Nuffnang Latest

Monday, February 8, 2010

Ya Tuhan, Selamatkanlah Kak Ngah - Ep. 2

Pagi tu aku dengan Kak saba tak sabar-sabar nak pegi tengok Kak ngah. Kot-kot bleh masuk awal. tapi tak dibenarkan jugak. Kitorang lepak kat koridor, berkampung kat situ. Bodoh betul hospital, yang warded ko benarkan masuk, yang ICU dok tengah critical tu ko tak bagi masuk! Kat mana relevan nyer pengurusan camtu?

Then nampak Abang ngah datang bawak diapers. Semalam aku dah bagitau Abang ngah, yang Kak ngah period, so nurse suh beli pad. Dia ada belikan skali. Abang ngah dah naik pagi tadi, tapi sebab doctor pakar ada, diorang suh turun balik. Sian dia.

Dia lepak kat koridor, mencangkung sambil kesat air mata. Aku tak tahan betul tengok. Aku ngan Kak saba masa tu dah nangis sebab repeat cite arwah mak yang Kak saba simpan selama 14 tahun tu. Tepat jam 12.30PM, aku, Kak saba, Abah, Abang, masuk. Kat ruang legar ICU tu dah ramai yang tunggu turn nak masuk. Sedara mara, kawan-kawan Kak ngah, sume beratur. Aku dah mula risau sebab takut Kak ngah demam. Semalam 37.5, arini aku masuk tengok dah 37.7, so dah mula tinggi. Nurse pun cam ada la hint-hint skit.

This time kitorang dok sibuk call Dibah, tanya dia pendapat tentang apa yang kitorang dok baca kat monitor. Katanya dia still kena tengok x-ray Kak ngah, sebab nak tau how serious is the infection. Petang nanti dia datang katanya.

Athirah and Adieb masih tak leh tengok mak diorang. Aku duk cite skit-skit, and mintak diorang berdoa. Aku tak nangis depan orang, tapi bila aku balik, aku tak tahan. Sebab dok tengok gambar Kak ngah kat atas meja. Hubby dok sabarkan aku, tapi aku tak tahan sangat sebab aku rapat gile ngan family aku, nak-nak Kak ngah tu yang bela aku selama ni.

Lepas abis waktu melawat, aku balik umah Abah, untuk makan. Semua tak lalu, tapi kena gak lapik perut. Aku just nak Kak ngah sedar sekejap pun jadi la, untuk dia tau kitorang ada kat situ.

Petang tu nurse cakap demam dia lagi tinggi, sebab ramai sangat masuk, so maybe dia kena kuman tu. Yang lain, sume still sama, takde perubahan. Just that susu yang masuk ikut hidung tu dah ditambah, sebab dia tolerate dengan makanan tu (or else, muntah). Heart rate masih kurang. Diorang dah try kurangkan dosage untuk ubat tido, tapi bila Kak ngah sedar, dia cuba nak lawan macam tarik tube, ye la tak selesa, so diorang tidorkan dia balik.

Aku jaga kat pintu, and keep on informing orang untuk tidak bercakap atau pegang Kak ngah. Then Dibah sampai. Dia pakai tag doctor dia, and husband dia yang pharmacist tu pun pakai tag name diorang. So guard lepaskan. Kat dalam dia introduce diri dia and tengok sume report Kak ngah. Then barulah kitorang tau keadaan sebenar.

Dibah kata yg lain sume ok. Critical but stabil. Maknanya, memang Kak ngah critical, kalo tak, tak masuk ICU la, tapi stabil, kira tak macam orang lain heart rate, BP sume turun naik. Tapi respiratory dia masih lemah...normal is 15, tapi Kak ngah hanya 11. Means machine tu masih diperlukan. Sampai la dia bleh nafas sendri, then baru leh tengok lung dia kuat ke tak. Kahak banyak, tu biasa la utk asthmatic. Then dia cite kat kitorang sume keadaan dan possibility in a lay man term, ha baru la paham. Tapi dia kata too soon to predict sebab antibiotic tu tak kesan lagi...kita makan ubat demam pun 5 hari kan, ni baru 2 hari. Cuma dia kata TAKKAN ada orang mati pasal asthma. If mati, confirm akan didebatekan kat board doctor-doctor semalaya. Tapi, ada orang mati pasal asthma WITH H1N1 or apa-apa yang lain la, but not asthma itself.

Malam tu kitorang balik rumah, Dibah and Nyah ajak kuar makan. Aku memula ok, tapi tetiba aku tak leh tahan, aku nangis tak benti sampai Athirah plak yang datang pujuk aku. Hubby pun sama. Sungguh, aku tak leh nak cover dah. Aku just nak Kak ngah sedar. Aku bengang gile sebab aku period, tak leh nak solat and baca yassin. Hanya doa-doa sampingan je leh aku sedekahkan. Nasib baik semalam, headmaster skolah Kak ngah tu panggil semua cikgu and jiran, buat bacaan yassin kat surau. Abah ngan hubby jadi host, kitorang order koewtiaw kasi kat sume. Dah la kira harga sebungkus-sebungkus, tak kesian langsung tokey kedai tu. Tapi takpe la, dah sedekah dah pun.

4 holler:

debyG! said...

lega aku bila Dibah ckp camtu. insya allah, k.ngah will recover, cuma takes time sikit la kan? xpe2..aku yakin k.ngah akan sedar soon. insya Allah.

cheer up k?

xoxo

biqque said...

memang...nak tunggu masa tu la 3 hari macam 3 bulan...

tx k...

Ely Hasrul said...

ko tau dak sbb xdpt sgt sabtu lps aku dok kemas umah satu umah tau! complete cam terapi. sbb sambil kemas tu aku dok tingat kak ngah.. aku ngan hsrl sedih tauu sbb kak ngah tu dh cam kakak akuu huwaaaaa aku xtahan la abg ngah nyangkung kat longkang huwaaaa

biqque said...

mmg la, mak ko mak aku, kakak aku kakak ko...takpe, ko nak tgk, ko gi je nanti...

Nuffnang Ads

Subscribe To This Blog