Nuffnang Latest

Monday, February 8, 2010

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 3

Kak Saba terpaksa balik semalam jugak sebab Ahad dia kena mengajar. Tapi dia tak puas hati selagi Kak ngah tak bangun. Terus terang aku cakap, aku bengang gile ngan Abang Mus. Sebagai husband, dia patut paham, Kak saba tu tengah nak tunggu adik dia bangun. So jangan la paksa suh balik jugak. Tapi kitorang tak leh kata apa, kuasa suami tu lagi tinggi. Sebab dia kata if still sama je, better balik dulu. Tah la, tak paham.

So pagi ni aku uruskan rumah Kak ngah. Adik-bradik Abang ngah datang, aku buatkan air. Athirah dah banyak kali tanya aku, "Acu nak balik jugak ke KL?" aku tak dapat nak jawab...tatau nak jawab pe...aku terpaksa sebab aku kena keje..."Acu tak payah la balik, Athirah sunyi...if Acu ada, leh jugak layan kami..." YA ALLAH, BERDERAI JANTUNG AKU...aku memang tak tahan, aku suh hubby yang jawab nape kitorang kena balik...

Aku pun kalo bleh, tanak balik...tapi aku tatau nak buat apa dah...aku tak leh cuti lama...so aku gagahkan jugak balik KL arini. But before that, aku gi jenguk Kak ngah waktu lawatan tengahari. Masa sampai, parents hubby dah ada kat situ. Diorang masuk tengok Kak ngah tapi tak kenal. Ye la, dari depan terbaring camtu, rambut sume ikat kemas ke atas, muka bengkak, memang takkan kenal la. Aku sendri sedih tengok.

Harini demam Kak ngah still tinggi. 37.9 sebab ramai sangat yang masuk keluar. Tapi, dosage sedative tu dah dikurang ke 2mil. So Kak ngah cam separa sedar tapi still tak leh communicate. Dibah kata ubat tu tak leh bagi lama sangat takut dia tak sedar terus. Dibah dapat tengok x-ray Kak ngah and dia kata still ada jangkitan kuman tu kat peparu. Cuma, spasm (kejang) semalam tu dah berkurang skit la...occassionally rhonchi katanya...meaning, bunyi wheezing tu tak sepenuh tempat kat lung tu, kira ada yang dah tak bunyi la...so kitorang anggap tu sebagai satu perubahan yang baik.

Kat hospital, Athirah tanya lagi aku jadi balik ke tak...aku still tak jawab pape...sian kat dia. Kak saba called, tanya camne Kak ngah, aku cite la sume kat dia. Skang ni berharap Kak ngah dapat sedar, and bernafas sendri, tu je yang penting. Then dalam masa yang sama, kuman tu kena make sure ilang. Antibiotic and ubat sume still sama, tak tukar lagi.

Lunch kitorang kuar kejap, gi makan kat mamak. Terjumpa plak Abang ngah ngan parents dia makan kat situ. Semalam dah datang dari Teluk Intan, arini datang lagi. Sian diorang. Masa makan aku slow talk ngan Athirah, cakap aku kena gak balik. Nanti aku call dia tiap-tiap hari. If bosan, gi cari Wan tapi aku tau dia mesti takmo nyer tinggalkan Abah dia and dok ngan tok wan dia. Aku slow talk ngan Abang ngah, apa-apa info, bagitau cepat-cepat. Abang ngah tu tak leh nak pikir sangat, demam tinggi pun dia kata kurang, dah tak leh nak pikir dah tu. Ye la, mesti tak tau nak buat pe dah kan. Dia pun dok berterima kasih kat aku sebab buat macam-macam, especially bab doctor, nurse, accommodation sume. Mestila aku sibuk, tu KAKAK AKU tu dalam tu! Kan...

On the way, aku tak bercakap sangat. Dah la battery HP kong. Sampai KL baru aku dapat on patu dapat banyak miss called and messages. Abang kata demam Kak ngah naik 38. Aku dah mintak tolong Abang n Abah untuk tengok-tengok sama orang yang masuk tu. Takut bawak kuman. Aku call Athirah, nangis plak dia sebab sunyi. Adui...aku tak tahan la! Tak sabar nak balik tengok Kak ngah lagi.

Aku harap, sapa-sapa yang baca blog ni, doa-doakan lah...aku tak bersedia la nak tanggung semua ni lagi...biar aku mati dulu dari family members aku, bukan aku yang tengok diorang sakit, aku tanak...cukup la dengan kehilangan arwah mak...

Ya Allah Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah Kak ngah, Kau panjangilah umurnya dan Kau lindungilah dia dari segala kesakitan. Amin.

2 holler:

Ely Hasrul said...

tu dh ade perubahan ok tuh. insya allah baik ..

biqque said...

amin...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog