Nuffnang Latest!

Monday, February 8, 2010

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 1


"Kak ngah...hello..."

Tak de suara yg membalas..."Weh, Kak ngah, weh, nape ni?"

"Aku..." nafas terhenti... "kat...hospital..." terhenti lagi... "call...Abah..."

Luruh jantung aku. Aku terus call Abah. Rupanya Abah baru nak call aku sebab dia baru lepas call Kak saba.

Kak ngah was warded at 1AM sebab dia susah nak bernafas. Memang dia pernah masuk hospital, tapi tak pernah warded. Asthma dia memang slalu attack, but this time tak lega-lega. Aku terus jumpa boss, mintak balik kampung. I called hubby, he did the same thing too. Kitorang balik, capai baju seluar yg perlu, then gerak ke Taiping at 12.30PM.

On the way, aku tak bercakap sangat...tetiba Kak saba call...

"Kak ngah tak sedar dah..." and she started to cry heavily. Aku terus tergamam and nangis sepanjang jalan. Rasa macam nak cepat sampai je masa tu, aku tak ingat nak makan ke apa dah. Patu Kak saba called balik and kata Kak ngah dah masuk ICU. Diorang dah bius dia untuk masukkan tube untuk support pernafasan dia.

Guna machine??? This is serious...aku dah tak bleh blah masa ni. Tapi hubby mintak benti makan dulu, sebab dah kul 2PM, kitorang tak jamah apa-apa lagi.

Lepas makan, kitorang gerak balik. Abah cakap jumpa/berkumpul kat rumah Abah. Aku sampai, Kak saba pun sampai. Terus Abah cite apa yg terjadi. Rasa tak sabar nak pegi hospital nak tengok Kak ngah. Waktu melawat untuk ICU sangat terhad, from 12.30PM-2PM and 4.30PM-7.30PM. So kitorang dapat pegi yg 4.30PM nyer je.

Sampai hospital, aku tengok orang ramai gile beratur untuk tengok Kak ngah. Kebanyakannyer cikgu-cikgu sekolah dengan headmaster. Family sedara mara kitorang pun ramai. Sekali masuk, 2 orang je. Masa aku sampai, Abang ngah keluar, terus nangis. Dia peluk Athirah, anak sulung Kak ngah. Aku pun nangis skali sebab tak tahan tengok. Athirah tak dibenarkan masuk sebab still bawah umur. Kesian dia.

Patu Kak saba plak masuk, dia keluar and nangis. Ya Allah...terdayakah aku...turn aku masuk, aku masuk dengan tok. Aku dengan tok pegang tangan and nangis sebab masa kitorang masuk, nurse ngan doctor tengah tukar tube. Masa tu aku nampak semua benda macam jahat je dan tengah menyakitkan Kak ngah. Tapi aku tau they were trying their best (though aku tak rasa their best pun) to save Kak ngah.

Aku tak sabar nak tunggu Dibah, sebab dia sorang je doctor dalam big family aku. At least, dia paham and dia bleh cite kat kitorang. First day kat ICU, Kak ngah tak menunjukkan sebarang perubahan. Though heart rate, blood pressure, saturation dia ok, dia masih tak response dengan antibiotic and other 3 medications. Dosage sedative dia pun tinggi, 8mil. This time doctor kasi dia tak sedar langsung sebab nak kasi lung dia rehat. Ada jangkitan plak tu.

Actually kerana jangkitan tu la, lung Kak ngah tak berfungsi. Spasm. Kejang bak kata layman. Dia asik kecut je, tapi tak kembang. So respiration dia tak berjalan dengan betul. Disebabkan tu, dia kena guna machine untuk bantu dia bernafas. Tube tu dimasukkan terus ke dalam mulut. Sedih gile tengok dada dia berombak sebab bernafas. Aku tak tahan sangat.

Petang tu kitorang dihalau keluar sebab tak leh tido sana. Aku memang tak puas hati dengan hospital baru ni. Nama je bangunan baru, tapi takde tempat menunggu, kipas sebijik, orang kat dalam tu panas cam terbakar. Bodoh! Bayangkan if orang datang jauh-jauh, takde tempat nak tunggu! Memang aku akan komplen!

Malam tu kitorang datang balik. Abang ngah plan nak tido kat koridor je ngan anak-anak. Siap bawak toto, bantal and selimut. Biar pihak hospital nampak, betapa bodohnyer management diorang. Dek kerana kesiankan diorang, aku ngan Abah mintak izin guard, nak jumpa nurse. Nak mintak kebenaran, at least Abang ngah bleh tunggu kat dalam. Kitorang borak punya borak, last-last nurse tu kasi. Diorang sebenarnya pun tak leh buat apa-apa, pengarah baru dah kata tak bleh. Diorang pun paham, tapi kena ikut rules. Tapi aku ni yang tak paham-paham kan.

Tapi Abang ngah sian kat anak-anak. So dia tido dalam keta je. Aku ngan hubby balik tido umah Kak ngah. Kat umah aku nangis kaw-kaw sebab teringat kat Kak ngah. Memori teringat kat arwah mak dulu, masih terbayang-bayang. Itupun aku tak sempat tengok camne arwah mak meninggal. Balik-balik, dah kapan. Sebab tu Kak saba phobia sebab dia yang tengok semua tu. Setelah 14 tahun dia simpan, baru dia cite kat aku camne arwah mak meninggal. Lagi la aku nangis tak benti sampai selak.

Dalam kul 3Am camtu, dengar Abang ngah balik. Sian kat anak-anak dia kot. Lagipun tak selesa and sakit pinggang tido dalam keta.

4 comments:

Unknown said...

Sama-sama la kite berdoa, moga dia cepat sembuh...

debyG! said...

babe.. aku mendoakan dia cepat sembuh. be strong ya gurl!

Biqque said...

tx korang, amin...

Ely Hasrul said...

sedihnye.. aku berdebar2 tau.. semoga kak ngah cpt sembuh aminn

Subscribe To This Blog