni sibuk nak tanam pokok bunga kat depan rumah. Terus la sambar balang kuih, ape lagi, pose maut! Hahaha!
3. Blogger ambil gambar reflection diri sendiri (pakai baju raya) di mana2 tempat berkaitan, lagi luar biasa cara/kreativiti/tempat yg digunakan lagiiiiiiiiii bagus! (sila pikir di luar kotak)
- Ni satu lagi improvisation yang aku buat, amik gambar dalam spek ray-ban laki aku. Masa ni tepi jalan, tengah tunggu family aku. Ya Allah panas nyer lah dengan keta lalu-lalang! Seb baik dapat shot ni. Tu pun amik sendiri sebab laki aku amik asik la tak jadi. Puas hati!
4. Blogger memakai baju raya dan bergambar bersama patung demo baju raya di pasar raya (pepandai la korang nak pose maut camne)
- Pose tak maut sangat la sebab adik dalam kedai tu dok tengok jubah cardigan aku yang sah-sah menarik perhatian macam aku baru curi dari dalam kedai dia. Hahaha! Patung dewasa tak sama tinggi, terpaksa amik dengan patung budak!
5. Blogger kibar bendera Malaysia sambil pakai baju raya di tempat yg tinggi (tiang lampu, atas pokok, apa2 yg tinggi, etc)
- KORANG MAMPU PANJAT TEMBOK RUMAH CIKGU SKOLAH SAMBIL PAKAI JUBAH??? Enuff said.
Tak sabar nak tengok orang lain punya! Chawana ngelat la tahun ni! CIS! I hate you! Actually aku pun hampir-hampir nak call off sebab BUSY yakmat! Dengan takde masa nyer, raya kejap, dah keja, kemas rumah, tanam pokok, open house sana-sini, tapi aku teruskan jugak sebab ni "ritual" tiap-tiap tahun yang kitorang buat. Yang penting, semangat nak join tu :)
Originated by Sekupang Team.
20 comments:
Hahahahaha lawak jugak nih.... tak leh blah terbaring kt lantai ngn pelita tu kekekekek..memang pasrah sgt rupenye kekekekek
Ha sapa lagi! sapa lagi..tak sabor nk tgk nih..hahaahah
gudlak!! aku gagal nk hadirkan diri kali ni sbb.................... (sila isi tmpt kosong)
kreatif betol hias kenderaan tu...tak terpikir hehehe
epic gila muka akak part baju songsang itu
jubah cardigan akak pki depan kedai tuh cantik warnanya.
selamat hari raya~
uk uloh...
gigih u panjat tembok tuh hahahaa...
alamak sorry arr dis year siyes x sempat nak join..
mmg bz yg amat , anyway x sabar nk tgk ye lelain punya...
na ngelat! tgk, sbb u, tak ramai masuk, cis...
aah, masa baring tu sumpah lubang idung nampak ketara hahaha!
lin, ko pun ngelat! bosan ar korang nih!
emy, hahaha malas nak hias keta beso :D
ajlaa, mmg tak bleh blah ok pakai baju melayu panas2...eiii letih! aah baju kuning tu mmg cam menarik, tak sangka leh pakai kaler camtu :) slamat ari raya :d
akoooooo, ngelat jugak sorang ni tauuuu. cis! ye la, gigih la semata2 nak support foto celen ni...kalo u masuk, mesti meriah :)
Omaiiii kete sorong tersusun smpul raya! hahahahhaa
jggl, aaaaaaaaa keta sorong plg cantik skali kan? hahaha!
hahahahah
panjat tiang rumah cikgu? nampak sangat macam budak sekolah yang nakal..
pastu tak teringat kete sorong pun boleh susun sampul duit raya..amat grafik cara susunan yang sistematik di situ dan di baju jubah..
bunga dan api depan balai bomba???adeh..senak dah perut nengok gambo..
mirip ustaz? (sambil hapal doa makan...)
dah
kejung muka akak nih
tahan gelak
dah
nak sambung kije
(sambil picit2 muka ilangkan muscle stress tahan gelak..)
aku xdpt tgk gambo nih, lembab sungguh nk upload nye! tp kan ekceli aku nk bwk kete berhias aku smpai umah ko suh ko amik gambo tp xsempat hahahahhahahaha kalu aku dtg cmgitu sure ko bengkek gile hahahaha
ps - sapa lagik submit? aku lupe nk letak link kt sini or kat mana2 la menunjukkan submission tuh ahha.. nk check yg lein2 .. mana?
waaaaaaaaaaaaaaaaaa
gambor ko pakai baju melayu ngan tudung tu mmg klakar la biqqueeeeee!!!!!!!
Oh maiiii
korang nie mmg best laa!!!
kak anash, tgk korang nyer lagi tak bleh tahan gelak hahaha!
skin, total dlm 6 org. ko tak tgk aku nyer lagi ke?
mas, terpaksa ok! terpaksa! hahaha!
Apsal tak terpikir nak hias 'kereta' lain ek?? ishk...
Misti seronok gi curik2 main api depan balai bomba kan? :D
tak sabarnya nak pegi rumah terbuka ustazah hijrah tahun nih! hrp2 ade puding roti yg sedap. my feverit tuh! kekeke
kalo utk kereta berhias, aku nk amek je kereta hotwheels cawan tu. aku hiasan. kecik je, so tak makan masa lama. kekeke
fara, setiap challenge tu ada idea tersembunyi :) sbb tu kitorang ckp kena creative thinking.
john, dulu aku dah buat, basuh keta tepi sungai, aku guna hotwheels hahaha! na pi basuh keta betul2 kat sungai, lawak gile! tapi mmg best :)
aishhh rugi! rugi dis year x join...
*tunduk sambel menguis kuis kaki...
tu la ako, this year nyer senang gile kottttt, rugi worrrr...
biq, ko buatla lagi senang skit tahun depan...klu tak mmg aku tak dayo nak buat sbb ai kan seorang yg pemalu =P
na tak buat ke? tak aci! nti denda dia ketuk ketampi!
fatt, ni dah abis senang la ni! tahun2 before this lagi la, kena cari pondan! ketapi lama! haaaaa...gile tak gile...
tak kira, ko dah janji tahun lps, tahun ni tak buat, tahun dpn ko KENA buat!
Post a Comment